Wednesday, August 19, 2009

Ronaldo jual rumah


DIA sudah meninggalkan Manchester United tetapi Cristiano Ronaldo masih mencari pembeli buat rumah agam mewahnya yang bernilai STG5 juta (RM29 juta) di Alderley Edge, Cheshire.

Pemain itu, yang baru-baru ini berhijrah ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan STG80 juta (RM465 juta), membeli rumah itu dengan harga STG3.9 juta (RM23 juta) kira-kira 18 bulan lalu.

Namun, di sebalik kemelesetan ekonomi dunia, pemain berusia 24 tahun itu berharap mendapat STG1 juta (RM5.8 juta) daripada penjualan rumah agam itu.

Dan sudah pasti seorang pemain bola sepak lebih layak untuk menduduki rumah besar tiga tingkat di Cheshire itu.

Pemain baru Manchester City, Carlos Tevez, 25, dikatakan amat berminat untuk membeli rumah itu, yang lengkap dengan kolam mandi.

Penyerang Argentina yang menerima gaji STG150,000 (RM871,400) seminggu itu dilaporkan sudah melihat-lihat di sekitar rumah yang mempunyai lima bilik tidur itu. Dia kini menyewa di Prestbury yang tidak begitu jauh dari Alderley Edge.

Seorang sumber memberitahu: "Ia satu tempat yang amat menarik dan mempunyai apa saja yang anda ingini.

"Jika ia dibeli oleh seorang lagi pemain bola sepak, ia mampu mencetuskan perasaan iri hati di kalangan rakan sepasukannya."

Terdahulu, jiran Ronaldo mengeluh ketika dia mula-mula masuk ke rumah agam itu dengan menyifatkannya sebagai "menyakitkan, kejam dan tidak sensitif".

Jiran-jirannya bengang dengan kehadiran beberapa jentera berat apabila pemain itu mahu mengubah suai rumah besar itu sekalipun segala-galanya sudah bagus dan terlalu mewah. Penduduk di situ amat marah hingga mahu membuat bantahan.

Tevez tuduh Ferguson penipu



CARLOS Tevez menyelar Alex Ferguson sebagai seorang "penipu" dan bersumpah mahu membalas dendam terhadap pengurus Manchester United itu pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Tevez dijangka akan mengikat kontrak dengan pasukan jiran setempat United, Manchester City selepas menolak peluang untuk kekal meneruskan aksi di Old Trafford.

Dan pencetak gol Argentina itu menyalahkan "penipuan" Fergie mengenai statusnya dalam skuad pasukan juara itu selepas pembelian Dimitar Berbatov bernilai STG30 juta (RM172 juta) tahun lalu yang menguatkan hasratnya untuk meninggalkan United.

Kini Tevez, yang berjaya menambat hati peminat United, berjanji untuk membuatkan Ferguson menggigit jari disebabkan penghinaannya.

Tevez, yang menolak peluang untuk kekal di United sekalipun kelab itu mampu membayar harga yang dimintanya iaitu STG25.5 juta (RM146.5 juta), berkata: "Ferguson masih percaya saya akan berada di United musim depan. Beliau fikir saya akan kembali.

"Tapi saya tahu apa yang saya mahukan dan saya sedar Ferguson tidak menghormati saya sebagai seorang pemain. Sebelum Berbatov tiba di Manchester, Ferguson memberitahu saya, 'Anda akan masih menjadi penyerang dalam kesebelasan utama, jadi anda perlu bertenang'. Tapi beliau menipu saya! Itulah sebabnya saya tidak akan kembali ke United.

"Apa yang saya mahu lakukan musim depan adalah menjaringkan gol menentang United. Saya berjanji saya tidak akan meraikan jaringan di depan penyokong United tapi saya akan menjerit di depan muka Ferguson.

"Anda pasti melihatnya - dan ia akan menjadi satu daripada perkara paling menarik saya lakukan dalam bola sepak."

Tevez sebenarnya masih terkilan apabila pengurus United itu enggan menurunkannya pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona di Rome Mei lalu walaupun dia berada dalam senarai pemain simpanan.

"Anda tidak boleh berdebat dengan Ferguson," katanya. "Beliau bagaikan presiden England. Tidak mungkin, anda akan sering kalah.

"Tapi beliau membuat kesilapan kerana membiarkan saya berada di bangku pemain simpanan. Itulah satu-satunya perlawanan akhir yang saya kalah sejak saya berada di Manchester United."

Tevez berkata keluarganya turut mengetahui masalahnya 'dibeku' di Old Trafford.

"Keluarga saya tahu bagaimana saya terlalu menderita di United. Saya tidak boleh sampai ke rumah selepas satu-satu perlawanan atau sesi latihan dan melupai kesakitan yang saya rasai. Ia tidak bagus dan saya luahkan segala keperitan saya kepada mereka (keluarganya)."

Rahsia Beckham





DAVID Beckham mendedahkan bagaimana dia cuba mengekalkan kecergasan bagi memastikan dia mampu bermain bola sepak hingga berusia 40 tahun.

Bintang England itu berazam untuk menyamai karier bekas ketua pasukan AC Milan, Paolo Maldini, yang bersara dua bulan lalu selepas karier selama 24 tahun.

Beckham, 34, amat meminati ikon San Siro berusia 41 tahun itu dan mula melakukan program kecergasan yang membolehkannya beraksi lebih lama lagi.

"Saya sering mengekalkan kecergasan diri. Saya menjaga tubuh badan saya.

"Dalam tempoh 10 hari sebelum kembali untuk bermain buat LA Galaxy minggu lalu, saya berbasikal sejauh 16 kilometer setiap hari. Saya berlari dan bersenam di gimnasium dan melakukan Pilates selama sejam, iaitu melakukan rutin regangan dan bernafas, setiap hari.

"Saya amat menjaga disiplin diri. Saya sering mencatat masa larian dan memeriksa tahap kecergasan.

"Berada di AC Milan adalah sesuatu yang menakjubkan daripada segi mengekalkan kecergasan dan memberikan keyakinan betapa saya boleh mewakili mana-mana kelab Eropah pada bila-bila masa saja.

"Saya melakukannya secara intensif selepas Dubai dalam kem latihan yang membolehkan saya bersedia menghadapi musim baru.

"Saya berasa cukup cergas untuk bermain di tahap tertinggi. Apabila saya tidak berasa sedemikian, tibalah masanya buat saya untuk berundur.

"Doktor Milan memberitahu saya bahawa saya memiliki sesuatu yang agak sama dengan Maldini. Mereka berkata jika saya mampu mengekalkan tahap kecergasan sekarang, saya boleh bermain selama mana yang saya mahu."

Selepas menamatkan musim ini bersama Galaxy, dia berminat untuk menandatangani kontrak secara pinjaman dengan kelab gergasi Itali itu Disember ini - jadi dia boleh merebut tempat dalam skuad Piala Dunia England musim panas depan.

"Milan masih mempunyai beberapa pemain terbaik dunia," kata Beckham. "Saya tahu mereka kehilangan Kaka dan setiap peminat setia sedih melihat dia pergi.

"Tapi Manchester United juga kehilangan Ronaldo dan masih sebuah pasukan yang hebat. Saya masih ingat apabila Eric Cantona meninggalkan United - mereka terus menjadi pasukan yang hebat.

"Bagi saya, tiada alasan kenapa Milan tidak boleh bersaing dan memenangi kejuaraan Itali. Mereka adalah salah satu kelab terbesar di dunia. Saya memiliki masa-masa yang indah ketika tiga bulan berada di sana.

"Milan meminta saya untuk kekal. Saya tidak fikir ada seorang pemain di dunia yang akan menolak permintaan seperti itu."

Gadis bunuh 30 lelaki



SAO PAULO: Seorang gadis berusia 17 tahun ditahan malam tadi selepas mengaku menikam hingga mati 30 lelaki.

Pelajar berkenaan yang mengejutkan polis berkata, dia mula melakukan pembunuhan ketika berusia 15 tahun.

Gadis itu memberitahu detektif dia mahu mengaku melakukan jenayah itu sebelum mencapai usia 18 tahun supaya tidak dibicarakan sebagai pesalah dewasa.

Gadis itu berkata, dia mula mensasar lelaki di sekitar rumahnya di Sao Paulo kerana wang, balas dendam dan keadilan.Malah dia tersenyum ketika menyenaraikan mangsanya dan dia mungkin menjadi pembunuh bersiri belasan tahun paling banyak melakukan pembunuhan.

Dia dengan tenang memberitahu polis: “Saya tidak berani memegang pistol tetapi saya boleh memegang pisau.

“Saya membuat pengakuan ini kerana saya berjanji untuk berbuat demikian sebelum berusia 18 tahun bagi mengelak keluarga saya kecewa,” katanya

Pelajar itu menceritakan bagaimana dia selalu menggunakan pisau yang sama, termasuk menikam seorang lelaki yang melontar segelas brandi ke mukanya ketika bergaduh dalam sebuah bar.

Polis masih belum pasti motif yang mendorong dia terus membunuh.

Sumber berkata, satu teori ialah dia mungkin diupah oleh ketua samseng kerana dia kelihatan baik.

Gadis itu mengaku selepas ditahan berhubung satu pergaduhan di Sao Paulo.

Ia mengejutkan negara itu yang masih terperanjat dengan penangkapan seorang hos rancangan jenayah di televisyen yang dituduh mengatur pembunuhan untuk meningkatkan rating rancangan itu.

Bekas polis, Wallace Souza yang berusia 50-an tahun menjadi begitu popular menerusi rancangan itu.

Rahsianya terbongkar apabila bekas rakan sekerjanya mula tertanya-tanya bagaimana kru televisyennya boleh berada di setiap tempat kejadian tepat pada masanya.

Souza bagaimanapun menafikan tuduhan itu. — Agensi

Saturday, August 15, 2009

Shah Rukh Khan ditahan di Newark

Shah Rukh Khan

MUMBAI: Bintang Bollywood Shah Rukh Khan berkata beliau berasa marah dan terhina selepas ditahan dan disoal siasat di lapangan terbang Amerika Syarikat.

Khan, 43, antara aktor India paling terkenal, dalam perjalanan ke Chicago untuk sambutan kemerdekaan India hari ini apabila beliau ditahan di Lapangan Terbang Newark.

“Saya benar-benar diganggu mungkin kerana nama saya Khan. Mereka tak benarkan saya lalu," katanya kepada pemberita di India menerusi khidmat pesanan ringkas. Selepas beberapa jam disoal siasat, beliau dibenarkan membuat panggilan dan terus menghubungi konsulate India yang segera mendapatkan pembebasan beliau.

“Ia sesuatu yang tidak perlu. Saya rasa marah dan terhina," kata Khan yang baru selesai menjalani penggambaran selama sebulan di AS untuk filem terbaru berjudul “My Name is Khan” yang mengisahkan pengalaman seorang lelaki Islam menghadapi tekanan perkauman.

Seorang konsul AS di India memberitahu rangkaian televisyen India bahawa mereka berusah mendapatkan penjelasan berhubung insiden itu. - Reuters

5 juta rakyat Malaysia berisiko dijangkiti H1N1: WHO


BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini. Beliau berkata, wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.

Liow berkata, kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut. "Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. - Bernama

Thursday, August 13, 2009

CIMB FlexiCash as OD’s Platform

Idea ni tercetus selepas dpt soalan dari Panel(Nazim) dlm post =>http://www.bebas-hutang.com/?p=43 . Dulu saya sendiri pernah apply…masa tu atas advise AI. Tapi lepas CIMB tak approve, terus tak hirau pasal tool ni. Tapi lepas Nazim timbulkan balik, dah nampak idea sedikit sebanyak camne nak rolling dgn tool ni.

Kepada yg tak boleh nak dapat personal loan dari bank2 lain, mungkin boleh jadikan ini sebagai option..atau pun yg saje nak tambah sijil ASB.

Based on info from Panel;
Flexicash punya term adalah seperti berikut
. Interest Rate = BLR + 6.1% = 12.05% (BLR = 5.95%)
Interest calculated on daily rest - monthly compounded
. Loan amount : 5 X Gaji
. Loan Period : Maximum 7 tahun
. Dibenarkan utk buat Pra-Pembayaran
. Look in period 24 bulan or penalti 3% early settlement.

Contoh;
Gaji = RM3,000
Loan amount = RM15k
Term loan = 5 years
Monthly payment = RM334

Dapat 15k => convert ke sijil ASB => apply OD

After 2 years;
*FlexiCash balance principal = RM10,050
*Keluarkan RM10,050 dari OD dan buat full settlement FlexiCash
Monthly payment RM334 tu guna untuk topup balik OD, atau masuk ke ASB.

Comparison;
*Jika continue byr FlexiCash selama 5 tahun,
Jumlah interest yg dibayar = RM5,042

*Jika buat full settlemet FlexiCash pda tahun ke-2, dan topup RM334 ke OD sehingga OD penuh semula,
Jumlah interest yg dibayar = RM3,067 (int FlexiCash utk 2 thn) + RM864(int OD sehingga OD penuh) = RM3,931 (boleh dikurangkan lagi dgn teknik masuk gaji dan guna CC)

Nampaknya still ade jalan untuk lari dari interest FlexiCash yg agak tinggi. Cuma ade concern sket pada BLR.
Walaun interest FlexiCash ni secara kasarnya nampak tinggi…iaitu BLR + 6.1% = 12.05%, tapi EIR nyer (EIR ~12.74%) lebih kurang sama saje dgn EIR bagi 6.5% fixed rate personal loan (EIR ~ 12.33%).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...