Sunday, September 6, 2009

Maradona akui sukar

ROSARIO: Jurulatih Argentina, Diego Maradona mengakui bahawa begitu sukar bagi anak buahnya memastikan tempat dalam kelayakan Piala Dunia selepas tewas kepada Brazil di tempat sendiri.

Brazil, juara lima kali itu menerima inspirasi bintang Real Madrid, Kaka menambah luka pasukan tuan rumah menerusi kemenangan 3-1 di Rosario, memberikan Argentina kekalahan pertama perlawanan kelayakan di tempat sendiri dalam tempoh 16 tahun.

“Ia pasti menyulitkan kami berikutan kekalahan itu. Kami akan terus berjuang. Tewas kepada Brazil sering menyebabkan mengalami krisis keyakinan dan kami tidak menyerah kalah,” kata Maradona, yang menjadi inspirasi kejayaan pasukan itu pada 1986 tapi bergelut sebagai seorang jurulatih.

Ketika Kaka memberi inspirasi kepada Brazil, Argentina yang diterajui Lionel Messi dan Carlos Tevez, mengalami malam duka.

“Kami sepatutnya berada di atas tapi tidak perlu melatah dengan kritikan.,“Saya menerima tanggungjawab atas kekalahan ini” kata Maradona.

Bagaimanapun, selepas kalahan kali kelima daripada 15 perlawanan kelayakan, juara dunia dua kali itu kini mengharapkan kemenangan dalam kedudukan keempat dan terakhir kelayakan zon itu.

Menjelang perlawanan di Paraguay, Rabu ini mereka memiliki 22 mata dengan baki tiga perlawanan dan Colombia yang menewaskan Ecuador 2-0, masing-masing ketinggalan dua mata.

Pasukan di tangga kelima akan menempuhi perlawanan playoff di tempat sendiri dan lawan menentang pasukan keempat zon Amerika Tengah, Utara dan Caribbean.

“Kawalan kami begitu lemah, terutamanya berdepan dengan bola tinggi. Kami bermain mendapatkan keputusan baik dan perlu berada di sana dan mengambil beberapa risiko,” kata Maradona. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...