Monday, May 18, 2009

Seoul jadi buruan selepas Texas

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my

GELARAN kedua tahun ini sudah pun sah menjadi milik Nicol Ann David apabila gah menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Texas di Houston, Dallas, kelmarin.

Ratu negara dan pemain wanita nombor satu dunia itu jelas ‘lambat panas’ dalam saingan itu sebelum bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pencabar terdekatnya, Natalie Grainger dari Amerika Syarikat, 11-7,12-10, 11-5, 11-6.

Kini tumpuan Nicol lebih terarah kepada menambah tiga dalam koleksi peribadinya pada 2009 ini d

“Ia bukan satu tugasan mudah berdepan Natalie tetapi saya tahu saya terpaksa sentiasa bekerja. Saya gembira untuk memenangi gelaran ini buat kali pertama dan mahu mengulangi pada musim-musim berikut.

“Kini, baru saya berpeluang untuk bersiar-siar di bandar Dallas bersama-sama penganjur. Terima kasih kepada sokongan berterusan dan saya berharap untuk menemui semua sekali lagi di Terbuka Seoul bermula Jun,” kata Nicol dalam blog peribadinya di www.squashstars.com.

Natalie, pemain nombor dua dunia kelihatan mahu mengulangi kejayaannya menjadi pemain tunggal dalam tempoh hampir dua tahun untuk menewaskannya, di Terbuka Kuala Lumpur awal Mac ini apabila menang set pertama, 11-7.

Namun Nicol bangkit untuk menang tiga set seterusnya, 12-10, 11-5, 11-6 dalam pertarungan 39 minit bagi gelaran kedua berturut-turut selepas memenangi Terbuka Cayman di Kepulauan Cayman, dua minggu lalu.

Menariknya, lawan Nicol ketika itu juga adalah Natalie dengan kedua-dua mereka menjadikan jelajah profesional skuasy wanita tahun ini sebagai gelanggang persaingan peribadi mereka apabila bertemu sesama diri dalam semua tiga final yang dipertandingkan

i Terbuka Seoul, awal Jun ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...