Thursday, April 7, 2011

CARA AKTIFKAN SIMKAD TUNETALK-TONEEXCEL

1. Login kedalam www.tunetalk.com dan klik di DEALER ataupun boleh klik di sini
Masukkan
Dealer Code:TT01.HQ.028.0003.001
Password:alam1234
(Saya amat mencadangkan anda "copy" dan "paste" sahaja Dealer Code dan password ini bagi mengelakkan kesilapan. Saya khuatir anda akan disekat daripada mendaftar di www.tunetalk.com sekiranya beberapa kali silap dalam memasukkan dealer code dan password.)
_________________________________________________________
2. Klik di Prepaid Register> Prepaid registration with Mobile Number

Anda tidak perlu mengisi apa-apa di bahagian 1.
Bahagian 1. Online Order (Optional) - Tinggalkan bahagian ini.

Bahagian 2. Memasukkan No SIM: (8 digit terakhir)
Lihat dibelakang SIM Kad anda, ada 16 nombor yang panjang seperti contohnya: 60**************
Jadi no sim card yang perlu anda masukkan ke dalam kotak adalah 800***** iaitu 8 digit terakhir.

Bahagian 3. Isikan data anda:
Isikan kesemua bahagian yang diperlukan. Bahagian yang bertanda Astrix (*) wajib untuk diisi. Yang tiada tanda Astrix (*) biarkan kosong pun tak mengapa.

Bahagian 4. Pilih no Tune Talk anda sendiri.
(Untuk yang ingin mengekalkan no. telefon prepaid lama anda, samada 012, 019, 017, anda masih perlu mendaftar no Tune Talk ini terlebih dahulu)

Untuk memilih nombor anda sendiri, klik satu persatu di hujung nombor yang berwarna hitam tersebut, dan pilih nombor anda sendiri. Jika anda kurang faham, bolehlah menonton video ini terlebih dahulu. Lihat Video



Selepas selesai klik di perkataan "fetch"



Setelah nombor yang telah anda pilih terpapar, klik butang "Register" Selepas itu, anda akan menerima "registration receipt" seperti di bawah ini:



Sila "save" gambar "Registration Receipt" yang anda terima tersebut dan simpan dalam komputer bagi rujukan.

3. Aktifkan simkad tersebut.

Tanggalkan simkad yang kecil itu dan masukkan kedalam handset anda dan buat satu panggilan atau hantar satu sms kemana-mana yang anda suka.

*******Selesai!*******

Maka anda sudah boleh menggunakan simkad tersebut sampai bila-bila.

p/s: Jangan lupa semasa anda mendapat SIMKAD tersebut ada kertas kecil yang dilekatkan bersamanya. Jangan buang kertas itu, itu adalah topup lagi RM30. Semasa anda aktifkan kad tadi, di dalam kad tersebut sudah ada kredit sebanyak RM3, jadi anda kena koyakkan kertas tersebut elok-elok dan ikut arahan untuk topup lagi RM30 kredit prepaid anda. Ini bermakna, setelah selesai proses top-up tersebut, jumlah kredit adalah RM33


Untuk mengekalkan nombor lama
Proses ini dipanggil PORT-IN

Di bawah ini adalah cara untuk mengekalkan nombor lama.
Pertama: Anda masih perlu melakukan langkah 2 diatas terlebih dahulu.

Kedua: Lakukan proses port ini.

Proses ini boleh dilakukan sekiranya anda sudah:

i. Menghabiskan dahulu kredit yang ada pada simkad lama itu.
ii. Anda sudah memindahkan semua nombor phone yang ada di dalam simkad itu ke dalam handphone anda.

Untuk memastikan Proses Port-In ini berjaya, sila pastikan perkara-perkara berikut:

i. Nombor telefon asal adalah didaftarkan atas nama anda sendiri (semasa mendaftar di Telco sebelum ini seperti Celcom, Digi, Maxis dan sebagainya),

ii. Nombor Pengenalan Diri yang anda gunakan di Telco asal adalah sama dengan nombor Pengenalan Diri yang anda gunakan semasa mendaftar di Tune Talk. Sebagai contoh, sekiranya anda telah mendaftar nombor prepaid di syarikat X yang lepas adalah menggunakan nombor Polis, maka pendaftaran di Tune Talk mestilah menggunakan nombor Polis juga,

iii. Nombor yang anda nak kekalkan masih aktif iaitu masih dapat digunakan. Nombor atau simkad yang sudah tidak aktif di Telco lama tidak boleh dikekalkan nombornya.

_______________________________________________________________________________________

Proses ini boleh dilakukan bila-bila yang sesuai, mungkin selepas sehari, dua hari, seminggu, sebulan, selepas anda menghabiskan kredit yang ada dan memindahkan nombor phone dari simkad tersebut ke phone anda.

Caranya:
Login semula ke dalam www.tunetalk.com
Klik di DEALER dan masuk semula
Dealer Code:TT01.HQ.028.0003.001
Password:alam1234
(Saya amat mencadangkan anda "copy" dan "paste" sahaja Dealer Code dan password ini bagi mengelakkan kesilapan. Saya khuatir anda akan disekat daripada mendaftar di www.tunetalk.com sekiranya beberapa kali silap dalam memasukkan dealer code dan password.)

Klik di "SERVICE"
Klik di "Mobile Number Port-In"
Dan isikan semua data yang dikehendaki, diruangan Mobile No: adalah no hp lama yang anda pakai, seperti no maxis, atau digi atau celcom.
Selepas selesai mengisi data-data di bawah sili klik SAVE yang saya tunjukkan di gambarajah di bawah ini.


Setelah anda klik save, klik di Send Port In Request, maka anda akan menerima "Mobile Number Port-In Receipt" seperti di bawah. Sila pastikan nama yang tertulis itu adalah nama anda atau nama orang yang anda bantu untuk kekalkan nombor mereka serta nombor IC/Passport/Police No. adalah nombor yang betul. Sekiranya maklumat silap, maka port-in tidak akan berjaya




Contohnya jika anda menggunakan maxis prepaid, teruskan pakai maxis prepaid, biasanya dia mengambil masa 24 jam untuk aktifkan nombor baru. Jadi pakai maxis prepaid tersebut hingga tidak boleh dipakai lagi, dan masa itu boleh tukar ke simkad Tune Talk.

Selasai Pertukaran operator dari perkhidmatan syarikat telekomunikasi sedia ada ke Tune Talk.
Bila anda ingin top-up di kedai-kedai, sekarang anda perlu beli topup Tune Talk.

Selesai Proses Pertukaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...