Hebat ni senam robik
Wednesday, July 11, 2012
Saturday, July 7, 2012
ZAKAT EMAS
NISAB
Emas : 20 Misqal @ 85gram
Perak : 200 Dirham @ 595gram
Pengiraan
Emas dan Perak yang disimpan/tidak dipakai. Menepati syarat wajib zakat,
maka zakat perlu dikeluarkan sebanyak 2.5% dari nilai semasa.
Contoh Emas Simpan:
Berat : 100gram.
Nilai emas semasa setiap gram = RM150.00.
Nilai Emas Semasa : 100g x RM150 = RM15,000.00
Zakat yang wajib dibayar : RM15,000.00 x 2.5% = RM375
Contoh Perak :
200 Dirham @ 595gram
Harga Semasa Perak setiap dirham : RM16
Nilai Perak : 200dirham x RM16 = RM3,200.00
Zakat yang wajib dibayar : RM3,200.00 x 2.5% = RM80.00
Zakat Emas Perhiasan
Emas Perhiasan @ yang dipakai. Emas yang dikenakan zakat ialah emas yang
melebihi tahap kebiasaan perhiasan(Uruf). Kadar Uruf ini adalah
berbeza-beza mengikut tempat dan negeri. Sila sila semak Uruf negeri
masing-masing sebagai rujukan.
Contoh :
Uruf Sarawak : 775 gram
Emas perhiasan yang dimiliki : 800 gram
Baki yang dikenakan zakat : 800gram – 775gram = 25gram
Harga Emas Semasa setiap gram: RM150.00
Harga Emas : 25g x RM150 = RM750.00
Zakat yang wajib dibayar : RM3750.00 x 2.5% = RM93.75
Sumber Rujukan:
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi
negeri-negeri di Malaysia :
- Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
- Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
- Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
- Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
- Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
- Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
- Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
- Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
Subscribe to:
Posts (Atom)