Wednesday, April 28, 2010

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SK NUNUK RAGANG RANAU

Antara aktiviti yang dijalankan semasa minggu sains dan matematik sk nunuk ragang ranau 2010.







Pemenang bagi acara ini... menaikkan batu bata setinggi 7 cm.. memang menakjubkan hasil pemikiran anak murid sekolah ini.



2. Mencipta hidupan daripada bahan terbuang.. Tahap satu...










Inilah hasilnyer...


Saturday, April 24, 2010

ADIRA My All - Malam Konsert AF8 Minggu Ke-6

Thursday, April 15, 2010

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R. Muslim)


copy dari web lain

Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis:


copy dari blog lain...


* Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

* Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim



* Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

* Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

* Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua
orang mulia" - Riwayat Thabrani

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Sunday, April 11, 2010

PROFIL ADIRA


Nama Penuh : Siti Adira Bt. Suhaimi

Tarikh Lahir: 19 September 1991

Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah

Umur : 19 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Kadazan / Dusun

Agama: Islam

Tinggi : 152cm Berat : 48kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 8 orang (bongsu)

Hobi: Dengar radio, makan, tidur & berangan

Gambar Peribadi: Pendiam, pemalu, aktif, penyayang.



PROFIL PENUH

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
- Ketika berumur 10 tahun

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
- Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
- Aktif sukan (bola jaring)

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
- Stacy AF6

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
- Tinggalkan keluarga dan terpisah dengan rakan-rakan

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
- Terpilih jadi pelajar AF8

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
- Meninggalkan keluarga untuk menyertai AF8

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam hidup anda sepanjang tahun 2007-2009.
− Sakit
− Habis Sekolah
− Putus cinta

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
- Menjalani kehidupan seharian seperti biasa

Sekiranya anda dilahirkan semula. Siapakah anda?
- Siti Adira binti Suhaimi tapi mahu menjadi lebih baik dari sekarang

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
- Mengharumkan negara

Jika anda tersesat di dalam hutan apakah 3 barang yang paling anda perlukan? Kenapa.
− Kompas
− Khemah
− Makanan

Apakah hadiah paling istimewa yang pernah anda terima. Kenapa?
− Fail AF
− Kek hari jadi

Sekiranya anda diberi 3 permintaan, apakah yang anda inginkan? Kenapa?
− Nak tinggi sikit
− Rumah
− Kereta

Sebutkan tiga aset yang ada pada diri anda.
− Kecil
− Rambut
− Mata



http://www.astro.com.my/akademifantasia/profil_adira.asp

ShaHir N AdiRa AF8:kU PercAYA kHATImAH CinTA

Adira: Biarlah - Konsert AF8 Minggu Ke-4

Akademi Fantasia 8 Konsert 3 Adira Kini

ADIRA: Bertamu Di Kalbu - Konsert AF8 Minggu Pertama

Akademi Fantasia 8 Konsert Tirai AF8 Adira

Adira AF8 : Konsert 2 - Ku Percaya Ada Cinta (with lyrics)

Sunday, April 4, 2010

Kebaikan Pertama Pengurusan Kewangan ODvsASB

(klik untuk lebih besar)

Bukti kebaikkan adanya pengurusan kewangan yang betul....

Mungkin inilah balasan yang baik dianugerahkan oleh Allah swt kepada mereka yang pandai menguruskan kewangan sendiri. Mungkin aku adalah orang yang tergolong dalam kalangan yang terbelakang menggunakan ODvsASB sebagai perngurusan kewangan tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah memberikan anugerah ini.

Nak dikatakan rezeki ... memang la rezki dari Nya... so tidak ada apa yg aku nak katakan disini cuma kalimah penuh kesyukuran kepada Nya yang sentiasa menganugerahkan rezeki kepada hambanya yang hina ini.

So bagi kawan2 yang memang dah berjinak0-jinak dengan pengurusan kewangan ODvsASB ini, aku nak ucapkan selamat maju jaya...

Nasihat aku kat korang... jadilah orang yg sentiasa berdisiplin dan pandai mengurus kewangan sendiri... JANGAN :

1. Takabur
2. Sombong -- tinggi hidung
3. Boros... membazir adalah teman setia iblis
4. berbelanja mengikut kata hati tp dengan menggunakan otak dan akal 110%

dan MESTI:

1. Gembira
2.Bersyukur
3. berbelanja dan berhemat...

OK la... kalau nak tau cam ner nak penuhkan ASB anda semua baca je penerangan dalam blog ni.. Jangan menyesalllllllllllllllllllllllllllll..... kerana terlewat... buat la perancangan awal2yerrrr... ok...adiosssssss..


Pengurusan Kewangan 3 :ASB + OD + CREDIT CARD

Pengurusan Kewangan yg Betul


Wassalam.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...