Wednesday, May 13, 2009

Julia Perez mahu tukar imej seksi

Julia Perez mahu tukar imej seksi



Julia Perez

Aktres ingin berlakon filem berunsur Islam

JAKARTA: Pelakon dan penyanyi Indonesia, Julia Perez, yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi dan sering dilanda kontroversi, mengaku bosan dengan imejnya sekarang dan melahirkan keinginan untuk berlakon filem berunsur Islam seperti Ayat-Ayat Cinta.

"Saya sebenarnya sudah lama teringin melakonkan watak dalam filem berunsur Islam seperti Ayat-Ayat Cinta. Selama ini lakonan saya hanya biasa saja dan tidak menunjukkan peningkatan. Saya memerlukan cabaran baru dalam bidang perfileman," katanya.

Julia, atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati, 29, turut kesal kerana penerbit filem Indonesia lebih mementingkan imej seseorang pelakon berbanding mempelbagaikan watak dan memberikan mereka cabaran baru.

"Jika seseorang pelakon sudah dilabel dengan imej seksi, mereka akan terus-menerus diberi watak seksi dalam filem dan sukar untuk mengubahnya kepada watak yang lain," kata artis yang pernah dinobatkan sebagai 100 wanita paling seksi majalah FHM dan Maxim.

Pelakon filem seram, Hantu Jamu Gendong (Hantu Bawa Jamu), itu berkata aktres Indonesia sepatutnya boleh berlakon dan memainkan watak dalam semua genre filem seperti aktres luar negara.

Julia berkata untuk memadamkan imej seksinya, beliau kini semakin berhati-hati memilih filem yang akan dibintanginya, malah menolak filem yang mempunyai unsur seks atau lucah.

"Saya menerima banyak tawaran berlakon tetapi terpaksa ditolak kerana tidak menepati keinginan saya sekarang, apa lagi filem yang memerlukan saya menayangkan bentuk badan," katanya.

Pada April 2008, Julia melancarkan album pertama beliau berjudul Kamasutra, dengan salah sebuah lagunya, Belah Duren (Buka Durian) mendapat sambutan hangat.

Bagaimanapun, album ini menimbulkan kontroversi hebat di Indonesia, apabila Julia dilaporkan memberikan kondom percuma kepada setiap pembeli albumnya. Beliau turut dikecam berikutan penampilan imej yang terlalu seksi.

Pada pertengahan Februari lalu, Julia menjadi artis yang paling banyak dicari dalam laman web 'Kapanlagi.com' berikutan gambar seksinya yang tersiar di internet. � Agensi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...