Monday, May 18, 2009

Dua maut, tujuh parah dalam kemalangan bas ekspres dan treler

KUANTAN: Dua maut manakala tujuh lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas ekspres Transnasional dengan sebuah treler di Kilometer 31 Jalan Kuantan-Maran di sini malam tadi.

Pegawai Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu treler, Khairil Nizam Mohamed, 31, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu dan penumpang bas, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun, Triang.

Katanya, tujuh mangsa yang cedera parah ialah pemandu bas Mohd Zaladin Ripin, 42, kelindan treler, Yusof Hassan, 47, dan lima penumpang bas iaitu Tuan Suziyzti Tuan Nor, 24, Aulia Hassan Basri, 32, Mohd Johar Yadin, 56, Abdul Rahman Abdullah, 19, dan Raja Ahmad Suari Raja Abu Bakar, 40.

Beliau berkata, ketika kejadian bas ekspres yang membawa 21 penumpang itu


"Sampai di tempat kejadian bas berkenaan dipercayai memasuki laluan

treler sebelum kedua-dua kenderaan terbabit bertembung," katanya kepada

pemberita di sini hari ini.

Katanya, pertembungan itu menyebabkan treler berkenaan remuk teruk di

bahagian hadapan, manakala bas remuk teruk dari bahagian depan sebelah kanan hingga ke tengah bas.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Beliau berkata, kemalangan itu masih dalam siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Kuantan, Inspektor Lim Beng Thya di talian 09-5156111.

-- Bernama

dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh manakala treler yang membawa muatan baja itu dari arah bertentangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...