Sunday, September 30, 2012

6 Tuntutan Cuepacs Untuk Kakitangan Awam Dalam Bajet 2013

http://beritasemasa.com/bonus-sebulan-setengah
Dan, hasilnya dalam pembentangan Bajet 2013 semalam……Daripada 6 usul di bawah ini terdapat beberapa usul Cuepacs mendapat respon balas kerajaan. Antaranya :
1) Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar  harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang. 
Respon Kerajaan : Kerajaan bersetuju membina 123,000 unit rumah mampu milik di kawasan-kawasan strategik termasuk di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang) tahun 2013).
Respon Kerajaan : Pada masa kami mendengar dan meneliti pembentangan Bajet termasuklah melibatkan penjawat awam atau kakitangan awam, kami tidak mendengar sebarang pengumuman berkenaan dengan elaun perumahan. Nampknya gayanya, Cuepacs kena bekerja keras untuk mohon sekali lagi pembentangan Bajet 2014 pula….
Respon Kerajaan :  Dapat bonus sebulan setengah termasuk bonus setengah bulan yang telah diberikan  semasa pemberian bonus raya 2012 sebelum ini
4) Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
5) Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
6) Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan
Respon kerajaan : Usul 4, 5 dan 6 pun dilihat tiada respon balas dalam pembentangan Bajet 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...