Monday, May 18, 2009

120 mangsa di Jepun Influenza A

Kerajaan arah sekolah ditutup elak Influenza A merebak

TOKYO: Jumlah mangsa Influenza A di Jepun meningkat semalam kepada 120 orang dan kerajaan bertindak menutup sekolah dan syarikat pula tidak menggalakkan kakitangannya melakukan lawatan tidak diperlukan bagi membendung penyakit itu daripada merebak.

Penularan di Jepun meningkat daripada hanya empat kes penghujung minggu lalu kepada 120, apabila jangkitannya disahkan di bandar raya pelabuhan Kobe dan Osaka, iaitu bandar raya kedua terbesar di Jepun. Penularan terbaru itu tiada kaitan jelas dengan kunjungan ke negara asing, seperti ke

Jepun berusaha keras membendung virus selesema itu daripada merebak dan membuka pusat ujian di lapangan terbang dan menggalakkan kakitangan yang bertugas dalam bidang berisiko tinggi supaya memakai penutup mulut dan hidung dan kerap membasuh tangan dengan rapi.

Sabtu lalu, pegawai melaporkan kes pertama di negara berkenaan - yang tidak dibawa dari negara asing - dan setakat ini punca jangkitan itu masih belum diketahui.

Rangkaian televisyen NTV memetik pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai berkata penularan baru itu akan menjadikan Jepun negara keempat paling ramai dijangkiti di dunia, selepas Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.

“Kita perlu membendung penularan itu pada peringkat tempatan, tapi ia semakin sukar dilakukan,” kata Gabenor Hyogo, Toshizo Ido.

Kobe, di mana berpuluh-puluh mangsa dijangkiti, terletak dalam wilayah Hyogo, di barat daya Jepun.

“Kita akan mengeluarkan amaran wabak dan membuat persediaan bagi penularan lebih besar,” kata Gabenor Osaka, Toru Hashimoto

Di Tokyo, Perdana Menteri, Taro Aso semalam mengadakan mesyuarat kabinet bagi menyelaraskan tindakan kerajaan. “Kita mesti berjaga-jaga, tapi dengan rawatan segera, mangsa berkenaan boleh sembuh,” katanya.

Menurut pegawai, 1,466 sekolah - semuanya sekolah rendah, menengah rendah dan menengah tinggi di Hyogo - ditutup semalam sehingga sekurang-kurangnya Jumaat ini. Beberapa ratus lagi di tutup di Osaka.

Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ berkata seorang kakitangannya di cawangan Kobe disahkan berjangkit virus berkenaan dan dimasukkan ke hospital kerana demam. Bank itu meminta sebahagian besar kakitangan di cawangan berkenaan supaya duduk rumah dan beroperasi dengan kakitangan kecil.

Syarikat lain seperti Shiseido, Daihatsu Motor Co dan Mitsubishi Heavy Industries Ltd mengarahkan kakitangannya supaya mengehadkan lawatan perniagaan dalam negeri yang tidak diperlukan, terutama di kawasan jangkitan.

WHO mengesahkan sekurang-kurangnya 8,480 kes selesema berkenaan menjangkiti manusia di hampir 40 negara, sebahagian besarnya di AS dan Mexico, termasuk 72 kematian. - AP

s pertama, dan membabitkan sebahagian besarnya remaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...