Sunday, May 24, 2009

Mourinho intai pemain bintang

MILAN: Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho membayangkan beliau mahu beberapa pemain baru dalam skuadnya bagi memastikan komitmen separuhnya bersama kelab yang baru menjuarai Liga Itali itu.

Mourinho, yang berkhidmat musim pertama dan Inter serta membawa kelab itu menggondol kejuaraan liga memberitahu, beliau kini 99 peratus akan kekal di Inter, sekali gus menolak kemungkinan berpindah ke Real Madrid.

"Saya mahu menjadikan 99.9 peratus komitmen saya di sini sekarang kepada 100 peratus. Namun, beberapa perkara kecil (pembelian pemain) perlu dibuat," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan secara spesifik mengenai 'perkara kecil' yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, Mourinho kemudian menyatakan beliau akan berbincang mengenai beberapa perjanjian baru membabitkan pemain musim depan bagi bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah nanti.

Pemain Genoa, Diego Milito dan Thiago Motta disebut-sebut akan ke Inter.

"Saya gembira di Inter. Kelab ini maju ke depan dan kami sedang berusaha menandatangani perpindahan dua pemain baru," katanya.

Mourinho berkata, beliau sebelum ini pun beliau menolak tawaran ke Real Madrid ketika beliau mahu meninggalkan Chelsea.

Beliau kini bercita-cita mendakap trofi di liga Sepanyol, selepas melakukannya dalam liga Inggeris dan Itali. - Reuters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...