BEIJING: Sebuah taman tema seks di barat daya China yang mempamerkan ukiran manusia bogel, alat kelamin gergasi dan bengkel teknik seksual mencetuskan bantahan negara itu.
"Love Land'" yang disifatkan sebagai taman tema seks pertama seumpamanya di China akan dibuka di Chongqing Oktober ini tetapi penentangnya berharap projek itu tidak akan berjaya dilaksanakan, lapor China Daily.
"Kami membina taman itu untuk kebaikan penduduk awam dengan harapan dapat membantu orang dewasa menikmati kehidupan seks yang harmoni," lapor akhbar itu yang memetik pengurus taman, Lu Xiaoqing.
Selain memaparkan sejarah seks dan tekniknya, taman tema itu juga memaparkan ukiran bergerak menunjukkan seorang wanita hampir bogel dengan kedudukan tunduk membongkok.
Pengumuman pembukaan taman tema itu mencetuskan pelbagai komen di kalangan pengguna internet dengan kebanyakan mereka menyuarakan bantahan terhadapnya. � AFP