BEIJING: Sebuah taman tema seks yang mempamerkan alat kelamin dan budaya seksual dimusnahkan sebelum ia sempat dibuka Oktober tahun ini.
Taman tema yang dinamakan Love Land oleh pemiliknya mendapat tentangan dan bantahan penduduk Chongqing sejak hujung minggu lalu, kata seorang jurucakap pihak berkuasa wilayah itu yang hanya dikenali sebagai Yang.
Yang enggan memberikan punca kepada pemusnahan itu dan maklumat lain. Bagaimanapun gambar taman tema yang hanya dikhususkan kepada orang dewasa itu disebarkan di seluruh internet sejak hujung minggu lalu sehingga menimbulkan bantahan dan kritikan meluas.
Antara yang dipamerkan termasuk anatomi gergasi lelaki dan wanita, hujah bagaimana topik seks diterima dalam pelbagai budaya dan apa yang disifatkan akhbar China Daily sebagai bengkel teknik seks.
Pemusnahan itu menunjukkan pandangan yang rumit mengenai seks dalam China moden di mana perbincangan mengenai seksual dibandingkan dengan pendekatan klinikal hingga kepada aspek fizikal.
Ketika pornografi dilarang dan pendidikan seksual jarang didengar, kedai menjual peralatan seksual dan barangan berkaitan masih boleh diterima manakala seks di luar perkahwinan juga masih menjadi satu toleransi. - AP