WELLINGTON: Air New Zealand menawarkan penerbangan khas mencari jodoh merentasi benua kepada mereka yang bujang dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan pasangan di New Zealand.
Mereka ditawarkan untuk terbang dari Los Angeles sekiranya berhajat memilih rakyat New Zealand sebagai pasangan hidup mereka dalam program ‘Great Matchmaking Ball” di Auckland yang dijadualkan Oktober ini.
Sebelum berlepas, penumpang akan menghadiri satu parti prapenerbangan di Lapangan Terbang Los Angeles, kata Steve Bayliss dari Air New Zealand. - AFP