Kisah Ashabul Ukhdud
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu Kisah Ashabul Ukhdud.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Syair:
Tersebutlah kisah di sebuah negara
Agama Yahudi diperintah raja
Kehebatan rajanya amat dihina
Membunuh rakyatnya amat kejamnya
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Dikisahkan bahawa di sebuah negara bernama Kota San’a berada di bawah pemerintahan kuku besi Raja Zu Nuwas. Raja ini beragama Yahudi. Baginya sesiapa sahaja yang tidak mengikuti dan engkar dengan ajaran agama Yahudi maka orang tersebut akan dihukum bunuh tanpa diberikan peluang untuk membela diri.
Allah swt berfirman dalam surah An Nisa ayat 56:
* ¨bÎ) ©!$# öNä.ã�ãBù'tƒ br& (#r–Šxsè? ÏM»uZ»tBF{$# #’n<Î) $ygÎ=÷dr& #sŒÎ)ur OçFôJs3ym tû÷üt/ Ĩ$¨Z9$# br& (#qßJä3øtrB ÉAô‰yèø9$$Î/ 4 ¨bÎ) ©!$# $KÏèÏR /ä3ÝàÏètƒ ÿ¾ÏmÎ/ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $Jè‹Ïÿxœ #ZŽ�ÅÁt/ ÇÎÑÈ
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
Kita semua ketahui bahawa bangsa Yahudi sangat sombong dan amat meninggi diri.
Pada masa kini kita sama-sama saksikan betapa bangsa Yahudi adalah bangsa yang kejam terutamanya mereka membunuh beberapa orang yang menghantar bantuan kemanusian ke Pleastin. Dalam Islam Allah swt amat murka kepada mereka yang sombong dan membunuh.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Dikisahkan bahawa semasa pemerintahan Raja Zu Nuwas ini terdapat seorang lelaki yang beriman kepada Allah swt yang beragama Nasrani. Beliau ialah Fimiyun. Pada masa ini, agama nasrani merupakan agama yang masih diiktiraf oleh Allah swt kebenarannya dan tidak menyeleweng daripada ajaran Nabi Isa alaihi salam. Dikisahkan pula, beliau ke Najran sebuah kota dalam kawasan pemerintahan Raja Yahudi yang kejam itu bersama dengan sahabatnya, Soleh. Soleh memeluk agama ini setelah menyaksikan persitiwa kebenaran agama Allah swt. Mereka mengajar dan menyebarkan agama Nasrani kepada bangsa Najran. Ramai yang beragama Yahudi memeluk agama baru ini termasuklah majikan Fimiyun.
Firman Allah swt dalam surah Yassin ayat 82:
!$yJ¯RÎ) ÿ¼çnã�øBr& !#sŒÎ) yŠ#u‘r& $º«ø‹x© br& tAqà)tƒ ¼çms9 `ä. ãbqä3uŠsù ÇÑËÈ
82. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah Berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.
Pada masa kini, bencana alam seperti gempa bumi dan ribut telah menginsafkan ramai umat Islam tentang kekuasaan Allah swt.
Pengajaranya, Allah swt berkuasa menjadikan sesuatu dan tiada yang mustahil bagi Allah swt.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Raja Zu Nuwas amat murka dengan berita yang diterimanya bahawa ramai penduduk Najran telah memeluk agama Nasrani dan menolak ajaran Yahudi. Raja tersebut mengarahkan angkatan tentera ke daerah Najran dan mereka mengepung dan mengancam mereka yang murtad. Namun ancaman tersebut tidak menggugat keimanan mereka kepada agama Allah ini.
Firman allah swt dalam surah Al-A’raf ayat 36:
šúïÏ%©!$#ur (#qç/¤‹x. $uZÏG»tƒ$t«Î/ (#rçŽy9õ3tFó™$#ur !$pk÷]tã y7Í´¯»s9'ré& Ü=»ysô¹r& Í‘$¨Y9$# ( öNèd $pkŽÏù tbrà$Î#»yz ÇÌÏÈ
36. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
Sekarang ini kita sama –sama saksikan bahawa telah wujud Islamfobia dan aktivis anti Islam.
Pengajarannya, umat Islam kini sentiasa ditindas atas alasan keganasan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Apabila penduduk Najran tidak takut dengan ancaman dan ugutan tersebut, Raja yang kejam ini dengan angkuh dan tanpa perikemanusiaan menyuruh tenteranya menggali sebuah lubang besar. Mereka mengisi lubang tersebut dengan kayu kayan dan menyalakannya dengan api. Api menjulang naik tinggi dan membahang panas. Raja dan tenteranya mengelilingi lubang api itu dengan penuh kesombongan dan kepuasan.
Firman Allah swt dalam surah Al-Buruj ayat 4-7:
Ÿ@ÏFè% Ü=»ptõ¾r& ÏŠr߉÷{W{$# ÇÍÈ Í‘$¨Z9$# ÏN#sŒ ÏŠqè%uqø9$# ÇÎÈ øŒÎ) ö/ãf $pköŽn=tæ ׊qãèè% ÇÏÈ öNèdur 4’n?tã $tB tbqè=yèøÿtƒ tûüÏZÏB÷sßJø9$$Î/ ׊qåkà ÇÐÈ
4. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit
5. Yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar,
6. Ketika mereka duduk di sekitarnya,
7. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman.
Baru-baru ini kita telah mendengar di kaca televisyen tentang pembunuhan kejam seorang usahawan kosmetik.
Pengajarannya, kita hendaklah jauhi segala bentuk kezaliman dalam kehidupan kita.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt penduduk Najran yang beriman kepada agama Allah swt terjun ke dalam nyalaan api itu seorang demi seorang. Mereka tenang menjalani hukuman daripada Raja yang zalim. Mereka semua meyakini bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam syurga Allah swt.
Firman Allah swt dalam dalam surah Al-Buruj ayat 8;
$tBur (#qßJs)tR öNåk÷]ÏB HwÎ) br& (#qãZÏB÷sム«!$$Î/ Í“ƒÍ•yèø9$# ω‹ÏJptø:$# ÇÑÈ
8. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan Karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
Pada masa kini kita juga dapat saksikan kes bunuh diri yang semakin menjadi-jadi.
Pengajarannya, mati dalam keimanan kepada Allah swt akan mendapat kemuliaan di akhirat dan dimasukkan ke dalam syurga Allah swt.
Untuk mengakhiri kisah ini, kini ajaran agama Nasrani tidak diterima oleh Allah swt. Oleh itu, marilah kita sama-sama beriman kepada ajaran Islam yang sebenar agama yang diakui kebenarnya oleh Allah swt.
Wabilahitaufiwalhidayah wassalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.
Sekian terima kasih.