Keajaiban Air
Terapi Air: Terapi air merupakan salah satu kaedah yang diamalkan dalam perubatan sejak dahulu lagi. Ini kerana cara ini dilihat lebih murah dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Air berkesan merawat penyakit dengan izin Allah.
Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan,bermacam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan, ada yang enggan membuka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.
Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya. Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya: Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya: Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya.