Showing posts with label Berita Hangat dan Panas. Show all posts
Showing posts with label Berita Hangat dan Panas. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Sekitar MSS Zon Timur 2013 Ranau, Sabah


Gambar-gambar hebat semasa sukan MSS Zon Timur 2013 Bertempat di SK Sagindai Ranau, Sabah 5-6 hb Febuari 2013.

KEPUTUSAN KESELURUHAN:

JOHAN : SK NUNUK RAGANG RANAU EMAS 4, PERAK 5 , GANGSA 4

NAIB JOHAN : SK PAGINATAN RANAU EMAS 4, PERAK 3, GANGSA 3

KETIGA  : SK PAUS RANAU EMAS 2, PERAK 3, GANGSA 1

Olahragawan:

Olahragawati :

Johan Perbarisan:

Penyandang Juara 2012 SK Paginatan Ranau Sabah.
Info: SK Nunuk Ragang Ranau sebelum 2012 sebenarnya telah MENJUARAI 5 edisi sukan iaitu 2011, 2010, 2009 dibawah Pengurus Cikgu Asmah Abdul Kadir, 2008 dan 2007 dibawah Pengurus Cikgu Macarius Jair.

TAHNIAH..... TAHNIAH..... TAHNIAH.....

SK NUNUK RAGANG JUARA KEMBALI PADA TAHUN 2013.....

 PAPAN KUTIPAN PINGAT RASMI

Pengurus ... Kalau bukan saya... Cikgu Hussin Durahman PK Kokum

Semua Peserta Bergembira kerana mengambil kembali piala pusingan 

 Orang kuat JuruLetih skuad SK Nunuk Ragang







 Ketua Pasukan SK Nunuk Ragang menerima Piala Pusingan MSS Zon Timur 2013


 Hebattttttttttttttt.......................Tahniahhhhhhhhhhhh...........





 Tahniah Skuad SK Nunuk Ragang Ranau









Penyerahan Bendera Kejohanan Kepada SK Matupang Ranau
Tuan Rumah MSS Zon Timur 2014

JUMPA LAGI di Edisi Sukan 2014...

Tahniah SK Nunuk Ragang Ranau.....

Saturday, December 5, 2009

Kalendar Persekolahan Tahun 2010

Wednesday, May 13, 2009

Julia Perez mahu tukar imej seksi

Julia Perez mahu tukar imej seksi



Julia Perez

Aktres ingin berlakon filem berunsur Islam

JAKARTA: Pelakon dan penyanyi Indonesia, Julia Perez, yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi dan sering dilanda kontroversi, mengaku bosan dengan imejnya sekarang dan melahirkan keinginan untuk berlakon filem berunsur Islam seperti Ayat-Ayat Cinta.

"Saya sebenarnya sudah lama teringin melakonkan watak dalam filem berunsur Islam seperti Ayat-Ayat Cinta. Selama ini lakonan saya hanya biasa saja dan tidak menunjukkan peningkatan. Saya memerlukan cabaran baru dalam bidang perfileman," katanya.

Julia, atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati, 29, turut kesal kerana penerbit filem Indonesia lebih mementingkan imej seseorang pelakon berbanding mempelbagaikan watak dan memberikan mereka cabaran baru.

"Jika seseorang pelakon sudah dilabel dengan imej seksi, mereka akan terus-menerus diberi watak seksi dalam filem dan sukar untuk mengubahnya kepada watak yang lain," kata artis yang pernah dinobatkan sebagai 100 wanita paling seksi majalah FHM dan Maxim.

Pelakon filem seram, Hantu Jamu Gendong (Hantu Bawa Jamu), itu berkata aktres Indonesia sepatutnya boleh berlakon dan memainkan watak dalam semua genre filem seperti aktres luar negara.

Julia berkata untuk memadamkan imej seksinya, beliau kini semakin berhati-hati memilih filem yang akan dibintanginya, malah menolak filem yang mempunyai unsur seks atau lucah.

"Saya menerima banyak tawaran berlakon tetapi terpaksa ditolak kerana tidak menepati keinginan saya sekarang, apa lagi filem yang memerlukan saya menayangkan bentuk badan," katanya.

Pada April 2008, Julia melancarkan album pertama beliau berjudul Kamasutra, dengan salah sebuah lagunya, Belah Duren (Buka Durian) mendapat sambutan hangat.

Bagaimanapun, album ini menimbulkan kontroversi hebat di Indonesia, apabila Julia dilaporkan memberikan kondom percuma kepada setiap pembeli albumnya. Beliau turut dikecam berikutan penampilan imej yang terlalu seksi.

Pada pertengahan Februari lalu, Julia menjadi artis yang paling banyak dicari dalam laman web 'Kapanlagi.com' berikutan gambar seksinya yang tersiar di internet. � Agensi


Juruteknik curi foto seks dipenjara

HONG KONG: Seorang juruteknik komputer Hong Kong dihukum penjara lapan bulan dua minggu selepas didapati bersalah mencuri lebih 1,000 gambar foto seks penyanyi Edison Chen dengan beberapa artis wanita.

Sze Ho-chun, kakitangan kedai komputer Elite Multimedia, dipenjara oleh majistret Tong Man di Mahkamah Majistret Kowloon City.

Sze didakwa menyalin 1,300 foto seks dari komputer riba Chen ketika pelakon dan juga penyanyi kelahiran Kanada itu menghantarnya untuk dibaiki pada 2006.

endakwa berkata, juruteknik berusia 24 tahun menyimpan imej Chen dan selebriti tempatan lain dalam sekeping cakera padat yang kemudian diberikan kepada pelanggannya yang lain.

Gambar terbabit kemudian disebarkan di internet Februari tahun lalu dan mencetuskan skandal seks terbesar di Hong Kong.

Chen mengakui mengambil sendiri gambar terbabit yang menunjukkan beliau bersama selebriti termasuk Gillian Chung dan aktres Cecilia Cheung. � AFP

Tuesday, May 12, 2009

Berita Mutakhir: Nizar diisytihar MB

MOHAMMAD Nizar dikerumuni wartawan dan penyokongnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam



  • Pakatan Rakyat mahu bubar DUN Perak
  • BN kemuka rayuan hari ini: Najib

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

    Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

  • Dalam penghakiman yang dibaca secara lisan selama lebih sejam bermula jam 2.30 petang, hakim itu berkata, undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar hanya boleh dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang DUN.

    "Dalam kes ini, tidak dapat dipertikaikan fakta bahawa tiada undi tidak percaya dibuat Adun terhadap pemohon (Mohammad Nizar) di persidangan DUN.

    "Malah, beliau menghadap Sultan untuk memohon pembubaran DUN bukannya kerana sudah kehilangan kepercayaan majoriti DUN tetapi sebaliknya memohon pembubaran itu bagi menyelesaikan kebuntuan dalam DUN dan hal pentadbiran Perak," katanya.

    Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan hari ini kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh.

    Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menerima keputusan itu dengan hati dan fikiran terbuka, menegaskan beliau serta enam Ahli Exconya akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

    Mohammad Nizar pula mengumumkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya negeri dapat diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

    Kemelut kepemimpinan di Perak berlarutan sejak lebih 100 hari selepas Zambry dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari lalu apabila kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kepercayaan majoriti di DUN berikutan tiga wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.

    Abdul Aziz berkata, walaupun BN sudah memenangi 31 kerusi DUN, ia tidak memohon supaya sidang DUN diadakan bagi melakukan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar.

    "Berdasarkan prinsip demokrasi dan undang-undang, undi tidak percaya perlu dilakukan di sidang DUN dan hanya dengan cara itu seseorang Menteri Besar boleh digugurkan atau diminta meletakkan jawatannya," katanya.

    Abdul Aziz berkata, Menteri Besar tidak memegang jawatan itu berdasarkan kepada kehendak Sultan.

    "Bagaimanapun mahkamah berpendapat, kuasa Sultan untuk meminta Menteri Besar meletakkan jawatan adalah tidak mengikut peruntukan dalam Perkara 16(6) UTKP kerana artikel itu adalah sangat jelas dan bukannya tidak nyata.

    "Sungguhpun Sultan mempunyai kuasa prerogatif dalam melantik Menteri besar, tetapi sebaik dilantik Menteri Besar hanya perlu menjawab kepada DUN dan bukannya orang lain," katanya.

    Abdul Aziz juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah dalam kes itu dan Zambry, bahawa hanya ada dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN.

    "Abdul Gani menghujahkan bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon pembubaran DUN apabila tempoh perkhidmatan DUN berakhir mengikut Perkara 36(2) UTKP atau jika kehilangan kepercayaan majoriti.

    "Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan itu kerana mengikut Perkara 36 UTKP, terdapat banyak keadaan yang membolehkan Menteri besar memohon pembubaran DUN daripada Sultan dan ia adalah bergantung kepadanya untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk membuat permohonan itu," katanya.

    Abdul Aziz turut tidak bersetuju hujahan Abdul Gani dan Zambry sebelum ini yang menyatakan Mohammad Nizar perlu meletak jawatan walaupun beliau enggan berbuat demikian.

    Katanya, Abdul Gani dan Zambry berhujah menyatakan perkataan 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau jawatannya itu akan dianggap kosong.

    "Bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun bermaksud 'mandatori', peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai Menteri Besar perlu meletakkan jawatannya," katanya sambil mencadangkan supaya artikel itu dipinda bagi memenuhi lacuna (kekosongan) dalam Perkara 16(6) UTKP.

    Mengenai afidavit yang diikrarkan Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz berkata, penasihat undang-undang itu adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah.

    Abdul Aziz berkata, Ahmad Kamal sendiri mengakui beliau diarahkan peguam Zambry untuk mengikrarkan afidavit itu dan perkataan 'diarahkan' mempunyai erti yang mendalam.

    "Disebabkan itu mahkamah berpendapat beliau (Ahmad Kamal) adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah serta keterangannya adalah demi memenuhi yang arahan diterimanya," katanya.

    Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN kerana perkara itu tidak boleh diadili.

    "Sultan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak memperkenankan permintaan untuk membubarkan DUN," katanya.

    Sementara itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry membuat permohonan secara lisan bagi memohon penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan Abdul Aziz itu, sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

    Abdul Aziz bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta Cecil membuat permohonan secara bertulis berserta ikatan autoriti.

    Bernama





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...