Thursday, May 14, 2009

20 pemain bergaji besar



MENURUT kajian dilakukan sebuah majalah Portugal, Futebol Finance, hampir separuh daripada 50 pemain bergaji paling besar bermain dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lapan daripadanya pemain Chelsea, tujuh Manchester United, empat Liverpool dan masing-masing satu Manchester City, Newcastle dan Arsenal.

Namun, di sebalik kedudukan status EPL sebagai liga paling kaya di dunia, tiada seorang pemain mereka pun berada dalam kelompok tiga terbaik.

Penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic mendahului senarai, memperoleh gaji lebih STG8 juta (RM42.3 juta) setahun, berkongsi kedudukan bersama pemain tengah Milan, Kaka, dan diikuti rapat bintang Barcelona, Lionel Messi.


John Terry dan Frank Lampard adalah pemain bergaji paling besar di EPL dengan masing-masing menerima STG7 juta (RM37.1 juta) setahun.

Rakan sepasukan mereka, Ashley Cole, Deco, Michael Ballack, Didier Drogba, Nicolas Anelka dan Joe Cole turut tersenarai sekali gus bermakna mereka mempunyai pemain bergaji besar paling ramai berbanding kelab lain dalam senarai itu.

United menduduki tangga kedua dengan Cristiano Ronaldo menduduki tempat kelapan selain Rio Ferdinand, Wayne Rooney, Carlos Tevez, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov turut tersenarai.

Barcelona mempunyai enam pemain manakala Real Madrid, lima. Liverpool kelab seterusnya mempunyai pemain paling ramai dalam senarai itu dengan empat pemain - Jamie Carragher, Xabi Alonso, Steven Gerrard dan Fernando Torres.

Polisi Arsenal mengenai gaji jelas terbayang apabila hanya pemain yang ditandatanganinya musim ini, Andrei Arshavin, berada dalam senarai, yang diambil daripada pelbagai sumber di sekitar Eropah tanpa termasuk bonus dan hak imej.

Robinho menduduki tangga ke-21, ketinggalan di belakang Michael Owen. Namun yang mengejutkan pemain disingkir Tottenham, Freddie Kanoute, kini bersama Sevilla tersenarai di tangga ke-17.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...