Wednesday, May 13, 2009

af7 :Hafiz Pelajar Paling Konsisten

11-May-2009 | Oleh: Kudsia Kahar





11 MEI 2009: Minggu kesembilan yang dinanti-nantikan muncul. Not just because everyone is dying to hear the remaining four, tapi sebab nantikan keputusan AFMASUK - siapa yang akan berjuang untuk gelaran Juara AF7? Zizi? Aishah? Claudia? Aril? So far these are the favourites, dan saya pun rasa serba-salah sebab keempat-empatnya berbakat. Kalau dalam blog minggu lepas saya kata pastinya Zizi yang saya pilih, Aril sebenarnya pada minggu yang disingkir jelas menunjukkan peningkatan yang paling ketara, and of course I've always loved Claudia's voice.


Anyway sebelum saya teruskan pandangan untuk minggu ni, I wanted to mention that someone left a YouTube link dalam mesej minggu lepas. Memang betul! Nampak sangat Akim dengan baju dan tanjak kuningnya in the background, menunjukkan segmen tu memang dirakamkan pada hari Jumaat! Satu-satunya kerja CSI yang pantas dan tepat! Sorry ye penulis mesej tu saya dah tak ingat namanya sebab rasanya dah dipadamkan dari mesej box saya..

Anyway minggu ke-9 ni lagu Lagenda menjadi pembuka tirai sempena Hari Ibu. That was a nice touch. Among the boys, Hafiz sorang je yang betul-betul on key dari awal ke akhir. It was an OK performance dan saya tak pasti samada tenaga pengajar realize that bila pelajar menyanyi berkumpulan, harmoni yang jarang pitch-perfect selalu menjadi masalah. Anak-anak Isma dibawa keluar untuk berpeluk-cium dengan ibu. Yawn. Camera focus on Zul her husband, yang memang wajib dilakukan ASTRO setiap minggu sekurang-kurangnya dua kali close-up setiap konsert (yang lain pun ada ahli keluarga jugak tapi tak diberi fokus pun, bukan seperti AF-AF yang lalu - frankly - I miss that). Yawn again. Bukannya apa, tapi lepas Drama Miggu Ini pada penghujung konsert minggu lepas, trigger AF7 dah jadi macam cliche and predictable. Pastinya yang jarang menonton AF dulu-dulu will find it nice, tapi orang macam Bad dan saya yang memang ada connection dengan AF sejak tahun pertama, dah lali sikit dengan trigger-trigger macam tu. Hope you guys enjoyed it, though!


Anyway, "leaderboard" atau papan keputusan menunjukkan Yazid dan Hafiz di tempat yang pertama dan kedua sementara Isma pula dah jatuh ketempat yang ketiga, a place she has NEVER been before. Akim pula, who I am beginning to look forward to seeing perform every week now, nampaknya tercorot sekali di tangga keempat. I hope there is no elimination today because I would hate to see him go. Sejak konsert ke-6, saya dapati Akim dan Hafiz antara yang paling berpotensi menjadi juara AF7. One for his voice and consistency and the other for his confidence and stage presence. Takpe, itu pandangan saya je, jari-jemari you all gak yang akan menentukan samada Malaysia akan punyai buat kali pertama dalam sejarah dunia hiburan, dua adik beradik menjadi juara program realiti tempatan, ataupun samada seorang pelajar lelaki akan kembali bergelar juara AF. Anyway - note to ASTRO - AC made a mistake masa dia habaq kat audiens bahawa buat pertama kalinya ada Mat Salleh yang datang AF. Newsflash - dah banyak kali sebenarnya Mat Salleh datang kat AF dari tahun pertama sekali, termasuklah Abang Mahathir, suami Kak Nita (Anita Sarawak), cuma tak dimegahkan aje. Anyway that's not important kan? Just a minor correction.


So the only female student left in AF will start the ball rolling. Setiap pelajar malam ni harus membawakan dua lagu - satu dalam BM dan satu lagi dalam BI. Lagu pertama Isma ialah Aku Pasti Datang. Vokal Isma not up to the mark malam ni dan beliau pernah menyanyi lebih baik but it was OK la, kira boleh hidup lagi. Gerak-geri Isma malam ni saya dapati terlalu mekanikal, seolah-olah dah dirancang berkali-kali dan akhirnya tiada elemen spontan. But! That's just my opinion, you're free to make up your own!


Yazid plak membuat persembahan seterusnya dan lagu U2, Where The Streets Have No Name menjadi lagu kedua U2 yang diberikan pada Yazid (he had one last week too). Vokalnya biasa sahaja tapi tahap keyakinan diri Yazid memang outstanding kerana beliau berani mendampingi audiens sebegitu. If only his vocals were perfect tonight...


Akim ketiga muncul malam ini dan salah satu lagu hit yang paling popular awal tahun ni, I'm Yours dari Jason Mraz - menjadi cabarannya. He played the guitar - nice touch. Akim lebih baik dari yang saya jangkakan dan walaupun vokal Akim OK tapi Akim ikut sebijik macam vokal Jason Mraz dalam lagu tersebut, so there was no originality. Good show though, I like the boy. I hope he doesn't stay at the bottom, because he deserves to be in the top 3 in the final.


Hafiz pula membuat persembahan pertamanya malam ini and finally after the long skit lagu Laskar Pelangi dipersembahkan. What a performance! So far the best two tonight (after round 1) are Hafiz and Akim.


Pusingan kedua bermula dan lagu Katy Perry, Hot & Cold, dibawa oleh Isma. OOOOPSSSSSSSSS! Isma hampir tergelincir dan pastinya sapa yang menonton persembahan tersebut di kaca TV memang boleh nampak dengan jelas! It's those shoes, man!!! Sorry to say tapi kasut dengan tumit tinggi enam inci tu tak sesuai digunakan untuk performance yang lincah dan lantai pentas pulak jenis licin! Hello wardrobe!!! Are you waiting for her to break her ankle? Nasib baik dia tak tersungkur. Even Adlin mentioned (yet again - pay attention please, ASTRO) kasut tak sesuai. Shoes aside, persembahan Isma memang banyak koreografi and she did well to remember them all tapi kesian tak biasa kot sampai macam termengah-mengah pada suku terakhir lagu. Isma juga nampaknya menumpukan jauh lebih banyak perhatiannya pada koreografi dan bukan vokal kali ini.


Yazid kembali di atas pentas dan lagu Aku Skandal dibawakan. Yang nyata Yazid memang perlu memberi perhatian penuh terhadap vokalnya sebab masih lagi "hit and miss". He was better last week.


Lagu Larut menjadi persembahan solo terakhir Akim malam ini, and vocally he wasn't sharp enough tetapi SOMETHING about Akim makes me wanna watch anyway, you know? He's a star in the making. Mungkin senyumannya sewaktu menyanyi, mengingatkan saya kepada Zainal Abidin sewaktu beliau menjadi vokalis Headwind dulu. Satu tarikan bagi peminat-peminat Zainal adalah senyumannya sewaktu menyanyi, walaupun lagu tu mungkin sedih. Senyumannya boleh membuat anda terhibur atau terguris hati. I see that same sort of quality in Akim.


Hafiz muncul sekali lagi dan lagu terhebat dari R.Kelly, I Believe I Can Fly, is next. Lagu tersebut menjadi salah satu lagu ikonik kerana liriknya penuh harapan dan arrangement bersama koir memang menimbulkan emosi yang "intense". I am glad Hafiz got this song, because I don't think anyone else can do it like Hafiz. Memang jelas beliau lah pelajar yang paling konsisten dan jikalau minggu hadapan Hafiz bergelar juara saya tidak akan terkejut (something tells me he won't, though). Sayang sekali adlib pada pertengahan lagu ke laut sikit tapi sebab beliau mendalami lagu tersebut dan memang berjaya dibawakan, I can overlook that "ke laut" part. Yay!!!!!! Bob ada sebelah AC dan memang saya dah lama rindu kat Bob! No matter what, Bob akan sentiasa menjadi pelajar di final AF yang menyanyikan lagu dengan begitu merdu sekali sehingga saya menangis dan terkedu, sampai hampir tak boleh nak mengkritik... all the best Bob in the US!


Janggalnya pentas apabila hanya empat pelajar yang muncul untuk Menuju Puncak. Nampak pentas terlalu kosong dan seolah-olah para pelajar yang kekal pun macam dah sedih nak perform lagu tema AF dah. Uhuks. OK so AC setelah berceloteh memberitahu tiada penyingkiran minggu ini (as many people predicted) dan pelajar yang masuk pula...Aril. OKlah saya tahu bukan Zizi but I know there will be at least ONE artist manager yang dah berfikir nak ambil Zizi, so masa depannya cerah. Aril should come back because now, ada TIGA pelajar lelaki yang memang bertauliah digelar juara, kalau berjaya minggu depan kelak... All the best to the FINAL FIVE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...