Tuesday, May 12, 2009

Kisah Khalifah

Serigala / singa pun tidak khianat.

Setelah Umar Abdul Aziz, maka bertanyalah pengembala2 kambing di puncak gunung :
Siapakah khalifah SOLEH yang memerintah ketika ini?
Di antara mereka bertanya kembali :
Bagaimanakah engkau tahu khalifah sekarang soleh?
Kata mereka :
KEBIASAANNYA, apabila sesebuah kerajaan itu di perintah khalifah SOLEH, maka serigala dan singa akan menjauhkan diri dan tidak mengganggu ternakan kami.
Sangat mudah menangis

============================================
Fudhail bin 'Iyadh meriwayatkan :
Orang bertanya kepada Umar Abdul Aziz :
Apakah yang menyebabkan engkau SANGAT mudah menangis?
Jawab Umar ra :
Sesungguhnya, aku merasakan kalaulah ada seekor anak biri-biri yang mati di tebing sungai Furat di sebabkan kecuaian aku, NESCAYA Allah SWT akan mempertanggung jawabkan aku di akhirat kelak.
Perut yang lapar lebih utama daripada baitullah
==============================
==============
Pengurus/penjaga kaabah mengutus surat kepada Umar Ibnu Abdul Aziz meminta kelambu kaabah ditukar sebagaimana telah dilakukan Khalifah sebelumnya.
Umar Abdul Aziz menjawab :
Sesungguhnya perut2 yang lapar itu lebih utama dari kelambu kaabah.
Keperihatinan terhadap orang miskin.
==============================
==============
Beberapa orang penduduk Madinah mengunjungi Khalifah Umar, lalu ditanya Umar akan penduduk Madinah :
Apakah perkejaan orang2 miskin yang tinggal di sekian2 tempat?
Jawab mereka :
Orang2 miskin itu telah berpindah randah, ya Amirul Mukminin, kerana mereka telah dilimpahkan kekayaan oleh Allah SWT.
Sebelum itu mereka hanyalah pencari kayu yang menjualkan kepada musafir yang singgah di perkampungan mereka.
Suatu ketika orang2 musafir itu kembali untuk membeli kayu, tetapi orang2 miskin tersebut telah berkata :
Sesungguhnya kami tidak lagi menjual kayu api, kerana Allah SWT telah melimpahkan kekayaanNya kepada kami dengan harta yang telah diberikan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz kepada kami.
Pakaian & Cara Pemakaiannya
Sebelum vs Selepas
==============================
==============
Seorang ulama' Quraish meriwayatkan :
Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata :
Sesungguhnya aku bimbang kalau2 rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian2 kesukaanku.
Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru.
Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap & perangai demikian.
Pakaian solat
==============================
==============
Seorang pengawalnya berkata :
Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya.
Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki :
Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat.
Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab:
Sesungguhnya SEBAIK2 niat yang ikhlas untuk berzuhud, adalah ketika memiliki kemewahan.
Dan masa yang paling sesuai untuk memberikan keampunan, ialah ketika mampu membalasnya.
Harum lagi Bergaya
==============================
==============
Raja' bin Haiwah meriwayatkan :
Sebelum Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau merupakan lelaki paling harum tubuh dan pakaiannya serta paling bergaya cara berjalannya.
Setelah menjadi Khalifah, mereka telah menilai harga pakaiannya ( baju, serban, kain, pakain luaran & dalaman, kain baldu ) hanya sekadar 12 dirham sahaja.
Pakaian Ketika sakit
==============================
==============
Salamah meriwayatkan :
Suatu masa aku menziarahi Umar Abdul Aziz yang sedang sakit. Aku melihat dia memakai baju yang sudah kotor.
Lalu aku berkata kepada Fatimah :
Wahai Fatimah, Tolong basuhkan baju Amirul Mukminin.
Jawab Fatimah :
InsyaAllah, kami akan laksanakan.
Keesokan harinya, aku berkunjung lagi. Aku dapati bajunya masih seperti kelmarin. Lantas aku bertanya :
Wahai Fatimah, Bukankah aku telah menyuruh menbasuh baju Amirul Mukminin. Sepatutnya engkau menukarkan bajunya, kerana orang ramai sentiasa mengunjunginya.
Jawab Fatimah :
Demi Allah, HANYA baju itulah yang beliau ada.
Dimanakah mereka yang ...:
==============================
=====================
Setiap hari seorang pegawai Khalifah Umar Abdul Aziz akan berseru :
Dimanakah mereka yang berhutang, tetapi tidak mampu melangsaikannya?
Dimanakah mereka yang ingin berkahwin, tetapi tidak berkecukupan?
Dimanakah mereka yang miskin?
Dimanakah mereka yang yatim?
Umar akan memenuhi permintaan mereka apabila mereka mengadu kepadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...