Showing posts with label skuasy. Show all posts
Showing posts with label skuasy. Show all posts

Monday, May 18, 2009

Seoul jadi buruan selepas Texas

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my

GELARAN kedua tahun ini sudah pun sah menjadi milik Nicol Ann David apabila gah menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Texas di Houston, Dallas, kelmarin.

Ratu negara dan pemain wanita nombor satu dunia itu jelas ‘lambat panas’ dalam saingan itu sebelum bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pencabar terdekatnya, Natalie Grainger dari Amerika Syarikat, 11-7,12-10, 11-5, 11-6.

Kini tumpuan Nicol lebih terarah kepada menambah tiga dalam koleksi peribadinya pada 2009 ini d

“Ia bukan satu tugasan mudah berdepan Natalie tetapi saya tahu saya terpaksa sentiasa bekerja. Saya gembira untuk memenangi gelaran ini buat kali pertama dan mahu mengulangi pada musim-musim berikut.

“Kini, baru saya berpeluang untuk bersiar-siar di bandar Dallas bersama-sama penganjur. Terima kasih kepada sokongan berterusan dan saya berharap untuk menemui semua sekali lagi di Terbuka Seoul bermula Jun,” kata Nicol dalam blog peribadinya di www.squashstars.com.

Natalie, pemain nombor dua dunia kelihatan mahu mengulangi kejayaannya menjadi pemain tunggal dalam tempoh hampir dua tahun untuk menewaskannya, di Terbuka Kuala Lumpur awal Mac ini apabila menang set pertama, 11-7.

Namun Nicol bangkit untuk menang tiga set seterusnya, 12-10, 11-5, 11-6 dalam pertarungan 39 minit bagi gelaran kedua berturut-turut selepas memenangi Terbuka Cayman di Kepulauan Cayman, dua minggu lalu.

Menariknya, lawan Nicol ketika itu juga adalah Natalie dengan kedua-dua mereka menjadikan jelajah profesional skuasy wanita tahun ini sebagai gelanggang persaingan peribadi mereka apabila bertemu sesama diri dalam semua tiga final yang dipertandingkan

i Terbuka Seoul, awal Jun ini.

Tuesday, May 12, 2009

Dendam Nicol berbalas

Datuk Nicol Ann David

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David berjaya melunaskan dendam kekalahannya kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Natalie Grainger di final Terbuka Cayman, kelmarin.

Nicol tampil dalam final buat kali ke-50 dan meraih kejuaraan ke-36 dalam kariernya menerusi 11-8, 11-6, 11-5 dalam tempoh 33 minit.

Kekalahan kepada pemain nombor dua dunia itu di Terbuka Kuala Lumpur (KL), Mac lalu, menjadi pengajaran terbaik bagi Nicol memperbaiki dan meningkatkan permainannya.

“Saya cuba memahami rentak permainannya selepas apa yang berlaku ketika kali terakhir kami bertemu di final Terbuka KL,” kata Nicol.

“Dia bermain dengan baik ketika itu dan ia membuatkan saya mahu beraksi lebih daripada yang dilakukannya dalam perlawanan ini. Saya tidak lagi melakukan kesilapan seperti di KL.

“Saya gembira dengan pencapaian ini. Saya bermain di tahap terbaik dalam tahun ini, juga tahun lalu.

“Natalie berusaha mengatasi saya tapi selepas apa yang berlaku dulu, saya lebih fokus dan lebih bertenaga.”

Natalie muncul di set pertama dengan serangan yang mengelirukan dan mendahului 7-4. Namun, pemain berusia 32 tahun itu mula memperlahankan rentak lalu terlepas empat mata selepas itu dengan satu stroke dan empat ke tin (rendah).

Dia cuba mengekalkan permainan sama di awal set kedua, bagaimanapun Nicol kemudiannya mengambil-alih permainan selepas terikat lima sama dengan menamatkan rali dan berupaya membuatkan Natalie tersekat sekadar di mata keenam.

Rentak berbeza ditampilkan Nicol dalam set terakhir di mana dia terus memberi tekanan menerusi asakan dan voli kepada Natalie sebelum mengakhiri permainan tiga minit selepas setengah jam.

Kemenangan ini adalah yang pertama bagi Nicol dalam musim 2009 dan Terbuka Cayman menawarkan hadiah wang keseluruhan AS$37,000 (RM132,124).

Pemain berusia 26 tahun itu terus berlepas ke Dallas, AS, bagi menghadapi Kejohanan Terbuka Texas, 11-17 Mei, dan kemudian mempertahankan kejuaraannya di Terbuka Seoul pada 1-7 Jun ini.

sumber harian metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...