Wednesday, May 13, 2009

MU setuju Ronaldo ke Real

MU setuju Ronaldo ke Real



Cristiano Ronaldo

MADRID: Cristiano Ronaldo dan Manchester United sudah menandatangani perjanjian dengan Real Madrid untuk perpindahan pemain sayap Portugal berkenaan ke kelab Sepanyol itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Mengikut perjanjian itu, Manchester akan melepaskan Pemain Terbaik Dunia 2008 itu selepas Julai ini dengan bayaran minimum 80 juta euro (RM384 juta), lapor akhbar El Pais.

Bekas presiden Real, Florentino Perez, yang dijangka mengumumkan akan bertanding semula untuk jawatan berkenaan, esok, sudah membincangkan mengenai bayaran itu dengan agen Ronaldo, Jorge Mendes, tambah laporan itu.

Namun menurut laporan itu, Perez mungkin akhirnya terpaksa membeli perancang AC Milan, Kaka kerana 'kurang mahal dan akan membolehkannya membeli lebih ramai pemain.'

Bulan lalu, Ronaldo yang mempunyai kontrak dengan United sehingga 2012, berkata, dia gembira di Manchester apabila kerap ditanya mengenai laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real.

Kaka, Pemain Terbaik Dunia 2007, baru-baru ini juga berkata, dia mahu kekal bersama AC Milan.

Perez adalah presiden Real antara 2000 dan 2006 apabila pasukan itu membeli ramai pemain handalan seperti Luis Figo, Zinedine Zidane dan David Beckham.

Real dijangka mengadakan pemilihan presidennya bulan depan dan Perez menerima undian tertinggi dalam satu pungutan suara walaupun belum mengumumkan sama ada beliau akan bertanding. � AFP


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...