Sunday, February 27, 2011

KISAH ASHABUL SABTI

KISAH ASHABUL SABTI

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu Kisah Ashabus Sabti.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pantun;

Bunga Melor Di dalam Taman

Dipetik jangan Dipandang Indah

Ashabus Sabti Kisah Teladan

Dalam Al-Quran Terbukti Sudah

Dikisahkan bahawa terdapat sebuah kaum yang tinggal di Ailah pada zaman Nabi Daud alaihi salam. Penduduk di negeri ini adalah berbangsa Yahudi. Mereka mengamalkan syariat yang dibawa oleh nabi Musa alaihisalam. Mereka diperintah oleh Allah swt agar setiap hari Sabtu merupakan hari untuk beribadah kepada Allah swt dan meninggalkan segala urusan dunia.

Firman allah swt dalam surah Al-Jumaah ayat 10:

#sŒÎ*sù ÏMuŠÅÒè% äo4qn=¢Á9$# (#rãϱtFR$$sù Îû ÇÚöF{$# (#qäótGö/$#ur `ÏB È@ôÒsù «!$# (#rãä.øŒ$#ur ©!$# #ZŽÏWx. ö/ä3¯=yè©9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÊÉÈ

10. Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

Kita sama-sama ketahui, pada masa kini setiap kali waktu solat fardhu di Mekah semua urusan jual beli dihentikan sementara sehingga selesai solat fardhu.

Pengajaran bernilai ialah walaupun kita sibuk dengan urusan seharian, ibadah kepada Allah swt jangan diabaikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sesungguhnya, pada setiap hari sabtu banyak ikan terdapat di dua buah batu putih di pesisir pantai negeri Ailah.Namun, hari-hari yang lain tidak ada seekor ikan timbul. Penduduknya yang kebanyakkan bekerja sebagai nelayan tidak tahan melihat ikan yang banyak khususnya pada hari sabtu.

Sebahagian daripada mereka ingkar dengan syariat Allah swt. Mereka menjadikan hari Jumaat untuk membuat jerat manakala pada hari Ahad adalah memungut hasil tangkapan ikan. Tahun demi tahun berlalu, ikan semakin banyak dan semakin ramai di kalangan mereka yang kufur kepada syariat Allah swt.

Firman Allah swt dalam surah As-Yasin ayat 9;

$uZù=yèy_ur .`ÏB Èû÷üt/ öNÍkÉ÷ƒr& #ty ô`ÏBur óOÎgÏÿù=yz #ty öNßg»oYøŠt±øîr'sù ôMßgsù Ÿw tbrçŽÅÇö7ムÇÒÈ

9. Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat.

Pada masa sekarang, terjadinya pembunuhan kejam kepada seorang jutawan kosmetik beberapa tahun lepas.

Pengajarannya, rezeki yang banyak merupakan ujian daripada Allah swt kepada kita dan kita jangan jadi tamak atas rezeki yang diberikan oleh Alla swt.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebahagian daripada mereka yang masih beriman memberikan peringatan kepada golongan yang kufur ini namun nasihat mereka tidak diendahkan. Mereka yang kufur mempersenda-sendakan ajaran dan syariat Allah swt.

Apabila mereka yang kufur tidak mendengar nasihat dan amaran daripada mereka yang masih beriman kepada Allah swt, orang-orang yang beriman telah keluar dari negeri tersebut dan mereka membina sebuah tembok yang kukuh memisahkan orang yang beriman dengan yang kufur agar mereka tidak ditimpa hukuman dari Allah swt.

Firman allah swt dalam surat Al-A’raf ayat 164 :

øŒÎ)ur ôMs9$s% ×p¨Bé& öNåk÷]ÏiB zNÏ9 tbqÝàÏès? $·Böqs% ª!$# öNßgä3Î=ôgãB ÷rr& öNåkæ5ÉjyèãB $\/#xtã #YƒÏx© ( (#qä9$s% ¸ouÉ÷ètB 4n<Î) óOä3În/u óOßg¯=yès9ur tbqà)­Gtƒ ÇÊÏÍÈ

164. Dan (Ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.

Pada masa kini, banyak program-program ilmu dijalankan di televisyen seperti sentuhan kalbu dan liga ilmu.

Pengajarannya, melaksanakan dakwah merupakan kewajipan ke atas individu muslim di samping ia menyebarkan syiar Islam.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah bertahun-tahun lamanya penduduk Ashabul sabti yang kufur menangkap ikan pada hari Sabtu, mereka telah menjadi kaya raya dan bertambah tamak haloba. Maksiat dan dosa semakin bermaharajalela. Nabi Daud alaihi salam berdakwah kepada mereka namun mereka tetap berdegil.

Firman Allah swt dalam surah Al-Mukmin ayat 4:

$tB ãAÏ»pgä þÎû ÏM»tƒ#uä «!$# žwÎ) tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. Ÿxsù x8öãøótƒ öNåkâ:=s)s? Îû Ï»n=Î7ø9$# ÇÍÈ

4. Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu.

Pada masa sekarang gejala membuang bayi berada di tahap yang amat kritikal.

Pengajaran bernilai ialah dalam berdakwah memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah Nabi Daud alaihi salam berdakwah supaya mematuhi syariat Allah swt , baginda pun memohon doa kepada Allah swt agar di turunkan hukuman bagi mereka yang kufur. Allah swt mengabulkan doa Nabi Daud as. Mereka yang kufur kepada Allah swt, wajah dan sikap mereka berubah seperti kera. Allah swt seterusnya menurunkan azab dan siksaan berupa gempa bumi bagi melenyapkan Ashabul Sabti dari muka bumi ini.

Firman Allah swt dalan surah Al-Baqarah ayat 65:

ôs)s9ur ãLäê÷HÍ>tã tûïÏ%©!$# (#÷rytFôã$# öNä3YÏB Îû ÏMö6¡¡9$# $oYù=à)sù öNßgs9 (#qçRqä. ¸oyŠtÏ% tûüÏ«Å¡»yz ÇÏÎÈ

65. Dan Sesungguhnya Telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Beberapa bulan yang lepas banjir besar di Pakistan dan gempa bumi berlaku di Sumatera.

Pengajarannya ialah azab pasti Allah swt turunkan kepada golongan yang ingkar kepada syariat Allah swt. Allah swt juga Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah swt agar kita menjadi Mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.

Wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...