BOLT meraikan kejayaan memecah rekod larian jalanan 150m yang diadakan di tengah bandar Manchester, kelmarin.
MANCHESTER: Pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt melakukan larian terpantas jarak 150 meter, kelmarin dalam perlumbaan jalanan yang diadakan dalam cuaca dingin serta berangin di tengah bandar Manchester.
Bolt menamatkan saingan itu dengan catatan 14.35 saat, menewaskan rekod terbaik sebelum ini oleh pelari Itali, Pietro Mennea, 14.8s pada 1983.
Pelari Britain, Marlon Devonish mendapat tempat kedua dengan masa 15.07 saat, tetapi te
Dalam acara wanita, pelari Amerika, Debbie Ferguson-McKenzie mencatat 16.54 saat untuk mengalahkan juara Olimpik 400m Britain, Christine Ohuruogu yang melakukan 17.10s.
Bolt, 22, dari Jamaica, terdahulu meramalkan dia akan memecahkan rekodnya sendiri dalam acara 100m, tahun ini dan kelmarin menunjukkan tidak sebarang kesan daripada kemalangan kereta yang dialaminya.
Menurutnya, memecahkan rekod dunia miliknya - 9.69 saat yang dicatat di Beijing, Ogos lalu “tidak menjadi masalah” tahun ini.
“Jurulatih saya melahirkan pandangan di Beijing dan berkata saya boleh berlari 9.54 saat, dan saya pasti boleh melakukannya,” katanya. “Saya masih berasa gemuruh apabila saya mendengar atau menyaksikan 100m di Beijing, ia seronok untuk mengatasi saya melakukan perkara yang bagus.
- AFP
rtinggal 70 sentimeter di belakang dalam acara yang jarang dilakukan.