Thursday, May 14, 2009

H1N1: 3 sekolah di New York ditutup

NEW YORK: Pihak berkuasa mengesahkan tiga sekolah di bandar raya ini terpaksa ditutup serta-merta hari ini selepas virus H1N1 dikesan merebak dengan seorang kakitangan sekolah dilaporkan kritikal.

Tiga sekolah itu yang mempunyai 4,500 pelajar akan ditutup seminggu selepas tahap penularan wabak itu semakin ketara.

Datuk Bandar, Michael Bloomberg, berkata kakitangan terbabit ialah penolong pengetua yang dimasukkan ke hospital dengan keadaannya dilaporkan serius.

Beliau berkata, wabak H1N1 atau selesema babi itu mulanya dikenal pasti menjangkiti empat pelajar di salah sebuah sekolah berkenaan yang semuanya terletak di Queens.

“Kita bertindak serta merta dengan menghantar 50 pelajar terbabit ke rumah selepas ada simptom vuris H1N1," katanya.

Di sekolah kedua pula, 241 pelajar tidak datang ke sekolah semalam manakala sekolah ketiga, 29 pelajar disahkan ada simptom virus berkenaan. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...