10 pemain mashyur: Kemunculan pemain bola sepak popular dinanti peminat Euro 2012SELEPAS
Sukan Olimpik dan Piala Dunia, peminat sukan di seluruh dunia terutama
bola sepak cukup menantikan kemunculan empat tahun sekali Kejohanan Bola
Sepak Euro.
Tahun ini, Euro 2012 berlangsung di Poland dan Ukraine dengan nilai
keseluruhan RM968 juta (£196 juta). Dengan kos sebesar itu, kejohanan
kali ini dikatakan antara yang termahal pernah dianjurkan iaitu RM12
juta melebihi kos pada 2008.
Kejohanan kali ke-14 ini sejak dianjurkan di Jerman pada 1960,
menyaksikan pemenang menerima RM37 juta (£7.5 juta) manakala setiap
pasukan menerima RM39.5 juta (£8 juta); juara kumpulan menerima RM9.8
juta (£2 juta) dan pasukan layak ke separuh akhir mendapat RM14.8 juta
(£3 juta).
Kejohanan kali ini menyaksikan 16 pasukan negara Eropah bertanding
dengan 31 perlawanan berlangsung di lapan stadium masing-masing empat
stadium di Poland dan Ukraine.
Menurut Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA), tujuh daripada 10 pasukan bola sepak utama dunia
bertanding dalam kejohanan kali ini. Manakala hanya dua pasukan
mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam senarai ranking 30 dengan
Poland berada di tangga ke-65.
Kejohanan kali ke-14 ini sejak
dianjurkan di Jerman pada 1960, menyaksikan pemenang menerima RM37 juta
(£7.5 juta) manakala setiap pasukan menerima RM39.5 juta (£8 juta);
juara kumpulan menerima RM9.8 juta (£2 juta) dan pasukan layak ke
separuh akhir mendapat RM14.8 juta (£3 juta).
Selain tawaran
hadiah menarik - aksi, ketangkasan, kelincahan serta jaringan gol akan
menjadi tajuk cerita hampir sebulan kejohanan itu berlangsung. Turut
mendapat perhatian adalah gelagat dan kemunculan bintang bola sepak
dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) serta nama besar dalam sukan bola
sepak dunia.
Antara nama yang mendapat perhatian ramai tentulah kemunculan
bintang kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo selain bintang Manchester
United dan penyerang England, Wayne Rooney.
Bintang bola sepak
itu bukan hanya popular kerana kelincahan dan kehebatan di padang,
tetapi turut disenaraikan sebagai pemain yang menerima bayaran paling
tinggi sukan bola sepak dunia.
Minggu ini, sempena deman Euro
2012, RONA menyenaraikan pemain Euro 2012 yang menerima bayaran paling
tinggi selain beberapa bintang yang amat dinantikan kemunculannya pada
kejohanan kali ini.
1. Cristiano Ronaldo - RM116 juta (29.2 juta Euro)Kemunculannya
memang dinantikan peminat bola sepak antarabangsa kerana kelincahan dan
kehebatannya di padang. Pada masa sama, Ronaldo juga bertuah
dikurniakan wajah kacak menjadi kegilaan ramai terutama wanita dan gadis
remaja.
Bintang Portugal yang mewakili Real Madrid ini
dibayar RM39.7 juta (29.2 juta Euro) termasuk bayaran gaji, bonus,
penajaan dan duta produk. Selain itu, beliau mempunyai lebih 8.4 juta
pengikut di laman sosial Twitter and 42.2 juta peminat di Facebook serta
disenaraikan sebagai ahli sukan paling aktif di laman sosial.
Populariti Ronaldo membolehkan beliau dipilih syarikat antarabangsa
menjadi duta produk dengan nilai tajaan RM83.4 juta (21 juta Euro)
diterima daripada penaja seperti Nike, Castrol, dan Pro Evolution Soccer
Konami.
Dengan prestasi membanggakan di padang melayakkan
beliau mendapat gaji dan bonus termasuk saham 50-50 serta hak imej.
Penyerang Real Madrid itu berjaya menjaringkan 100 gol dalam 90
permainan dalam La Liga sejak berpindah ke kelab berkenaan.
2. Wayne Rooney - RM81.8 juta (20.6 juta Euro)Di
sebalik kontroversi yang melanda dirinya termasuk digantung dua
perlawanan kerana menendang pemain Montegnegro ketika perlawanan
peringkat kelayakan pada Oktober 2011, dituduh melanggan pelacur pada
2010 ketika isterinya hamil serta menggugut penyokong pasukan lawan
dalam Twitter, Rooney masih mampu bertahan dan menerima bayaran tinggi
dalam kariernya.
Pemain berusia 26 tahun ini terus dipilih
menjadi duta produk dan mendapat penajaan daripada NIKE dan EA Sports.
Malah penyerang England ini kekal dibayar tinggi melalui penyambungan
kontrak dengan kelab Manchester United pada 2010.
3. Fernando Torres - RM66.3 juta (16.7 juta Euro)Pemain
dari Sepanyol ini dikatakan dibayar 16.7 juta Euro setahun. Dikenali
sebagai penyerang untuk Chelsea dan negara kelahirannya, Sepanyol.
Malah, beliau diiktiraf sebagai penyerang bertaraf dunia yang sangat
licik, kuat, mengagumkan, kepakaran dan tenang ketika berada di hadapan
pintu gol.
Torres berpindah ke Chelsea Januari tahun lalu
selepas menyertai Atlético Madrid dan Liverpool. Malah perpindahannya
bernilai RM240.4 juta (€60.5 juta) untuk kontrak lima setengah tahun,
melonjakkan namanya dalam senarai pemain bola sepak yang dibayar paling
mahal di Eropah dan pemain Sepanyol yang paling mahal dalam sejarah.
Walaupun tidak menjaringkan banyak gol untuk kelab barunya,
peminatnya masih percaya bahawa Torres akan membuktikan dirinya sekali
lagi.
4. Philips Lahm - RM56.84 juta (14.3 juta Euro)Dalam
senarai pemain bola sepak termahal dunia, Lahm berada dalam kedudukan
tangga ke-10 dengan pendapatan RM56.84 (14.3 juta Euro). Dilahirkan pada
11 November 1983, pemain berusia 29 tahun ini memulakan karier seawal
usia 11 tahun dan kini diiktiraf sebagai antara pemain pertahanan
terbaik dunia.
Pemain berkaki kanan selalunya bermain sebagai
sayap kiri-belakang. Dengan kelincahannya menggelecek bola dan
berkebolehan membuat tendang yang tepat menjadikannya pencetus yang
sering membantu mewujudkan peluang gol untuk rakan sepasukan.
Pemain Bayern Munich ini menjaringkan gol pembukaan Piala Dunia FIFA
2006, ditambah dengan rambut kerinting yang nampak agak pelik itu
menyebabkan Lahm sentiasa diingati peminat sehingga hari ini dan
kemunculannya memang dinanti penyokong Jerman.
5. Zlatan Ibrahimovic - RM55.6 juta (14 juta Euro)Dilahirkan
pada 3 Oktober 1981, pemain profesional Sweden keturunan Bosnia dan
Croatia ini bermain sebagai penyerang untuk AC Milan dan berkhidmat
sebagai kapten pasukan kebangsaan Sweden.
Pada bulan Ogos
2010, beliau berpindah dari Barcelona ke AC Milan atas pinjaman untuk
musim 2010-11, dengan Milan membayar semua pendapatan beliau. Perjanjian
itu juga sebagai satu syarat pembelian Ibrahimovic dengan nilai RM 95.3
(24 juta Euro) pada akhir musim ini. Beliau banyak memenangi anugerah
antaranya Guldbollen (2005, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011), dan Series
Pemain of the Year (2008, 2009 dan 2011).
Ibrahimovic
menghargai impian ‘memenangi segala-galanya dengan Milan’ dan membantu
Milan memenangi Siri A 2010-11 dan Supercoppa Italiana 2011. Sering
dikritik dan disamakan dengan kehebatan Cristiano Ronaldo, pemain bola
sepak setinggi 195 sentimeter (sm) ini diiktiraf pemain yang mempunyai
teknik hebat, berkemahiran dan mengagumkan ketika membuat jaringan
seperti seekor kala jengking.
>b?6. Bastian Schweinsteiger - RM55.25 juta (13.9 juta Euro)
Nilai
pemain dari Jerman ini dikatakan mencecah RM55.25 (13.9 juta Euro).
Dilahirkan pada 1 Ogos 1984, Schweinsteiger kini bermain sebagai pemain
tengah untuk Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman.
Memulakan kerjayanya sebagai pemuda berbakat dan berpotensi dalam sukan
ski, Schweinsteiger kemudian beralih kepada sukan bola sepak sehingga
beliau menjadi tonggak utama dalam kelab dan pasukan kebangsaannya.
Kemahirannya menggelecek sangat dikagumi selain tendang tepat menjadikan
kehadirannya amat diperlukan untuk kelab dan pasukan di padang, sama
ada dalam menyerang atau pertahanan.
Schweinsteiger juga
memenangi banyak trofi termasuk lima anugerah Bundesliga, lima anugerah
Piala Jerman dan dua anugerah Piala Liga. Pada Disember 2010, beliau
melanjutkan kontrak dengan kelab Bayern Munich sehingga 2016.
7. David Silva - RM50.85 juta (12.8 juta Euro)Pemain
tengah Manchester City dan pasukan Sepanyol ini dilaporkan dibayar
RM50.85 juta (12.8 juta Euro). Beliau asalnya bermain dengan pasukan
Valencia di negaranya sebelum berpindah ke Manchester City pada Jun 2010
dengan nilai perpindahan RM115.2 juta (29 juta Euro).
Digelar
sebagai ‘Messi Sepanyol’, Silva, 26 tahun berkebolehan bermain dalam
mana-mana posisi dan pernah membantu pasukannya memenangi UEFA Bola
Sepak Eropah 2008 dan Piala Dunia FIFA 2010.
8. Steven Gerrard, Liverpool - RM46.4 juta (11.7 juta Euro)Kemunculan
Kapten England pada EURO 2012 ini memang dinanti peminatnya. Beliau
yang kini dibayar RM46.4 juta (11.7 juta Euro) bermain dengan Liverpool
dan separuh daripada kariernya beliau bermain pada posisi pemain
tengah, namun cergas sebagai penyerang kedua mahupun sayap kiri dan
kanan.
Gerrard mula bermain untuk pasukan kampung halamannya,
Juniors Whiston, dan menandatangani kontrak pertama profesional dengan
Liverpool pada 1997. Antara kejayaan beliau adalah membantu pasukannya
memenangi dua Piala FA, dua Piala Liga, Piala UEFA dan Liga Juara-Juara
UEFA. Gerrard juga kini menjadi duta produk Adidas malah pernah
membintangi filem Will dan menjadi pemegang saham restoran milik
Liverpool.
Dianggarkan keseluruhan kekayaan pemegang nama,
Steven George Gerrard ini mencecah RM148.3 juta (£30 juta) menurut
senarai Sunday Times Rich.
9. Franck Ribéry - RM46 juta (11.6 juta Euro)Pemain
Perancis yang mewakili kelab Bayern Munich ini dibayar RM46 juta (11.6
juta Euro). Dilahirkan 7 April 1983 di Perancis, Ribery biasanya bermain
di bahagian sayap dan selalunya memilih untuk bermain di sayap kiri.
Beliau juga begitu lincah jika diturunkan sebagai pemain tengah dan
selalu mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol.
Pada Jun 2007, Ribéry dipindahkan dari Marseille kepada Bayern Munich
dengan bayaran RM99.3 juta (25 juta Euro) untuk kontrak empat tahun.
Beliau juga pernah dinamakan Pemain Perancis of the Year pada 2007 dan
2008, dan Pemain Jerman of the Year pada tahun 2008. Lucunya pemain bola
sepak ini pernah mendakwa bahawa dia mungkin keturunan Jianwen Maharaja
China Dinasti Ming (1368-1644).
10. Robin van Persie, Belanda - RM 35.7 (9 juta Euro) Pemain
bola sepak Belanda, Robin van Persie mempunyai nilai bersih sebanyak
$14 juta (£ 9m) Mei 2012, mengikut Senarai Sunday UK Times Kaya. Beliau
bermain sebagai penyerang untuk Arsenal dan pasukan kebangsaan Belanda.
Van Persie mempunyai asuhan yang sukar di Rotterdam, beraksi untuk
Feyenoord kelab tempatan sebelum menyertai Arsenal pada 2004 pada harga
£2.5 juta dengan pendapatan £1.8 juta setahun. Pada 2009 ia meningkat
kepada hampir £3.5million selain tawaran but Adidas. Van Persie adalah
belia antarabangsa Belanda, mewakili Belanda di bawah pasukan 17, 19 dan
21.
Van Persie membuat kemunculan pertama di padang antarabangsa senior pada 2005.
Pemain yang ingin dilihat pada Euro 2012KAPTEN
Pasukan Ukraine yang juga Kelab Dynamo Kiev, Andriy Shevchenko
dikatakan dibayar RM63 juta (16 juta Euro). Shevchenko dilahirkan di
Soviet Union dan dikatakan nilai sebenar pemain ini adalah RM143.1 juta
(USD$45 juta).
Lebih-lebih lagi dengan penampilannya dalam
perlawanan antara Ukraine menentang Sweden baru-baru ini dengan
menghadiahkan dua gol, kemungkinan nilai Shevchenko lebih tinggi selepas
ini. Pemain Ukraine ini pernah mencatatkan sejarah perpindahan termahal
di Eropah iaitu kira-kira RM148.3 juta (£30 juta) dari Chelsea ke AC
MILAN. Kini beliau mewakili kelab Dynamo Kyev, tempat mula-mula beliau
memulakan kariernya.
Shevchenko pernah memenangi anugerah Ballon D’Or pada 2004 dan menerima Anugerah Bola Emas.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Maniabintangbola/Article/index