Showing posts with label MLM = Bisnes. Show all posts
Showing posts with label MLM = Bisnes. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Keistimewaan Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan.

Keistimewaan Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan.

Written on 29 June 2009 – 10:52 am | by syukor |

only_gold_grow_more_precious1Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Saya sekarang sihat ajer.. dan sibuk macam biasa. Kalau anda ada contact saya dan saya terlewat reply, tolong ingatkan saya ek..

Maklumlah saya tengah menanti cahaya mata yang baru. InsyaAllah hujung bulan depan dapat sorang lagi baby, so sibuk banyak lah… kerja office lagi, business, family, reading dan blogging.

Pergh… :D

Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat keistimewaan emas sebagai penyimpan nilai @ kekayaan yang terunggul.

Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.

Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Gold dust
Emas – di dalam bentuk debu pun ia tetap berharga

Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..

Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang (baca sini)

Kisah rantai emas emak saya.

rantai_emas_makSaya ingin berkongsi satu cerita menarik berkenaan rantai emas mak saya.

Dalam cerita ini kita akan dapat lihat bagaimana nilai emas semakin meningkat dari masa ke semasa. Jika ditambah dengan kreativiti maka keuntungan yang dijana oleh emas ini sangat berbaloi.

Ceritanya macam nie…

Pada tahun 1980, ayah saya berikan hadiah seutas rantai emas kat mak.

Pada waktu tu nilai rantai emas tersebut ialah RM4000.00

Pada tahun 1990 ketika menunaikan haji di Mekah, emak saya belikan buah rantai (yang bulat tu) dengan harga RM1000.

Jadi, harga rantai emas tersebut ialah RM5000.00

Pada tahun 2005, emak saya memerlukan wang untuk membeli tanah pusaka arwah datuknya kat Langkawi.
Jadi untuk mendapat wang dengan cepat, emak pergi gadaikan rantai emas tersebut kat Ar-Rahn Bank Rakyat.

Mak saya terkejut apabila Ar-Rahn offer RM11,000 untuk rantai tersebut (lebih dari 2 kali ganda harga rantai tersebut).

So, dari tahun 2005 sehingga 2008 mak saya start pajak rantai tersebut. Daripada hasil gadaian tersebut, mak saya membayar kepada adik-beradiknya
(yang berkongsi nama dalam geran tanah pusaka tersebut).

Bila cukup tempoh gadaian maka mak saya pergi tebus balik rantai tersebut.
Lepas tu, gadai semula, dapat duit dan bayar kat adik-beradik yang lain.

Dengan menggunakan teknik pajak dan rolling duit pajakan, emak saya berjaya membeli tanah pusaka seluas 2 relung dengan harga RM50,000

tanah_mak
Inilah tanahnyer…

hehehe.. kreatif kan?

Kenapa emak saya menggunakan teknik gadaian?

me_and_momFirst sekali, emak saya nie suri rumah sepenuh masa. Jadi memang takde income bulanan.
Tak boleh nak buat personal loan lah jawabnya…

Duit kebanyakannya diberi oleh saya dan adik yang telah bekerja. Abah pun kasik juga.

Kedua, mak saya tahu bahawa emas boleh digadai untuk mendapat cash. So, bila Ar-Rahn offer RM11,000.. memang seronoklah mak saya :)

Jadi, memang untung simpan emas fizikal nie. Boleh pakai kalau nak nampak cantik, boleh gadai kalau nak pakai duit. Tak seperti pelaburan emas atas kertas seperti Public Bank GIA dan Maybank GSPA.

Dalam jangkamasa panjang memang boleh nampak kenaikan harganya.
Jika ditambah dengan financial intelligent, maka lebih besar pulangannya.

Kesimpulannya:

1. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.
Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung.

2. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.

3. Kekadang, ada peluang yang datang kat depan mata dan kita perlukan tunai
segera. Emas boleh membantu.

4. Bagaimana boleh buat untung dengan pajak emas? hehehe.. cerita diatas
adalah salah satu contoh ajer… yang lain kena fikir sendiri lah ek…

Anda ada kisah menarik yang ingin dikongsi kat sini? Sila berikan komen anda.

Saya pasti ramai lagi pembaca yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.

Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas, anda boleh membeli gold bar dan dinar emas Public Gold. Anda boleh tengok agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda (klik sini)

So, apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang :)

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.

Membuat keuntungan dengan emas fizikal



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya… dan saya doakan agar financial IQ anda semakin bertambah…

Saya kat sini Alhamdulillah.. sihat tapi sibuk memanjang.

Minggu lepas sangat mencabar.. komputer kat office kena virus, komputer rumah kena virus.. jenuh pikir cammana nak clean virus.. 3-4 hari jugak buang masa cari penyelesaian.. akhirnya semuanya dah selesai.

Saya kembali ceria :)

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.

emas-fizikal
Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

So sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat :(

soalanUntuk pengetahuan anda semua, saya seringkali menerima soalan seperti berikut”

“En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:

“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”

Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah?

Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?

Jawapannya.

Emas fizikal nie banyak keistimewaannya.

Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.

public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Emas fizikal adalah pilihan yang lebih baik berbanding akaun simpanan emas.

Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung.

Sebab boleh gi pajak.

GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

Pajak memang sah tak boleh.

Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.

Bagaimana caranya? Meh sini saya nak ajar….

Membuat keuntungan dengan emas fizikal.

Sekarang saya ingin berkongsi 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal then pajak lagi..

Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.

Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.

Kalau harga naik banyak, makin banyaklah untung kita :)

kenaikan_harga_small
Carta 1: Kenaikan harga emas daripada 2/12/2008 ke 20/2/2009
(USD741 kepada USD1005.50) bersamaan 26% dalam hampir 3 bulan.

kenaikan_harga_2_small
Carta 2: Kenaikan harga emas daripada 6/4/2009 ke 3/6/2009
(USD864 kepada USD989.45) bersamaan 12.58% dalam masa 2 bulan.

Huraian teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (baca sini)
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas :)

Emas yang sesuai digunakan untuk teknik ini ialah emas fizikal seperti barang kemas, gold bar dan gold coin.

Huraian teknik 2. Pajak emas dan beli lebih banyak emas

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli
untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda
8. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas :)

Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah.

Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1.

Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu.

So pastikan ada tunai di tangan, just in case.

Tips lain: Bagaimana nak tahu masa terbaik untuk membeli emas?

Kalau anda tak tahu timing membeli emas, jangan risau..

tn_sembangSenang ajer… rajin-rajinlah jenguk kat ruangan sembang-sembang emas.

Kat sini tempat peminat-peminat emas bercerita, buat ramalan harga, bersoal jawab dan berinteraksi.

Sebab tu kalau saya tak update blog nie pun anda kena datang jugak :)

Kat sini anda boleh datang bersembang atau tengok kaki-kaki emas bersembang kat sini.

Antara chartist yang glamour kat sini ialah Hafiz dan gldsnpr.

kalau tak sempat nak tengok diorang bersembang, anda boleh mengunjungi blog Hafiz kat sini untuk melihat analisis teknikal harga emas:
http://pampsuisse.blogspot.com/

Diorang nie murah ilmu. Orang yang murah ilmu nie murah rezeki.

Kesimpulan:

1. Beli emas fizikal nie tak rugi, walaupun harganya tinggi
2. Emas fizikal nie banyak kali lebih baik dari membeli emas melalui akaun GIA
atau Maybank GSPA.
3. Semakin tinggi ilmu anda, semakin banyak keuntungan yang anda akan perolehi
( emas + ilmu = banyak duit)
4. Rajin-rajinlah jenguk blog nie… in case ada tips-tips dari cikgu-cikgu.

Jika anda ingin membeli emas fizikal, anda boleh beli kat sini (klik).
Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh lawati forum jutawanemas.
dan jika anda ingin menghubungi saya, anda boleh menggunakan form ini (klik).

Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada website ini.

Business Emas


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat sejahtera.

Untuk pengetahuan anda semua, saya selalu dapat soalan-soalan berkenaan business emas.

Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…

Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.

Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…


Sekarang cuba bayangkan…

Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.

Best tak?

Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan.

Ini kerana:

1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari
anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya:

Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.

Ok, mari saya huraikan satu persatu:

1. Pembekal yang baik.

1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun.
Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu
harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu
tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.

Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas.
Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)
2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada
harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas
pada satu harga yang dipersetujui bersama).

Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak
stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga
tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak
jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting.
Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah,
just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.

1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas (klik sini)
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Saya sendiri memiliki banyak koleksi buku-buku berkenaan emas. Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.

books1

Sebahagian dari buku-buku berkenaan emas dan sistem kewangan milik saya.

Soalan: Saya berminat nak buat business emas nie. Cammana ye?

pg_opis

Cara yang termudah menceburi business emas dengan modal yang kecil ialah dengan menjadi agen Public Gold.

Saya pernah menulis tentang peluang perniagaan emas Public Gold di sini (klik untuk baca)

Modal yang diperlukan hanyalah RM30,000.

Semua modal nie pulak digunakan untuk membeli stok emas satu set (gold bar 100 gram, 50 gram dan 20 gram, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar) dan termasuk kotak letak emas.

Kalau harga set ini kurang dari RM30,000 maka Public Gold akan berikan tambahan emas sehingga belian hampir RM30,000.

Jadi, RM30,000 yang dikeluarkan tu semuanya kita gunakan untuk membeli emas. So memang tak rugi.

pg_box_big

Kalau tunjuk kat bakal pembeli, berpinau mata diorang :)

Memandangkan saya sendiri buat business emas Public Gold, maka saya dapat berkongsi kebaikan menjadi agen Public Gold ini.

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Stok sentiasa ada.

Public Gold mengeluarkan produknya sendiri. Jadi stok sentiasa ada. Pelanggan boleh lock harga emas ikut harga website Public Gold. Samada harga naik atau turun, anda boleh order emas. Confirm dapat. Berbeza dengan Kijang Emas Maybank dan UOB gold product, biasanya stok susah nak dapat especially waktu harga emas turun. Harga cantik tapi tak boleh nak beli.

2. Harga emas yang rendah.

Bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas kat kedai emas. Memang boleh nampak harga emas yang jauh berbeza. Harga Public Gold lebih murah. Boleh tengok kat website Public Gold kat www.publicgold.com.my dan harga kedai emas (FGJAM)

3. Produk yang hot dan menarik.

Produk yang dijual adalah emas pelaburan iaitu gold bar dan dinar. Gold bar (20 gram, 50 gram dan 100 gram), dinar ( 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar). Memang hot product dan senang jual.

4. Perbezaan harga jual beli yang rendah.

Perbezaan antara harga belian dan jualan emas Public Gold adalah rendah. Untuk gold bar, perbezaan hanyalah 5% – 6%. Jadi ia menguntungkan pembeli.

5. Public Gold merupakan pakar emas.

Satu masalah kalau beli Kijang Emas atau kat UOB Bank atau kat Poh Kong ialah emas tak boleh calar, bengkok, tak boleh bukak plastik pembalut dan bermacam-macam ragam lagi. Silap-silap tak akan diterima, kalau kedai emas pulak akan kena potong sampai 25%. pergh.. (baca kat sini)

Mr. Ng, Chairman Public Gold pula memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun calar, kemek, bengkok dan sebagainya asalkan berat tak hilang. Ini baru betul-betul berniaga emas.

6. Bantuan promosi diberikan.

Agen akan dapat pamplet, fail dan bimbingan yang boleh membantu mereka membuat business emas nie…

pamplet

InsyaAllah, kalau tambah dengan usaha diri sendiri anda boleh berjaya.

Komisyen agen ialah 1.5% daripada jumlah jualan.

Dengan strategi yang betul, jadi agen Public Gold memang boleh dapat sehingga 5%-6% keuntungan. Tapi yang itu saya akan cerita kat orang yang jadi agen ajer lah…

Kesimpulan.

Perniagaan emas ialah perniagaan yang menguntungkan dengan risiko yang sangat minima. Ini kerana emas itu sendiri merupakan produk yang disukai manusia.

Jika berminat nak jadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya melalui contact form (klik sini) atau sms 013-3819901. Saya akan rasa gembira sekiranya dapat berkongsi pengalaman dengan anda dan membimbing anda.

Kalau saya terlewat atau terlupa hubungi anda balik, harap ingatkan saya, sms balik atau e-mailkan semula. Maklumlah… memanjang sibuk :)

Ok then, selamat menjadi usahawan emas.


http://jutawanemas.com

Sunday, May 10, 2009

ASIA CERAMIC MARKETING SDN BHD

ASIA CERAMIC MARKETING SDN BHD

CERAMIC PRODUK VANTAGE

*Yang Pertama, Satu-Satunya, Yang Paling Hebat & Lengkap*
"Menjamin Pendapatan Lumayan!"

Misi syarikat akan mengembang dan menambahkan jumlah eksport produk Ceramic jenama Vantage keluar negara.Sejajar dengan itu Asia Ceramic Marketing mengalu-alukan ahli atau pengedar baru untuk sama-sama menyertai perniagaan yang menguntungkan ini. Apa yang ahli perlu buat ialah beli dan jualbalik melalui sistem "sellback Policy" kepada syarikat kerana syarikat akan melakukan semuanya dari promosi hingga ke jualan.

Berita terbaru dimana sebuah Cafe House dalam pembinaan di Johor yang lengkap dengan bilik penginapan untuk ahli-ahlinya.

Untuk anda yang tak pandai berkomunikasi, tak pandai komputer, tak pandai internet, tak ramai kawan dan kenalan, masih boleh menjana pendapatan lima angka sebulan tanpa perlu menjual, tanpa perlu mengguna produk dan tanpa perlu mencari 'downline'.


Syarikat Asia Ceramic Sdn Bhd telah menawarkan suatu perniagaan :
*tanpa pergi menjual
*tanpa perlu menaja
*tanpa perlu berhenti kerja
*100% tiada resiko untuk rugi
*100% tiada penipuan
*Perniagaan ini Tulen dan Sah mengikut Undang-undang dan Syarak

Ada 3 pakej produk yg ditawarkan.

Pkj A harga Rm900 dan syarikat beli balik dgn yg harga Rm1000 melalui 2kpg post dated cek Rm500+Rm500 (bayaran ansuran 2 bln) = Untung Rm100.Cek ini hanya boleh di clear kan pada tarikh yang tercatit pd cek tersebut.

Pkj B harga Rm1800 dan syarikat beri 2 kpg cek Rm1000+Rm1000(bayaran ansuran 2bln) = Untung Rm200.

Pkj C harga Rm3800 dan syarikat beri 3 kpg cek Rm1500+Rm1500+Rm1500(byrn asrn 3bln) = Untung Rm700.

*Di atas adalah adalah penyertaan untuk sekali UNTUNG, untuk menjadikan UNTUNG setiap bulan sila lihat Pelan yang dilampirkan.

*Daftar melalui IPS – RM155 pendaftaran ini adalah untuk kepada sesiapa yg belum mencukupi modal untuk membeli pakej.Tujuannya untuk memberikan ahli-ahli ini peluang menikmati bonus mingguan hasil dari keuntungan syarikat sebelum mempunyai modal yang cukup untuk menyertai pembelian Pakej.Bonus IPS ini akan meningkat dari bulan ke bulan.Seperti contoh saya join bulan Mac 2008,pd masa tu Bonus IPS Rm2.70 dan pada bulan ogos Bonus IPS telah meningkat Rm10.50 seminggu maknanya jika sebulan Rm42.

*Setiap ahli dibenarkan hanya membeli satu pakej sahaja dalam satu bulan.Untuk membeli lebih dari satu pakej disarankan menggunakan nama ibubapa,isteri dan anak (tidak kira had umur asalkan mempunyai akaun bank sendiri).

Bonus Penajaan diberi sehingga 5 level, Jika downline ambil Pakej C Rm3800 ;

Level 1 = 10% = Rm380
Level 2 = 2% = Rm76
Level 3 = 2% = Rm76
Level 4 = 2% = Rm76
Level 5 = 4% = Rm152

i) Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sememangnya boleh dipercayai dan mereka sangat jujur dan ingin membantu ahli-ahlinya membina pendapatan dengan cara dan konsep yang betul. Pihak syarikat telah bekerjasama dengan Giant Hypermerket apabila menjadikan Vaucher Giant sebagai produknya di dalam e-mall. Sebelum syarikat gergasi seperti Giant Hypermarket ini bekerjasama dengan Asia Ceramic Marketing, mereka sudah pastinya menyelidik dahulu latar belakang syarikat dan track record syarikat sebelum bekerjasama. Ini dilakukan bagi menjaga reputasi dan nama baik Giant Hypermarket sebagai sebuah syarikat ternama di Malaysia . Apabila kerjasama ini termetrai, ini dapatlah membuktikan bahawa syarikat sememangnya melakukan perniagaan yang betul, kukuh, dan yang pastinya jujur dan tidak menipu ahli-ahlinya.
Selain daripada Voucher Giant, pihak syarikat juga telah bekerjasama dengan KFC dan Pizza Hut apabila memasukkan Voucher KFC dan Pizza Hut tersebut ke dalam e-mall. Dan dalam masa terdekat ini pula, Asia Ceramic Marketing akan memasukkan dua lagi voucer iaitu Voucher Pasaraya Parkson dan juga Voucher Isian Minyak! Ini membuktikan syarikat ini boleh dipercayai. Jika syarikat sebesar Giant, KFC, Pizza Hut dan Parkson sendiri menaruh kepercayaan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd, adakah kita masih lagi ragu-ragu untuk merebut peluang yang sememangnya terhidang di depan mata ini?

ii) Tiada mempunyai masalah dengan akaun bank.

iii) Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.

iv) Syarikat juga telah memenangi '7th Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2008' yang telah mengalahkan 500 pencalonan diseluruh Asia Pacific.

iv) Antara yg menariknya Ceramic Business Club ada menawarkan program kebajikan kepada Distributor/Ahlinya atau dikenali dengan Khairat Kematian.

v) Boleh diwarisi,maknanya pendapatan bulanan akan dapat pada pewarisnya.Jika pendapatannya Rm10,000 sebulan maka pewarisnya juga boleh mendapat Rm10,000 sebulan.

vi) Ceramic Business Club adalah sebuah perniagaan e-Commerce yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Beribu pejabat di Taman Connought, Cheras, Kuala Lumpur . Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi jenama Ceramic Business Club menjalankan satu Program Keahlian Privilege dalam memasarkan produk ceramic mereka secara trading. Makna kata hanya Distributor/ahli shj yg boleh menjalankan perniagaan ini. Tel syarikat 03-91329988

Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?
[Akad Bai' At-Tawaruuq]
Konsep pembayaran bertangguh ini adalah mengikut Rukun Akad Bai' At-Tawaruuq dan akad ini disahkan halal oleh kebanyakan ulama di seluruh dunia!!
PERINGATAN!!!!

INI BUKAN SAHAM INTERNET
ATAU
SKIM CEPAT KAYA


UPGRADE VIP MEMBER
Pembayaran hendaklah dilakukan melalui Admin jutawanceramic(En Mohd Zulhilmi)supaya memudahkan website anda diaktifkan.
Pilih pakej yang dikehendaki:
i) Pakej A - Rm900 + Rm155 (IPS) = Rm1055
ii) Pakej B - Rm1800 + Rm155 (IPS)= Rm1955
iii) Pakej C - Rm3800 + Rm155 (IPS)=Rm3955
iv) IPS = Rm155
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...