Monday, October 22, 2012

Kem membaca 1Malaysia

Pemandangan SK Nunuk Ragang dari Atas Bukit


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama sebuah syarikat pengedar buku kanak-kanak, Scholastic Sdn. Bhd. baru - baru ini menganjurkan Kem Membaca 1Malaysia.
Program yang dilancarkan di Sekolah Kebangsaan(SK) Bukit Damansara, Kuala Lumpur, itu turut diadakan di semua sekolah di negara ini.

Dalam program tersebut seramai 641,641 pelajar di 1,525 sekolah di seluruh negara membaca serentak selama 2,011 saat atau 33 minit 30 saat di sekolah masing-masing.
Malah, program yang dikenali sebagai READ2011: Satu Negara Membaca Bersama itu berjaya mencatatkan rekod baru aktiviti membaca beramai-ramai terbesar yang diadakan serentak di seluruh negara .

Kem tersebut yang berlangsung selama lima hari bermula 31 Oktober lalu itu menyediakan pelbagai aktiviti untuk merangsang minat pelajar membaca antaranya pameran, sesi bacaan cerita dan puisi.
Lebih menariknya program itu mengatasi jumlah penyertaan tahun lalu yang dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records yang melibatkan 1,000 sekolah dengan penyertaan hampir 400,000 pelajar.

program itu akan dapat memberi nilai tambah kepada pelaksanaan program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara.

Tambahnya lagi, inisiatif penganjuran kem itu akan memupuk dan menyemai budaya membaca dalam kalangan murid sekali gus menanam semangat perpaduan gagasan 1Malaysia melalui program dan aktiviti pembacaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...