Saturday, May 16, 2009

Adegan bogel: Penerbit program realiti Denmark mohon maaf kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Penerbit rancangan televisyen realiti dari Denmark memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam kerana merakam adegan bogel di sebuah pulau di selatan Malaysia, awal bulan ini.

Gambar peserta daripada 'Expedition Robinson', versi Denmark bagi siri 'Survivor' mengambil bahagian dalam perlumbaan bogel yang turut diterbitkan di muka depan akhbar berbahasa Melayu tempatan, menyebabkan pihak berkuasa dengan segera melakukan siasatan.

Strix Television AB, yang menerbitkan rancangan itu, berkata adegan peserta dikehendaki berbogel dalam perlumbaan di pulau yang terletak di Johor itu tidak terdapat dalam skrip dan meyakinkan kepada pihak berkuasa Malaysia ia tidak akan disiarkan।
Ketika perlumbaan itu, peserta menanggalkan pakaian mereka manakala ada sesetengah mereka dibenarkan memakai seluar dalam, menurut satu laporan. Peserta wanita yang enggan menanggalkan pakaian mereka dikeluarkan daripada rancangan itu.

Strix sudah memecat pengarah yang bertanggungjawab terhadap perlumbaan 'yang tidak sensitif dan menghinakan' itu, kata laporan berkenaan.

Expedition Robinson membuat kemunculan pertamanya pada 1997 dan adalah penerbitan pertama seluruh dunia bagi siri realiti yang dibangunkan di Britain dan turut diterbitkan ke negara lain. - AP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...