Thursday, May 14, 2009

Pengorbanan Maizurah

Rap
TIDAK pernah kesal mengambil keputusan berkahwin kala nama di puncak kerana kehidupan ini memerlukan pengorbanan. Antara kerjaya dan rumah tangga, artis kelahiran Singapura, Maizurah Hamzah, 37, lebih rela memilih menjadi isteri dan ibu.

Wanita jelita yang kini dikurniakan tiga cahaya mata, Zikri Adib Kurnia, 12, Nadira Azrah Kurnia, 7, dan Izz Ilham Kurnia bertemu jodoh tatkala dia berhadapan dengan masalah album barunya dengan BMG. Ketika banyak perancangan terbantut dia memutus untuk menamatkan zaman solonya.

"Saya inginkan keluarga bahagia dan dikelilingi cahaya mata. Bukan tidak sayangkan kerjaya seni yang sedang berkembang, tetapi saya tidak akan memperoleh semua sekali. Demi kebahagiaan rumah tangga tumpuan pada kerjaya perlu dikurangkan. Tiada kesal langsung kerana hampir 13 tahun berkahwin saya dikurniakan rumah tangga bahagia, suami pengasih dan anak yang baik," katanya.

Ketika ditemui pada pelancaran program televisyen Megadrama Astro, Maizurah berkata dalam sibuk menguruskan rumah tangga, dia sempat berlakon drama bersiri, Dua Marhalah arahan Along Kamaludin .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...