Thursday, August 27, 2009

Keistimewaan Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan.

Keistimewaan Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan.

Written on 29 June 2009 – 10:52 am | by syukor |

only_gold_grow_more_precious1Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Saya sekarang sihat ajer.. dan sibuk macam biasa. Kalau anda ada contact saya dan saya terlewat reply, tolong ingatkan saya ek..

Maklumlah saya tengah menanti cahaya mata yang baru. InsyaAllah hujung bulan depan dapat sorang lagi baby, so sibuk banyak lah… kerja office lagi, business, family, reading dan blogging.

Pergh… :D

Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat keistimewaan emas sebagai penyimpan nilai @ kekayaan yang terunggul.

Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.

Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Gold dust
Emas – di dalam bentuk debu pun ia tetap berharga

Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..

Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang (baca sini)

Kisah rantai emas emak saya.

rantai_emas_makSaya ingin berkongsi satu cerita menarik berkenaan rantai emas mak saya.

Dalam cerita ini kita akan dapat lihat bagaimana nilai emas semakin meningkat dari masa ke semasa. Jika ditambah dengan kreativiti maka keuntungan yang dijana oleh emas ini sangat berbaloi.

Ceritanya macam nie…

Pada tahun 1980, ayah saya berikan hadiah seutas rantai emas kat mak.

Pada waktu tu nilai rantai emas tersebut ialah RM4000.00

Pada tahun 1990 ketika menunaikan haji di Mekah, emak saya belikan buah rantai (yang bulat tu) dengan harga RM1000.

Jadi, harga rantai emas tersebut ialah RM5000.00

Pada tahun 2005, emak saya memerlukan wang untuk membeli tanah pusaka arwah datuknya kat Langkawi.
Jadi untuk mendapat wang dengan cepat, emak pergi gadaikan rantai emas tersebut kat Ar-Rahn Bank Rakyat.

Mak saya terkejut apabila Ar-Rahn offer RM11,000 untuk rantai tersebut (lebih dari 2 kali ganda harga rantai tersebut).

So, dari tahun 2005 sehingga 2008 mak saya start pajak rantai tersebut. Daripada hasil gadaian tersebut, mak saya membayar kepada adik-beradiknya
(yang berkongsi nama dalam geran tanah pusaka tersebut).

Bila cukup tempoh gadaian maka mak saya pergi tebus balik rantai tersebut.
Lepas tu, gadai semula, dapat duit dan bayar kat adik-beradik yang lain.

Dengan menggunakan teknik pajak dan rolling duit pajakan, emak saya berjaya membeli tanah pusaka seluas 2 relung dengan harga RM50,000

tanah_mak
Inilah tanahnyer…

hehehe.. kreatif kan?

Kenapa emak saya menggunakan teknik gadaian?

me_and_momFirst sekali, emak saya nie suri rumah sepenuh masa. Jadi memang takde income bulanan.
Tak boleh nak buat personal loan lah jawabnya…

Duit kebanyakannya diberi oleh saya dan adik yang telah bekerja. Abah pun kasik juga.

Kedua, mak saya tahu bahawa emas boleh digadai untuk mendapat cash. So, bila Ar-Rahn offer RM11,000.. memang seronoklah mak saya :)

Jadi, memang untung simpan emas fizikal nie. Boleh pakai kalau nak nampak cantik, boleh gadai kalau nak pakai duit. Tak seperti pelaburan emas atas kertas seperti Public Bank GIA dan Maybank GSPA.

Dalam jangkamasa panjang memang boleh nampak kenaikan harganya.
Jika ditambah dengan financial intelligent, maka lebih besar pulangannya.

Kesimpulannya:

1. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.
Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung.

2. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.

3. Kekadang, ada peluang yang datang kat depan mata dan kita perlukan tunai
segera. Emas boleh membantu.

4. Bagaimana boleh buat untung dengan pajak emas? hehehe.. cerita diatas
adalah salah satu contoh ajer… yang lain kena fikir sendiri lah ek…

Anda ada kisah menarik yang ingin dikongsi kat sini? Sila berikan komen anda.

Saya pasti ramai lagi pembaca yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.

Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas, anda boleh membeli gold bar dan dinar emas Public Gold. Anda boleh tengok agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda (klik sini)

So, apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang :)

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.

Membuat keuntungan dengan emas fizikal



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya… dan saya doakan agar financial IQ anda semakin bertambah…

Saya kat sini Alhamdulillah.. sihat tapi sibuk memanjang.

Minggu lepas sangat mencabar.. komputer kat office kena virus, komputer rumah kena virus.. jenuh pikir cammana nak clean virus.. 3-4 hari jugak buang masa cari penyelesaian.. akhirnya semuanya dah selesai.

Saya kembali ceria :)

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.

emas-fizikal
Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

So sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat :(

soalanUntuk pengetahuan anda semua, saya seringkali menerima soalan seperti berikut”

“En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:

“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”

Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah?

Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?

Jawapannya.

Emas fizikal nie banyak keistimewaannya.

Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.

public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Emas fizikal adalah pilihan yang lebih baik berbanding akaun simpanan emas.

Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung.

Sebab boleh gi pajak.

GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

Pajak memang sah tak boleh.

Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.

Bagaimana caranya? Meh sini saya nak ajar….

Membuat keuntungan dengan emas fizikal.

Sekarang saya ingin berkongsi 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal then pajak lagi..

Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.

Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.

Kalau harga naik banyak, makin banyaklah untung kita :)

kenaikan_harga_small
Carta 1: Kenaikan harga emas daripada 2/12/2008 ke 20/2/2009
(USD741 kepada USD1005.50) bersamaan 26% dalam hampir 3 bulan.

kenaikan_harga_2_small
Carta 2: Kenaikan harga emas daripada 6/4/2009 ke 3/6/2009
(USD864 kepada USD989.45) bersamaan 12.58% dalam masa 2 bulan.

Huraian teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (baca sini)
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas :)

Emas yang sesuai digunakan untuk teknik ini ialah emas fizikal seperti barang kemas, gold bar dan gold coin.

Huraian teknik 2. Pajak emas dan beli lebih banyak emas

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli
untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda
8. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas :)

Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah.

Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1.

Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu.

So pastikan ada tunai di tangan, just in case.

Tips lain: Bagaimana nak tahu masa terbaik untuk membeli emas?

Kalau anda tak tahu timing membeli emas, jangan risau..

tn_sembangSenang ajer… rajin-rajinlah jenguk kat ruangan sembang-sembang emas.

Kat sini tempat peminat-peminat emas bercerita, buat ramalan harga, bersoal jawab dan berinteraksi.

Sebab tu kalau saya tak update blog nie pun anda kena datang jugak :)

Kat sini anda boleh datang bersembang atau tengok kaki-kaki emas bersembang kat sini.

Antara chartist yang glamour kat sini ialah Hafiz dan gldsnpr.

kalau tak sempat nak tengok diorang bersembang, anda boleh mengunjungi blog Hafiz kat sini untuk melihat analisis teknikal harga emas:
http://pampsuisse.blogspot.com/

Diorang nie murah ilmu. Orang yang murah ilmu nie murah rezeki.

Kesimpulan:

1. Beli emas fizikal nie tak rugi, walaupun harganya tinggi
2. Emas fizikal nie banyak kali lebih baik dari membeli emas melalui akaun GIA
atau Maybank GSPA.
3. Semakin tinggi ilmu anda, semakin banyak keuntungan yang anda akan perolehi
( emas + ilmu = banyak duit)
4. Rajin-rajinlah jenguk blog nie… in case ada tips-tips dari cikgu-cikgu.

Jika anda ingin membeli emas fizikal, anda boleh beli kat sini (klik).
Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh lawati forum jutawanemas.
dan jika anda ingin menghubungi saya, anda boleh menggunakan form ini (klik).

Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada website ini.

Business Emas


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat sejahtera.

Untuk pengetahuan anda semua, saya selalu dapat soalan-soalan berkenaan business emas.

Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…

Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.

Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…


Sekarang cuba bayangkan…

Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.

Best tak?

Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan.

Ini kerana:

1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari
anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya:

Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.

Ok, mari saya huraikan satu persatu:

1. Pembekal yang baik.

1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun.
Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu
harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu
tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.

Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas.
Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)
2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada
harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas
pada satu harga yang dipersetujui bersama).

Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak
stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga
tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak
jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting.
Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah,
just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.

1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas (klik sini)
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Saya sendiri memiliki banyak koleksi buku-buku berkenaan emas. Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.

books1

Sebahagian dari buku-buku berkenaan emas dan sistem kewangan milik saya.

Soalan: Saya berminat nak buat business emas nie. Cammana ye?

pg_opis

Cara yang termudah menceburi business emas dengan modal yang kecil ialah dengan menjadi agen Public Gold.

Saya pernah menulis tentang peluang perniagaan emas Public Gold di sini (klik untuk baca)

Modal yang diperlukan hanyalah RM30,000.

Semua modal nie pulak digunakan untuk membeli stok emas satu set (gold bar 100 gram, 50 gram dan 20 gram, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar) dan termasuk kotak letak emas.

Kalau harga set ini kurang dari RM30,000 maka Public Gold akan berikan tambahan emas sehingga belian hampir RM30,000.

Jadi, RM30,000 yang dikeluarkan tu semuanya kita gunakan untuk membeli emas. So memang tak rugi.

pg_box_big

Kalau tunjuk kat bakal pembeli, berpinau mata diorang :)

Memandangkan saya sendiri buat business emas Public Gold, maka saya dapat berkongsi kebaikan menjadi agen Public Gold ini.

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Stok sentiasa ada.

Public Gold mengeluarkan produknya sendiri. Jadi stok sentiasa ada. Pelanggan boleh lock harga emas ikut harga website Public Gold. Samada harga naik atau turun, anda boleh order emas. Confirm dapat. Berbeza dengan Kijang Emas Maybank dan UOB gold product, biasanya stok susah nak dapat especially waktu harga emas turun. Harga cantik tapi tak boleh nak beli.

2. Harga emas yang rendah.

Bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas kat kedai emas. Memang boleh nampak harga emas yang jauh berbeza. Harga Public Gold lebih murah. Boleh tengok kat website Public Gold kat www.publicgold.com.my dan harga kedai emas (FGJAM)

3. Produk yang hot dan menarik.

Produk yang dijual adalah emas pelaburan iaitu gold bar dan dinar. Gold bar (20 gram, 50 gram dan 100 gram), dinar ( 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar). Memang hot product dan senang jual.

4. Perbezaan harga jual beli yang rendah.

Perbezaan antara harga belian dan jualan emas Public Gold adalah rendah. Untuk gold bar, perbezaan hanyalah 5% – 6%. Jadi ia menguntungkan pembeli.

5. Public Gold merupakan pakar emas.

Satu masalah kalau beli Kijang Emas atau kat UOB Bank atau kat Poh Kong ialah emas tak boleh calar, bengkok, tak boleh bukak plastik pembalut dan bermacam-macam ragam lagi. Silap-silap tak akan diterima, kalau kedai emas pulak akan kena potong sampai 25%. pergh.. (baca kat sini)

Mr. Ng, Chairman Public Gold pula memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun calar, kemek, bengkok dan sebagainya asalkan berat tak hilang. Ini baru betul-betul berniaga emas.

6. Bantuan promosi diberikan.

Agen akan dapat pamplet, fail dan bimbingan yang boleh membantu mereka membuat business emas nie…

pamplet

InsyaAllah, kalau tambah dengan usaha diri sendiri anda boleh berjaya.

Komisyen agen ialah 1.5% daripada jumlah jualan.

Dengan strategi yang betul, jadi agen Public Gold memang boleh dapat sehingga 5%-6% keuntungan. Tapi yang itu saya akan cerita kat orang yang jadi agen ajer lah…

Kesimpulan.

Perniagaan emas ialah perniagaan yang menguntungkan dengan risiko yang sangat minima. Ini kerana emas itu sendiri merupakan produk yang disukai manusia.

Jika berminat nak jadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya melalui contact form (klik sini) atau sms 013-3819901. Saya akan rasa gembira sekiranya dapat berkongsi pengalaman dengan anda dan membimbing anda.

Kalau saya terlewat atau terlupa hubungi anda balik, harap ingatkan saya, sms balik atau e-mailkan semula. Maklumlah… memanjang sibuk :)

Ok then, selamat menjadi usahawan emas.


http://jutawanemas.com

2,000 anggota polis dalam Ops Sikap 20

KUALA LUMPUR: Seramai 2,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan dalam Ops Sikap ke-20 yang bakal bermula pada 11 September ini sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis telah menjalankan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memantau lebuh raya di seluruh negara bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan Negara yang disampaikan Datin Seri Rosmah Mansor di Bangunan Bakti Siti Hasmah di sini hari ini.

Musa berkata PDRM turut melaksanakan operasi bersepadu bersama JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi mengesan pemandu pengangkutan awam yang memandu dalam keadaan mabuk.

"Bermula pada minggu lepas kita turut membuat operasi bagi kenderaan awam seperti bas awam.

"Pemandu bas ini dikehendaki menjalankan ujian air kencing untuk mengesan jika mereka didapati bersalah dalam pengambilan dadah yang ternyata boleh mengundang bahaya kepada penumpang yang lain," katanya.

Musa turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan hari raya yang dijangka disambut pada 20 September ini supaya memaklumkan kepulangan mereka di mana-mana balai polis berhampiran.

"Kita juga meminta kepada orang ramai yang hendak meninggalkan rumah masing-masing agar maklumkan kepada balai polis yang terdekat supaya kita tahu kawasan mana yang banyak rumah kosong.

"Cara ini memudahkan pihak polis untuk mengadakan rondaan secara kerap dan polis dapat membantu menjaga harta benda mereka sepanjang ketiadaan mereka," katanya. - Bernama

Penggunaan nilai dinar emas antara negara anggota OIC perlu dikaji kembali


BANGI: Penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu dikaji kembali dan diteruskan seperti yang pernah disarankan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Katanya, ramai pakar ekonomi berpendapat dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

"Sehubungan itu, saya mengharapkan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir bagi menggunakan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC akan dikaji kembali dan boleh diteruskan," katanya dalam ucapan beliau pada majlis Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Shahabudin Yahya.

Saranan penggunaan dinar emas di negara ini telah dibuat oleh Dr Mahathir hampir 10 tahun yang lalu ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997/1998.

Jamil Khir berkata Tabung Haji dan Pusat Zakat juga sepatutnya meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan dan aktiviti mereka.

"Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh dicadangkan dan diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia. - Bernama

Kakitangan pos ditahan edar mercun

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang kakitangan Pos Malaysia Bhd yang menggunakan kontena syarikat itu untuk mengangkut bunga api dan mercun bernilai RM50,000 dari Pasir Mas ke rumahnya di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 33 tahun yang berasal dari Kelantan itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam tadi bersama-sama beberapa kotak mercun dipercayai untuk dijual kepada pelanggan.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai mengambil bekalan mercun dan bunga api daripada pembekal di Golok, Selatan Thailand dan membawa masuk ke Pasir Mas, Kelantan sebelum dibawa ke ibu negara menggunakan kontena milik Pos Malaysia. "Kami percaya bekalan itu dibawa ke sini menggunakan kontena milik syarikat tempat kerjanya dan lelaki itu turut mengemukakan dokumen-dokumen tertentu bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa," katanya dalam satu sidangan akhbar di sini hari ini.

Ku berkata, hasil pemeriksaan ke atas rumah lelaki itu di Gombak kira-kira pukul 1.37 pagi tadi, polis menemui 20 unit bunga api jenama Thunder Cracking Clap, 78 kotak besar bunga api, dua kotak mercun, 11 unit bunga api jenama Friday Night Special dan 18 unit bunga api jenama Feitianlong.

Katanya, suspek menjual mercun serta bunga api pada harga antara RM30 dan RM150 satu pek atau setiap satu, dan siasatan mendapati nilai perolehan hasil kegiatan yang dijalankan sejak tahun lepas itu dianggar menjangkau RM300,000. Beliau berkata, bunga api serta mercun itu dijual di sekitar Lembah Klang dan suspek yang sudah berkahwin itu kini ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090827153722/Article/

Senator Dr Ismail Salleh meninggal dunia


Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan ekonomi negara, Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh, meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur melalui Singapura pada jam 3.50 pagi tadi.

Jenazah beliau kini berada di Hospital Changi Singapura dan dijangka dibawa pulang ke Kajang untuk disemadikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...