BEIJING: Seorang lelaki cuba memperdayakan anggota polis membeli makanan untuknya dengan membuat laporan palsu dia dirompak.
He Guohua menghubungi talian hotline polis dan melaporkan seorang penunggang motosikal mencuri begnya yang mengandungi kad pengenalan, baju dan wang.
Bagaimanapun, tembelangnya pecah apabila polis yang memeriksa kamera litar tertutup tidak menemui sebarang bukti dia dirompak.