Monday, June 14, 2010

Air Zam-Zam Di Mekah & Madinah pH14.5

Air Zam-Zam Di Mekah & Madinah pH14.5


Salam semua.

Pasti semua mengetahui bahawa air yang paling bagus dan nikmat di dunia ini adalah air zam-zam yang hanya terdapat di Mekah dan Madinah sahaja. namun ada yang tidak tahu apa sebenarnya kandungan air zam-zam ini.

baru-baru ini , ada kawan yang mensyorkan kepada saya tentang air alkali. Pastinya saya yang tidak tahu apa2 hanya mendengar dan duduk mendengar sahaja. Bila dia menerangkan saya dengar dan ingat.. hehhe tau je la... kehendak kerajaan kita yang mesti berilmu.

Lepas dia terangkan saya di berikan pertunjukkan, persembahan tentang ketulinan air yang dihasilkan.

Persoalan dalam hati saya:

Betulkah air yang dihasilkan akan hampir serupa dengan air zam zam?

Selesai membuat persembahan saya dapati , air tersebut berwarna biru atau PHnya ALKALI.
Seterusnya saya membuat kajian dalam internet dan dapati bahawa... ia hampir sama dengan aor zam-zam..

thanks kawan ku..


Ni saya copy dr INTERNET:

1.
bekas air zam zamBagi jemaah yang pernah mengerjakan ibadat Umrah atau Haji, pasti teringat pengalaman di tanah haram apabila melihat gambar ini.

Inilah bekas Air Zam-Zam yang boleh didapati dengan mudah di sekitar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Bekas ini disediakan bersama cawan plastik berwarna putih bagi memudahkan jemaah menikmati air ini. Kebiasaannya ada pekerja yang menjaga bekalan air zam-zam agar tidak habis.

Untuk makluman para jemaah yang dikasihi...

AIR ZAMZAM bersifat alkali yang dapat memberi tenaga yang luarbiasa kepada setiap peminumnya. Kajian yang telah dibuat Air Zamzam ini nilai pHnya adalah 14.5, iaitu pH yang paling tinggi berbanding air mineral yang lain.

Untuk anda mengenali sesuatu jenis air itu dapat memberi tenaga ataupun tidak, sila pastikan nila pH mesti bermula pH7 dan ke atas.

Dalam satu-satu tempat, bekas ini terdapat dalam 4 atau 5 di mana salah satunya Air Zam-Zam suam dan selebihnya air yang telah disejukkan.

Bagi sesiapa yang ingin menyimpan dalam bekas mineral untuk dibawa balik ke hotel boleh diambil di sini tetapi sekirannya anda membawa bekas yang besar, pasti ditegur oleh pekerja di masjid.

Apa pun nikmat air ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana orang. Pastikan anda tidak melepaskan peluang bagi menikmati air ini.

http://www.umrah-haji.com/index.php?option=com_content&view=article&id=210:air-zam-zam-mekah-madinah&catid=58:persoalan-ibadat-umrah&Itemid=476
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...