Sunday, January 9, 2011

BAJA : Kandungan yg Perlu ada


Sektor pertanian telah memperkenalkan banyak klon dan spesies tanaman yang baru untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran pertanian. Tanaman yang diperkenalkan ini memerlukan nutrien yang lebih lengkap dan efektif untuk mencapai sasaran pengeluarannya. Di ladang yang berskala komersial, proses pembajaan dijalankan dengan lebih terkawal. Nutrien yang sentiasa digantikan melalui proses pembajaan ini adalah Nitrogen (N), Phosphate (P), Potassium (K), Sulfur (S) dan Magnesium (Mg).

Walaupun tanaman diberi baja nutrien seperti yang disarankan, kenapakah masih terdapat tanaman yang bermasalah? Pokok getah dengan masalah pengeluaran susu getah yang rendah, tanaman padi dengan masalah padi angin dan padi rebah, pokok kelapa sawit pula dengan masalah pengeluaran bunga jantan yang keterlaluan.

Kelapa sawit adalah pokok jenis “monoecious” yang mampu menghasilkan bunga betina atau jantan. Waktu pembentukkan jantina adalah sangat penting. Sekiranya pokok menerima tekanan (stres), penghasilan bunga jantan adalah lebih ketara. Di antara tekanan yang mempengaruhi pembentukkan bunga jantan adalah faktor kedapatan air dan faktor pokok tidak mendapat nutrien yang mencukupi dan lengkap.

Tanaman yang tidak mendapat nutrien yang mencukupi dan lengkap akan mengalami masalah “defisiensi nutrien”. Masalah ini akan menjejaskan kesihatan dan pengeluaran hasil tanaman.

Dua faktor yang menyebabkan masalah “defisiensi nutrien” di dalam tanaman;



1.



2.
Faktor pertama adalah apabila tanaman tidak mendapat kuantiti nutrien yang mencukupi kerana kehilangan nutrien melalui proses pemeruwapan, larian permukaan dan larut resap. Tanah pertanian yang berpasir atau tanah liat yang keras boleh menyebabkan kehilangan nutrien semasa proses pembajaan.

Faktor kedua adalah apabila tanaman tidak mendapat jenis nutrien yang diperlukan. Tanaman memerlukan lebih kurang 16 jenis nutrien untuk proses tumbesaran dan menghasilkan pengeluaran yang baik tetapi nutrien yang sentiasa digantikan melalui proses pembajaan hanyalah nutrien Nitrogen (N), Phosphate (P), Potassium (K), Sulfur(S) dan Magnesium (Mg) sahaja.



Sifat pokok kelapa sawit yang bermasalah “defisiensi nutrien” (dimana ia tidak mendapat kuantiti dan jenis nutrien yang mencukupi dan lengkap), akan hanya mengutamakan pertumbuhan vegetatifnya, iaitu pertumbuhan daun pelepah, batang pokok, akar dan bunga jantan sahaja. Ia tidak akan memberi keutamaan kepada pengeluaran buah.

Industri sawit Malaysia telah mensasarkan pengeluaran buah tandan segar (bts) sebanyak 35 tan / hektar / tahun pada tahun 2020. Akan tetapi, pekebun-pekebun kecil di Semenanjung Malaysia hanya dapat menghasilkan buah tandan segar (bts) sebanyak 15 tan / hektar / tahun sahaja iaitu kurang 50 peratus daripada sasaran kerajaan.

Masalah “defisiensi nutrien” adalah masalah utama yang menyebabkan pengeluaran hasil pokok sawit kepunyaan pekebun kecil merosot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...