Sunday, May 24, 2009

UEFA siasat Drogba, Bosingwa dan Chelsea

Drogba

Bosingwa


LONDON: Dua pemain Chelsea, Didier Drogba dan Jose Bosingwa dituduh atas kesalahan salah laku oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana aksi mereka ketika tamat perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Chelsea dan Barcelona, 6 Mei lalu.

UEFA juga mengheret Chelsea ke lembaga disiplinnya berikutan kes salah laku pemainnya serta gelagat liar penyokong kelab itu kerana perlawanan berkenaan.

Barcelona berjaya menewaskan Chelsea selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stamford Bridge, sekali gus menyaksikan Barcelona layak kerana kelebihan gol di tempat lawan.

Barcelona akan bertemu Manchester United pada final Rabu ini.

Drogba, kapten Ivory Coast dituduh mencaci pengadil dari Norway, Tom Henning Ovrebo sebaik wisel penamat manakala Bosingwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ovrebo di dalam media.

Kedua-dua pemain dituduh kerana berkelakukan buruk.

"UEFA mengumumkan hari ini badan bola sepak itu sedang menyiasat atas dakwaan disiplin ke atas Chelsea FC dan dua pemainnya, Didier Drogba dan Joseph Bosingwa pada perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge," menurut UEFA dalam kenyataannya.

Sementara itu, Chelsea dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman webnya berkata, kelab itu akan memberi kerjasama dalam siasatan itu serta mempertahankan apa yang perlu. - Reuters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...