Alhamdulillah syukur diucapkan kepada Allah swt yang mengatur segala perkara.
Saya bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izin Nya semua urusan baik-baik belaka.
Ini kisah isteri tersayang, berkaitan sakit perut yang akhirnya dikesan oleh Doktor Pakar di KPJ Damai Specialist Kota Kinabalu, Sabah.
Kisahnya, pada hari isnin bulan Ogos 2013, isteri mengadu sakit perut. Inagtkan sakit biasa iaitu cirit birit , masuk angin. 5 hari kemudian jumpa dengan MA di hospital namun mana silapnya MA tersebut hanya memberikan ubat sakit perut... buang angin.
Biasanya 1 hari makan uba dah ada kesan, namun 2 hari kemudian jumpa lagi dengan MA hospital kerajaan. MA berlainan. Namun hanya periksa kencing.
Menurut nurse, apendiks boleh dikesan melalui cek darah. Namun MA tu ntah mungkin Allah swt tidak mengizinkannya untuk membuat pemeriksaan darah. Harap2 MA hospital kerajaan Malaysia memikirkan keselamatan rakyat.
3 hari berlalu, isteri saya masih berguling-guling menahan sakit dan pergi kerja walaupun sakit tahap tinggi. Pasti MA itu bergoyang kaki .... selepas itu.
Selepas itu, isteri saya berjumpa dengan doktor klinik swasta dan mengesyorkan ke doktor pakar.
Esoknya, pukul 3 pm berjumpa dengan doktor pakar di KPJ Damai.
Melalui pemeriksaan beliau, usus isteri telah bengkak dan terpaksa memanggil doktor pakar sakit puan. Beliau merasakan ovari dah pecah.
Doktor mengatakan pukul 5pm pembedahan dilakukan. Terus admit masuk wad.
Isteri masuk ke wad dan saya ke konter pembayaran. Pihak KPJ meminta deposit rm1000.00.
Saya mengatakan bahawa saya claim insuran Pru BSN. Setelah itu, pihak hospital menyuruh saya tandatangan borang PRU BSN yang memang ada sedia dalam KPJ.
Alhamdulillah, saya sekeluarga telah membeli insuran Pru BSN. Saya meminta agen nombor polisi insuran kerena pihak KPJ memintanya.
Agen Pru BSN saya dengan senang hati menolong saya. Alhamdulillah selesai.
Saya lupa membawa kad medikal pada masa ini, terima kasih kepada agen saya yang menolong saya pada masa itu.
Pada malam itu, isteri saya dibedah oleh doktor KPJ. Alhamdulillah semua selesai dan tepat pukul 12 malam... isteri saya selesai dibedah.
Selama 5 hari 4 malam berada di KPJ Damai, banyak dugaan ditempuh
Anak-anak jauh dari orang tua...
anak saya yg ke 2 demam batuk
Anak pertama tidak ke sekolah taska kerana tiada yang mengambilnya
makan minum anak-anak diatur oleh orang tua tersayang ada adik2... terima kasih.
Isteri saya cuma dapat minum air dan makan bubur.
Dalam pembedahan ini, 2 drain hose diletakkan dalam perut isteri untuk mengekuarkan nanah dan darah. pergerakan adalah terhad. Kesihan isteri tersayang.
Doktor pakar mengatakan bahawa, usus kecil terpaksa dibuang dan disambung dengan yang baik. Apendiks dan bernanah dan dibuang. Usus dah nak hancur mungkin kerana ubat yang dimakan sebelum itu.
Pada hari ke 5 isteri saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Namun bagi saya keadaan isteri saya melalui pembedahan kerana kelalaian pihak yang pertama memeriksa tidak jujur.. sambil lewa. Namun, Alhamdulillah.Allah swt telah menentukan segalanya.
Kepada sema, kalau ada tanda-tanda anda kena apendiks ni cepat2 la jumpa doktor yang berpengalaman sebelum usus kita dibuang.
2 minggu menahan sakit .... pasti menyeksakan...
Usus yang dipotong
Bil isteri saya selama di KPJ Damai KK , Sabah.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt.
Selepas ini akan berurusan dengan hospital kerajaan la pula.
wallahualam..
Tanda Awal Apendiks:
http://mamiraysha.blogspot.com/2011/11/kenali-simptom-radang-apendiks-anda.html
http://mamiraysha.blogspot.com/2011/11/kenali-simptom-radang-apendiks-anda.html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rawatanawalhalangderitaapendiks/MA/Article/index_htmlhttp://adam-updated.blogspot.com/2011/03/sakit-sungguh-bahanya-penyakit-apendiks.htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121125/kn_02/Rawat-segera-apendikshttp://mycolumbiaasia.blogspot.com/2011/02/penyakit-apendiks-akut-acute.html