Showing posts with label Cadangan Dan Komen. Show all posts
Showing posts with label Cadangan Dan Komen. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

ISTERIKU MASUK WAD ...SAKIT + PEMBEDAHAN + MEDICAL CARD + PRU BSN

 



Alhamdulillah syukur diucapkan kepada Allah swt yang mengatur segala perkara.
Saya bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izin Nya semua urusan baik-baik belaka.

Ini kisah isteri tersayang, berkaitan sakit perut yang akhirnya dikesan oleh Doktor Pakar di KPJ Damai Specialist Kota Kinabalu, Sabah.

Kisahnya, pada hari isnin bulan Ogos 2013, isteri mengadu sakit perut. Inagtkan sakit biasa iaitu cirit birit , masuk angin. 5 hari kemudian jumpa dengan MA di hospital namun mana silapnya MA tersebut hanya memberikan ubat sakit perut... buang angin.

Biasanya 1 hari makan uba dah ada kesan, namun 2 hari kemudian jumpa lagi dengan MA hospital kerajaan. MA berlainan. Namun hanya periksa kencing.

Menurut nurse,  apendiks boleh dikesan melalui cek darah. Namun MA tu ntah mungkin Allah swt tidak mengizinkannya untuk membuat pemeriksaan darah. Harap2 MA hospital kerajaan Malaysia memikirkan keselamatan rakyat.

3 hari berlalu, isteri saya masih berguling-guling menahan sakit dan pergi kerja walaupun sakit tahap tinggi. Pasti MA itu bergoyang kaki .... selepas itu.

Selepas itu, isteri saya berjumpa dengan doktor klinik swasta dan mengesyorkan ke doktor pakar.

Esoknya, pukul 3 pm berjumpa dengan doktor pakar di KPJ Damai.
Melalui pemeriksaan beliau, usus isteri telah bengkak dan terpaksa memanggil doktor pakar sakit puan. Beliau merasakan ovari dah pecah.

Doktor mengatakan pukul 5pm pembedahan  dilakukan. Terus admit masuk wad.
Isteri masuk ke wad dan saya ke konter pembayaran. Pihak KPJ meminta deposit rm1000.00.

Saya mengatakan bahawa saya claim insuran Pru BSN. Setelah itu, pihak hospital menyuruh saya tandatangan borang PRU BSN yang memang ada sedia dalam KPJ.

Alhamdulillah, saya sekeluarga telah membeli insuran Pru BSN. Saya meminta agen nombor polisi insuran kerena pihak KPJ memintanya.

Agen Pru BSN saya dengan senang hati menolong saya. Alhamdulillah selesai.
Saya lupa membawa kad medikal pada masa ini, terima kasih kepada agen saya yang menolong saya pada masa itu.




Pada malam itu, isteri saya dibedah oleh doktor KPJ. Alhamdulillah semua selesai dan tepat pukul 12 malam... isteri saya selesai dibedah.

Selama 5 hari 4 malam berada di KPJ Damai, banyak dugaan ditempuh
Anak-anak jauh dari orang tua...
anak saya yg ke 2 demam batuk
Anak pertama tidak ke sekolah taska kerana tiada yang mengambilnya
makan minum anak-anak diatur oleh orang tua tersayang ada adik2... terima kasih.

Isteri saya cuma dapat minum air dan makan bubur.

Dalam pembedahan ini, 2 drain hose diletakkan dalam perut isteri untuk mengekuarkan nanah dan darah. pergerakan adalah terhad. Kesihan isteri tersayang.

Doktor pakar mengatakan bahawa, usus kecil terpaksa dibuang dan disambung dengan yang baik. Apendiks dan bernanah dan dibuang. Usus dah nak hancur mungkin kerana ubat yang dimakan sebelum itu.

Pada hari ke 5 isteri saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Namun bagi saya keadaan isteri saya melalui pembedahan kerana kelalaian pihak yang pertama memeriksa tidak jujur.. sambil lewa. Namun, Alhamdulillah.Allah swt telah menentukan segalanya.

Kepada sema, kalau ada tanda-tanda anda kena apendiks ni cepat2 la jumpa doktor yang berpengalaman sebelum usus kita dibuang.

2 minggu menahan sakit .... pasti menyeksakan...


Usus yang dipotong



Bil isteri saya selama di KPJ Damai KK , Sabah.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt.

Selepas ini akan berurusan dengan hospital kerajaan la pula.

wallahualam..



 Contoh Kad Medical PRU BSN

Tanda Awal Apendiks:
http://mamiraysha.blogspot.com/2011/11/kenali-simptom-radang-apendiks-anda.html

http://mamiraysha.blogspot.com/2011/11/kenali-simptom-radang-apendiks-anda.html


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rawatanawalhalangderitaapendiks/MA/Article/index_htmlhttp://adam-updated.blogspot.com/2011/03/sakit-sungguh-bahanya-penyakit-apendiks.htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121125/kn_02/Rawat-segera-apendikshttp://mycolumbiaasia.blogspot.com/2011/02/penyakit-apendiks-akut-acute.html  









Friday, July 24, 2009

Pak Lah saran tubuhkan badan R&D rumpai laut




Pada pendapat saya:
Industri Rumpai Laut ini perlu diindusterikan kerana ia dapat memberikan wang yang banyak kepada pengusahanya.


SEMPORNA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mencadangkan supaya Sabah mewujudkan satu institut penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus bagi melaksanakan kajian rumpai laut.

Katanya, institut seperti itu dapat membantu mengembangkan potensi industri rumpai laut sama ada dari aspek pengeluaran atau pemerosesan produk hiliran tersebut.

"Jadi mesti ada R&D iaitu badan penyelidikan yang akan memberi perhatian tentang bagaimana kualiti rumpai laut dapat dipertingkatkan dan bagaimana untuk membanyakkan lagi hasil pengeluarannya.

"Kalau ada badan penyelidikan kita akan tahu bagaimana kita boleh membuat sendiri produk berasaskan rumpai laut. Sekarang ini kita hanya menjual dan orang lain yang memproses.

"Kita perlu miliki semua kemahiran itu supaya pendapatan rakyat yang berkecimpung dalam industri rumpai laut ini dapat dipertingkatkan lagi," katanya selepas melawat Pusat Pengkulturan Rumpai Laut di Look Butun, Pulau Bum-Bum, dekat sini, hari ini.

Turut mengiringi Abdullah dan isterinya, Tun Jeanne Abdullah, dalam lawatan ke projek itu di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran.

Abdullah berkata, potensi masa depan rumpai laut di Sabah amat cerah memandangkan permintaannya yang berterusan dan atas dorongan kegunaan bahan itu yang luas termasuk dalam bidang pemakanan, ubat-ubatan dan farmaseutikal.

Katanya, kesesuaian pengkulturan rumpai laut di Sabah terutama di perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu adalah rahmat Allah yang perlu disyukuri dan diberi perhatian sebaik-baiknya oleh rakyat.

"Pengkulturan rumpai laut ini kita tidak perlu bagi baja dan tak perlu beri makanan. Kita gantung saja dan lepas itu (tunas) rumpai laut akan bercambah menjadi banyak dan mengeluarkan hasil dengan cepat," katanya.

Mengulas mengenai kemampuan projek pengkulturan rumpai laut di Look Butun mengeluarkan kesemua kira-kira 80 pesertanya daripada garis kemiskinan tegar, Abdullah berkata, projek itu berkesan dalam mengatasi masalah kemiskinan tegar.

Projek pengkulturan rumpai laut secara berkelompok di Look Butun bermula pada tahun 2001 dan kini pendapatan bulanan peserta berdasarkan harga semasa rumpai laut ialah antara RM1,000 dan RM1,300 sebulan. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...