Tuesday, February 21, 2012

KISAH-KISAH NABI DAN RASUL DALAM ALQURAN MTQ SEK RENDAH 2012 ZON TIMUR RANAU, SABAH



Perhatian kepada rakan-rakan sezon agar ambil cerita ini.
klik pada link disediakan..

1. http://www.scribd.com/doc/82283701/Kisah-Nabi-Adam-Dalam-Syurga
Kisah Nabi Adam as Dalam Syurga

2. http://www.scribd.com/doc/82284886/Kisah-Nabi-Ayub-As
Kisah Nabi Ayub as

3. http://www.scribd.com/doc/82285684/Kisah-Qurban-Nabi-Ismail-As
Kisah Qurban Nabi Ismail as

4. Kisah-Nabi-Nuh-Dengan-Bahteranya
http://www.scribd.com/doc/82285637/Kisah-Nabi-Nuh-Dengan-Bahteranya


5. Kisah-Nabi-Musa-Dengan-Firaun
http://www.scribd.com/doc/82285614/Kisah-Nabi-Musa-Dengan-Firaun

6. Kisah-Nabi-Muhammad-Saw-Di-Gua-Hira
http://www.scribd.com/doc/82285594/Kisah-Nabi-Muhammad-Saw-Di-Gua-Hira

harap kawan2 ubah apa yang perlu..

wasalam

Sunday, February 12, 2012

Kisah Nabi Adam di dalam Syurga


Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu Kisah Nabi Adam di dalam Syurga.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pantun;
Bijak sungguh si Tuan Hakim
Pesalah Penjenayah diberi hukuman
Nabi Pertama Nabi Adam
Dalam Syurga Hidup aman
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sudah termaktub bahawa keadaan di dalam Syurga Allah SWT amatlah penuh dengan keindahan yang sempurna. Tiada cacat cela dan kekurangan. Maka dengan kehendak Allah SWT dan dengan kekuasaan yang Maha Kuasa  menjadikan Nabi Adam sebagai penghuni syurgaNya, manusia pertama yang dicipta daripada tanah.
Firman Allah SWT,
A020
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.                     ( surah Ar-Rum ayat 20 )
Ya, manusia dijadikan oleh Allah SWT , sebaik-baik makluk ciptaan-Nya. Namun sayangnya, kini, kita dapati bayi-bayi dibuang di sana sini. Selain itu, berlaku juga pemerdagangan bayi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan para malaikat, iblis dan semua isi syurga supaya sujud hormat kepada Nabi Adam. Namun, Iblis enggan menuruti perintah Allah swt itu. Maka jadilah Iblis sebagai makhluk yang dilaknat oleh Allah swt. 

A034
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Dengan penciptaan Nabi Adam ini, ia menimbulkan kebimbangan kalangan malaikat. Namun, Allah swt menyatakan kepada mereka bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa yang dilakukan.

A030
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Kini, kita saksikan bahawa sifat takabur dan bangga diri telah banyak menjatuhkan diri sendiri contohnya para pemimpin dunia ramai yang bersifat takabur telah jatuh kerajaannya.
Pengajarannya, kita jangan bongkak dan takabur dan jangan buruk sangka terhadap orang lain.

Tuan-taun dan puan-puan sekalian,

Sesungguhnya kehidupan Nabi Adam di dalam syurga telah dikurnia ilmu pengetahuan dan para Malaikat merasa takjub dengan ilmu baginda. Baginda mengetahui semua nama benda. Malaikat amat menghormati Nabi Adam.

A032
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

 Namun, sebaliknya, Iblis berdendam dengan baginda dan ia berjanji untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam iaitu kita semua.

Nagara kita Malaysia pada masa ini dalam keadaan aman damai dan kita mesti bersyukur.

Pengajarannya, kita wajib menanamkan sifat syukur atas nikmat dari Allah swt ini.

Tuan-tuan dan puan sekalian,

Ketika Nabi Adam berada di syura yang penuh dengan kenikmatan yang sempurna, baginda masih merasa sunyi. Maka, Allah swt telah menciptakan Hawa sebagai isterinya yang diambil dari tulang rusuk Nabi Adam. Maka, baginda pun tidak merasa sunyi lagi selepas itu.

Allah swt juga  melarang Nabi Adam dan isterinya  daripada memakan buah khuldi.

A035
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

Kini, kita dapati kes penceraian semakin meningkat dalam negara kita.

Pengajarannya, kita hendaklah sentiasa mewujudkan kasih dan sayang dalam kehidupan kita. 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Untuk mengakhiri kisah ini, Nabi Adam dikeluarkan oleh Allah swt dari syurga kerana tipu daya Iblis. Baginda dan isterinya diperdaya memakan buah khuldi.
Pada hari ini, syirik dan murtad serta gejala sosial semakin membimbangkan kita semua.
Oleh itu kita mesti kuatkan iman dan bertekad jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.

Wabilahitaufiwalhidayah wassalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.
Sekian terima kasih.


 http://id.wikipedia.org/wiki/Adam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Adam_a.s.
http://quran.al-shia.org/id/tafsir/002/01.html
http://kawansejati.ee.itb.ac.id/penjelasan-penciptaan-nabi-adam
http://www.surah.my/2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...