Tuesday, January 19, 2010
Pokok Stavia
Stevia rebaudiana,
adalah sejenis tanaman herba berasal dari Paraguay. Tanaman ini terkenal dengan
daunnya yang manis dan orang asli Paraguay telah menggunakannya sebagi
bahan pemanis dalam minuman dan masakan, dan sebagai tea herba sejak 200
tahun dahulu.
Stevia semakin popular sebagai pengganti kepada gula, dan
mula ditanam di banyak negara. Daun kering stevia adalah 40 kali lebih manis
daripada gula manakala extrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis daripada
gula.
"Kemanisan pada daun stevia ini adalah disebabkan oleh dua kompound iaitu ste
vioside dan rebaudioside.
kelebihan Stevia sebagai bahan pemanis ialah ia tidak
mengandungi calori (calorie) dan kabohidrat (cabohydrate), dan sesuai untuk
kesihatan terutama sekali bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis.
Selain daripada itu, stevia juga mengandungi vitamin serta antifungal dan
antibacterial.
negara pengeluar utama produk stevia pada masa kini ialah negara
China dan diikuti oleh India. Manakala negera pengimport and penguna terbesar
ialah negera Jepun, dimana 41% daripada bahan pemanis yang digunakan
adalah berasaskan Stevia. Untuk rekod, Jepun telah mengharamkan penggunaan
bahan pemanis tiruan sejak tahun 70’an.
tanaman stavia sesuai tumbuh di kawasan tropika, sebagai satu
tanaman baru, kajian keatas kesesuaian tanaman ini perlu dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)