Sunday, May 24, 2009

Air Ikan Haruan guna pendaftaran palsu

KUALA LUMPUR: Produk 'Air Ikan Haruan' dari Malaysia yang disahkan pihak Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengandungi dexamethasone, sejenis ubat yang boleh memudaratkan kesihatan, sebenarnya tidak pernah mendapat kelulusan dan kebenaran Kementerian Kesihatan negara ini.

Berdasarkan siasatan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, produk berkenaan tidak pernah didaftar dengan kementerian terbabit dan nombor pendaftaran MAL (Malaysia) serta label Hologram Meditag KKM pada produk itu juga palsu.

Jurucakap bahagian itu berkata, produk terbabit tidak sepatutnya dipasarkan kepada orang ramai kerana dikesan mengandungi campuran ubatan berbahaya kepada kesihatan untuk jangka panjang da

“Kita hairan bagaimana ia boleh dipasarkan sehingga ke luar negara kerana sehingga kini kami belum dapat mengesan tempat produk itu dikilangkan. Kemungkinan besar pengeluar produk itu sering berpindah randah bagi mengelakkan kilang haramnya dikesan pihak berkuasa,” katanya di sini semalam.

Beliau mengesahkan produk itu bukan dihasilkan daripada ikan haruan, sebaliknya campuran kimia tidak diketahui yang bukan saja boleh memudaratkan kesihatan tetapi mengancam nyawa sambil meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung penjualan produk itu, menghubungi pihaknya di talian 03-79682200.

Kelmarin, HSA menasihatkan orang ramai jangan mengambil produk itu kerana disahkan mengandungi dexamethasone yang menyebabkan seorang wanita berusia 60-an di Singapura mengalami masalah seperti sakit seluruh badan, hilang selera makan dan turun berat badan selepas berhenti mengambilnya.

Menurut HSA, penggunaan dexamethasone tanpa pengawasan dan secara berpanjangan biasanya dikaitkan dengan degupan jantung tidak teratur, kenaikan tekanan darah, kolesterol dan kadar gula dalam darah, haid tidak tetap, kerosakan otot dan tulang, sawan dan kecelaruan mental serta kemurungan.

Laporan itu juga menyebut produk berkenaan dikatakan dipakej dalam botol kecil, diedar sebuah syarikat di Perak dan dijual pada harga RM12, kononnya baik untuk kesihatan dan boleh memulihkan pendarahan dalaman atau menyembuhkan luka lebih cepat.

n tidak sepatutnya dieksport ke luar negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...