Tuesday, May 12, 2009

IBU, MAMA, MOM, UMMI .... Hari ini Hari Untuk Mu

Sempena dengan hari ibu pada tahun ini 2009, di sini saya mengungkapkan sebuah puisi
khas buat IBU yang tersayang...


Ibu yang tersayang


Ibu...
Ku lihat kudrat mu

ku lihat sayang mu

ku lihat air mata mu

ku lihat amarahmu

ku lihat pukul mu

ku lihat seluruh usaha dan tenaga mu

segalanya buat anak-anak mu

agar kami menjadi insan berjaya


Ibu...

Kau saksi zaman bayi ku

kau saksi zaman kanak ku
kau saksi zaman remaja ku

kau saksi zaman kini ku

malah kau saksikan segalanya

tahi ku, kotor ku, bersih ku, nakal ku, sayang ku

segalanya telah kau saksikan

semuanya tanpa ada rasa sesal dan kesal

kau harungi segalanya


Ibu...

Kini aku telah menjadi berjaya

kini aku telah menjadi insan

kini aku telah menjadi manusia

kini aku jua menjadi perisai mu

Harapku agar kau
sentiasa bersama ku
sesungguhnya engkaulah seorang ibu

amat mulia di sisi ku..


Ibu...

Ampunkan dosa ku

Ampunkan makan ku
ampunkan minum ku

Ampunkan jelingan ku

Ampun segalanya

Kerana engkau insan paling ku sayang


Pada hari yang mulia ini

Tiada yang dapat ku ucapkan

melainkan
ucapan tulus dan mulus
Selamat Hari Ibu

Moga Engkau Bahagia selamanya...

Terima Kasih Ibu



Nukilan ikhlas:
Suhailin Lajimin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...