Thursday, April 7, 2011

Tune Talk : Tune excel - PELAN PEMASARAN

PELAN PEMASARAN

Bila anda perkenalkan (sponsor) orang lain untuk menggunakan Toneexcel WOW ini, anda akan dapat komisyen setiap kali mereka topup tak kiralah kat mana mereka beli topup tu. Jika sekiranya masa mereka top-up di 7Eleven, dan ketika itu anda sedang tidur di rumah, ini yang dikatakan tidur pun dapat duit.

Inilah yang best, kerja sekali pendapatan berulang-ulang kali selagi mereka top-up. Berikut adalah jumlah komisyen yang akan anda terima:


Setiap level adalah infiniti, ini bermakna anda boleh sponsor seberapa ramai yang anda mahu pada level pertama. Level ke dua dan ketiga, kita tidak boleh kawal lagi, kalau sahabat kita di level pertama tadi nak sponsor 1000 orang sekali pun, kita tak boleh halang mereka, kita hanya boleh tersenyum sahaja, komisyen masyuk, siapa tak senyum.

Contohnya:

Jika anda sponsor seramai 10 orang di L1 (level pertama), maka setiap bulan sekiranya mereka topup sebanyak RM40, maka anda akan dapat:

RM40 x 6% x 10 orang = RM24.00

Sekiranya 10 orang sahabat anda tadi sponsor 10 sahaja, maka di L2 (level kedua) anda sudah ada 100 orang, sekiranya mereka topup sebanyak RM40 setiap bulan, maka anda akan mendapat komisyen sebanyak:

RM40 x 3% x 100 orang = RM120.00

Sekiranya 100 orang tadi sponsor 10 sahaja setiap seorang, maka di L3 (level tiga) anda sudah ada 1000 orang, maka komisyen anda setiap bulan jika mereka topup sebanyak RM40 adalah:

RM40 x 11% x 1000 orang = RM4400.00

Maka jumlah keseluruhan komisyen yang akan anda perolehi adalah:

RM24.00 + RM120.00 + RM4400.00 = RM4544.00


RM4544.00 sebulan!!


Itu hanyalah contoh jika masing-masing sponsor 10 orang sahaja dan topup sebanyak RM40. Saya yakin dengan program sekecil ini dengan mudah anda melakukan lebih dari itu.

Komisyen ini tidak akan berhenti selagi mereka topup walaupun anda sudah berhenti mengembangkan perniagaan ini.

Bayaran komisyen akan dilakukan pada setiap 21 haribulan terus ke akaun bank anda dengan syarat bayaran minima RM30.

Kelebihan seterusnya, downline anda tidak perlu bersusah payah mencari anda untuk topup, mereka boleh topup di mana-mana saluran top-up dan anda tetap dapat komisyennya.

Maintain bulanan top-up minima RM20 setiap bulan, tak semestinya sekaligus, boleh topup sedikit demi sedikit asalkan jumlah sebulan mencapai minima RM20.
Tapi ini tak jadi masalah, kerana kebanyakan daripada pengguna prepaid menggunakan prepaid lebih daripada jumlah tersebut setiap bulan.

Tune Talk : Produk

PRODUK

Produk yang pihak kami ingin perkenalkan ialah SIMKAD TuneTalk-ToneExcel



STARTER PACK : RM70.00 (dengan kredit prepaid bernilai RM33)
dan RM100,000 Insuran Kemalangan eTIQa Maybank

Prepaid TuneTalk-ToneExcel adalah sama seperti prepaid handphone dari syarikat yang lain. Beberapa kelebihan jika anda menggunakan prepaid ini:

1. Anda boleh mengekalkan nombor prepaid anda atau menggunakan nombor baru yang bermula dengan 010xxxxxxx.

2. Anda akan dilindungi dengan insuran kemalangan peribadi dari Etiqa Maybank sebanyak RM100,000. Bayangkan dengan hanya menggunakan prepaid tunetalk- anda dapat perlindungan insuran


3. Anda boleh topup di mana-mana kedai menjual prepaid, 7Eleven, Maybank2u, CIMB Clicks, stesen minyak yang mempunyai e-pay dan banyak lagi. Senarai dealer rujuk di sini.

4. Liputan jaringan yang luas kerana menggunakan infrastruktur rangkaian Celcom. Kadar panggilan dan sms sila rujuk jadual di bawah:


Kadar TuneTalk-ToneExcel
Panggilan 32 sen / minit
SMS 15 sen / sms

5. Sebagai pelanggan TuneTalk, kita akan memperolehi mata ganjaran hasil daripada jumlah topup dan yang menariknya, mata ganjaran ini tidak ada tarikh luput. Mata ganjaran tersebut boleh ditebus dengan tiket PERCUMA penerbangan AirAsia di dalam dan ke luar negara. Untuk mengetahui jumlah mata ganjaran yang diperolehi, sila dail *133#. Sila klik gambar di bawah untuk menegtahui destinasi penerbangan PERCUMA bagi mata ganjaran anda!




Peringatan

Simkad TuneTalk yang dijual di pasaran terbuka dengan harga di antara RM5-RM10 (yang tidak mempunyai logo Toneexcel WOW) tidak mempunyai Program Referal. Dengan erti kata lain ianya tidak boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

http://www.toneexcelwow.com/produk/

1. Referal Program ToneExcel WOW Referal Program





1. Referal Program ToneExcel WOW Referal Program



Ia merupakan satu program menjual SIMKad
prepaid TuneTalk kepada orang lain dan kita mendapat komisyen sekiranya mereka top-up. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, maka selama itulah kita akan mendapat komisyen.



2. Bagaimana marketing plan program ini?

Mereka membayar komisyen penggunaan top-up orang yang kita taja sehingga tiga generasi. Setiap generasi tiada had, anda boleh taja seberapa ramai yang anda inginkan.
Generasi 1 - 6%
Generasi 2 - 3%
Generasi 3 - 11%
Komisyen akan dibayar pada setiap 21hb bagi komisyen bulan sebelum, dengan syarat jumlah tersebut melebih RM30 dan kita pula top-up tunetalk minima sebanyak RM20 dalam tempoh sebulan.


3. Di manakah boleh top-up prepaid tunetalk ini dan berapa kah charge panggilannya?
Di seluruh negara termasuk Sabah/Sarawak untuk kesemua 7Eleven, Station Minyak yang mempunyai E-Pay, 60%-70% kedai-kedai top-up biasa, Maybank2u, CIMB Click, Eon-Ebanking, RHB-Ebanking serta mesin-mesin ATM seperti CIMB, Maybank, BSN, Bank Islam dan banyak lagi.




Manakala charge panggilannya adalah 0.32 sen seminit dan 0.15 sen per SMS.

4. Apa beza dengan program prepaid sebelum ini?

4.1 Kemudahan untuk top-up, downline anda tidak perlu datang berjumpa anda tetapi mereka boleh top-up di tempat-tempat yang disebutkan tadi.

4.2 Selain itu, dengan menggunakan perkhidmatan TuneTalk ini, pengguna tidak perlu "call centre" atau dail nombor lain terlebih dahulu sebelum mendail nombor yang dikehendaki.. Dalam erti kata lain, pengguna boleh terus dail nombor yang diingini seperti kebanyakan Telco lain contohnya Celcom, Maxis dan Digi.

5. Apakah kekuatan referal program ini?
Pertama: Ia merupakan produk keperluan lebih 24 juta pengguna talian telefon mudahalih di Malaysia.
Kedua: Subsciber/orang yang anda daftarkan tidak perlu datang kepada anda untuk top-up.
Ketiga:
Subsciber/orang yang anda daftarkan tidak akan tertekan untuk maintain setiap bulan kerana syarat untuk maintain hanyalah minima RM20 setiap bulan, sedangkan kebiasaannya rakyat Malaysia memperuntukkan di antara RM50-RM200 sebagai kos panggilan handphone mereka.
Keempat: Referral Program ToneExcel masih baru dan anda berpeluang menjadi antara orang yang terawal menjalankannya.
Kelima: Anda boleh menjalankan perniagaan ini secara online dan offline.
Keenam: Support yang diberikan oleh ToneExcel kepada pengedar mereka setakat ini merupakan khidmat yang dianggap kelas pertama, dan kita mudah untuk menghubungi mereka.
Ketujuh: Tugas mempromosi kepada rakan-rakan atau kenalan menjadi sangat senang dengan adanya iklan-iklan berkenaan Tunetalk di media-media massa seperti televisyen, radio, majalah, suratkhabar, internet dan sebagainya.
Kelapan: Anda boleh kekalkan nombor prepaid anda, cuma tukar service kepada TuneTalk
Kesembilan: Pendapatan daripada program ini boleh diwariskan.
Kesepuluh: Kerja hanya sekali (jual SIMKAD) tetapi pendapatan berulang kali (iaitu setiap kali orang yang anda taja top-up kredit).



6. Bagaimana dengan signal penerimaannya?
Mereka menggunakan line celcom, jika talian celcom baik, maka Tunetalk pun baik.

SAYA DAH FAHAM. TUNJUKKAN CARA UNTUK MENYERTAI PERNIAGAAN INI SEGERA

7. Bagaimana untuk menyertai program ini?
7.1 Dapatkan simkad ini

7.2 Aktifkan simkad ini supaya dapat digunakan.

7.3 Daftarkan nama anda di dalam sistem program ini.

Gunakan borang yang saya berikan di bawah ini untuk proses pendaftaran referral program ini. Masukkan maklumat penaja anda di dalam borang tersebut:
Nama Penaja:suhailin bin lajimin
No HP Penaja:

No IC Penaja:
ID Referral Penaja:
Email Penaja: saljulangit@gmail.com


Klik disini untuk daftar akaun ToneExcel WOW.
Selepas anda submit borang tersebut, lebih kurang 4 jam anda akan mendapat satu email mengatakan pendaftaran telah dibuat. Ikut arahan di dalam email tersebut.

7.4.
Hantarkan Borang Pendaftaran Tone Excel .
Dalam tempoh 30 hari sila hantarkan ke Sarawak Service Centre FORM pendaftaran TONE EXCEL beserta satu salinan IC anda ke alamat pos di bawah:

----

8. Jika saya memerlukan bantuan siapakah yang boleh membantu?
Anda boleh call upline anda (iaitu maklumat yang berwarna kuning di atas) untuk bantuan atau call nombor ini:
Zamri Tom 010 7876788
atau anda boleh kemukakan apa jua pertanyaan anda di forum SWOM ini. Klik disini utk ke Forum.

DARI MANA NAK MULAKAN PROSES PENAJAAN/PERKENALKAN KAWAN?

9. Setelah saya menyertainya, apa yang perlu saya lakukan?
9.1 Dapatkan beberapa keping simkad tunetalk ini supaya mudah membuat proses penajaan.

9.2 Cuba promotekan dan jual simkad ini kepada rakan-rakan, keluarga dan saudara mara anda. Dengan mengatakan jika mereka tidak menyertai program ini, mereka masih juga membayar bil handphone atau prepaid handphone, daripada membayar tidak mendapat hasil, adalah lebih baik bayar dan dapat semula komisyen, jika ada yang berminat Bantu aktifkan SIMkad mereka
(Semua daripada kita akan menggunakan dealer code yang sama)

9.3 Bantu daftarkan mereka di dalam program ini. Tetapi kali ini anda perlu menukar maklumat penaja kepada maklumat anda.
Klik disini untuk membuka borang tersebut.


......SUDAH SELESAI PROSES PENAJAAN.....


10. Bagaimana cara membuat promosi yang terbaik?
10.1 Menggunakan secara offline. Buat temu janji dengan rakan-rakan dan ceritakan peluang ini kepada mereka, dan jika mereka berminat dan jika anda mempunyai beberapa kad extra, maka anda boleh terus ke langkah #9.

10.2 Jika anda sudah boleh membina website sendiri dan memiliki hosting sendiri, saya cadangkan copy website ini terus (dibenarkan khas untuk ahli group ini sahaja), tukarkan di bahagian maklumat penaja kepada maklumat anda (highlight warna kuning di Langkah 7) dan terus promote kan kepada pengikut anda (subscribers), ke dalam SWOM (daftar percuma jika masih belum memilikinya), ke dalam group di facebook, twitter, friendster, myspace dan sebagainya. Selain itu promote juga URL website ada melalui email dan sms.

10.3 Jika anda ingin belajar cara membina website sendiri atau ingin belajar ilmu promosi secara online, sila isi borang di bawah.

INGINKAN NOTA LANGKAH DEMI LANGKAH BUAT WEBSITE PERCUMA?

Name
Email


11. Bagaimana pula dengan orang yang tidak mempunyai kemahiran komputer langsung? Adakah mereka masih layak mengikuti program ini?

Ya! sesiapa sahaja layak mendaftar untuk menjalankan program ini serta menjana pendapatan melaluinya asalkan mereka membeli SIMKAD ToneExcel yang pada masa sekarang dijual dengan harga RM70 sekeping dan mendaftar untuk mengikuti program referal tersebut. Mereka boleh mendapatkan bantuan penaja untuk mengisi borang online atau mendapatkan latihan daripada penaja agar mereka boleh membantu orang lain melakukan perkara yang sama.

SIMKAD TuneTalk biasa yang dijual dengan harga RM5 hingga RM10 sekarang di pasaraya atau kedai-kedai handphone atau kedai top-up yang tidak mempunyai logo Tone Excel adalah tidak menyediakan program referal untuk menjana pendapatan. Untuk lebih selamat, hubungilah
orang yang memperkenalkan program ini kepada anda atau hubungi Service Centre untuk membeli simkad tersebut.

12. Anggarkan Jumlah Pendapatan anda sendiri di dalam perniagaan ini !!

Anda boleh merancang sendiri berapakah jumlah pendapatan yang anda inginkan dalam perniagaan ini. Sila download contoh anggaran pendapatan anda di sini.


13. Maklumat terkini mengenai prorgam referral TuneTalk-ToneExcel


Jika anda inginkan maklumat terkini mengenai TuneTalk-ToneExcel, teknik2 terkini dan cara-cara untuk mengembangkannya secara online dan offline, atau mendapatkan tip-tip dari orang yang sudah mula berjaya di dalam ToneExcel ini, anda boleh mendapatkannya hanya dengan mengisikan borang di sebelah.»

Name
Email


14. Bantuan promosi dengan Replicate Website seperti ini:



Jika anda telah menyertai program affiliate ini di bawah service centre kami dan masih tidak mempunyai website sendiri untuk dipromosikan secara online. Anda tidak perlu risau, apa yang perlu anda lakukan hanyalah, isikan borang di sebelah ini, tunggu sehingga anda mendapat satu website seperti ini, dan setelah mendapatkannya, iklankan di dalam swom, facebook, tagged, twitter, iklan percuma, subcribers anda, e-paper, pay per click dan sebagainya. Dan anda boleh perhatikan bagaimana perniagaan online anda berkembang di tahap luar jangkaan.»
Name
Email
Phone
IC No./ KP
Member ID

PERINGATAN :
Selepas anda mengisi mana-mana borang di atas (samada borang di no.10.3 atau no.13 atau no. 14), sila periksa email anda. Buka email tersebut, dan klik pada link (iaitu tulisan panjang yang berwarna biru) untuk mengesahkan permohonan anda.

Khusus kepada rakan-rakan yang berdaftar di bawah Service Centre kami, berikut adalah aktiviti yang pihak kami jalankan bagi membantu rakan-rakan mengembangkan perniagaan ini.


BIZ PREVIEW

Service Centre kami menjemput sesiapa berminat untuk menghadiri sesi taklimat berkenaan Program Toneexcel WOW bermula pada pukul 8.45 mlm setiap jumaat bertempat di Lot 1315 Matang Ville, Batu 8, Jln Matang, Kuching.






LATIHAN PERCUMA

Sesi Latihan SECARA PERCUMA "Kaedah dari A sampai Z memperolehi pendapatan lumayan daripada Program Referal Toneexcel WOW" bermula pada pukul 8.45 mlm setiap hari Rabu bertempat di Lot 1315 Matang Ville, Batu 8, Jln Matang, Kuching.

(Sila buat temujanji terlebih dahulu)




http://www.toneexcelwow.com/

Tuesday, March 15, 2011

Guru.... Bukan bermula 7:30, berakhir 1:30....


SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 


Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat


2011/03/15

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenapatunggu2012harambotolsusupolikarbonat/Article/


PUTRAJAYA: Mengapa tunggu hingga 2012 jika ia membahayakan? Persoalan yang ditimbulkan berikutan tindakan kerajaan menunggu hingga tempoh itu bagi pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.
“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), mempersoalkan tindakan itu dan mendesak kerajaan mengharamkan terus penjualan botol berkenaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman pula mahu setiap botol susu yang dipasarkan melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan penggunaannya tidak membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Tiong Lai sebelum itu berkata, kajian terhadap 159 sampel botol susu bayi juga mendapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram.
Katanya, kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah celsius. Kadar migrasi merujuk kepada percampuran bahan BPA itu dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu.

“Dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya orang ramai boleh bertindak awal dengan menukar penggunaan botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau berkata, pengharaman ini selaras tindakan sama yang diambil beberapa negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
# Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
# Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
# Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
# Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
# Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
# Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Program susu 1malaysia untuk murid miskin - Muhyiddin

15/03/2011 7:22pm

PUTRAJAYA — Program Susu 1Malaysia tidak melibatkan semua murid sekolah rendah, sebaliknya khusus untuk murid miskin terutamanya di kawasan luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengambil kira kos yang terlalu tinggi sekiranya melibatkan semua murid sekolah rendah di negara ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebanyak 400,000 murid di seluruh negara telah dikenal pasti untuk program itu dengan setiap murid akan dibekalkan dengan dua kotak susu seminggu.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri upacara penutupan Program Keluarga Angkat 1Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran di sini hari ini. — Bernama

City, United beradu kekuatan

RICHARDS (kanan) dan David Silva meraikan kejayaan City ke atas Reading 1-0 pada perlawanan suku akhir Piala FA di Eastlands awal pagi semalam.

LONDON - Manchester City menempah pertembungan klasik dengan Manchester United pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley bulan depan.

City menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Reading 1-0 pada aksi suku akhir di Eastlands awal pagi semalam.

City melangkah ke separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun hasil tandukan kencang pemain pertahanan, Micah Richards untuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-74.

Pada satu lagi perlawanan suku akhir, Stoke City turut menamatkan penantian panjang mara ke separuh akhir sejak 1972 setelah mereka berjaya menundukkan West Ham United 2-1 di Stadium Britannia.

Pada aksi separuh akhir nanti, Stoke bakal berdepan Bolton yang menundukkan Birmingham 3-2, Sabtu lalu.

Pengurus City, Roberto Mancini berkata, para pemainnya tampak lesu sejurus pulang daripada Ukraine setelah mereka tewas 0-2 kepada Dynamo Kiev pada aksi pertama pusingan ketiga Liga Europa pada Khamis lalu.

"Sesuatu yang mustahil untuk kami tampil dengan aksi lebih segar pada perlawanan ini. Kami baru beraksi di Kiev tiga hari yang lalu dan turun lagi beraksi menentang Reading ini.

"Jadi sukar untuk para pemain tampil dengan aksi 100 peratus. Apa pun kami tetap mampu melakukan 17 percubaan ke arah gawang lawan berbanding tiga atau empat kali saja berjaya dilakukan Reading.

"Tapi perlawanan ini tetap sukar kerana Reading sebuah pasukan yang bagus dan mereka beraksi dengan cukup baik sekali," kata Mancini.

Permusuhan di antara City dan United mula meningkat sejak Sheikh Mansour dari Abu Dhabi mengambil alih kelab Eastlands itu dan mula melakukan pelaburan besar bagi mendapatkan pemain-pemain bintang.

Ditanya tentang pertemuan dengan United nanti, Mancini berkata: "Ia pasti akan menjadi satu perlawanan yang menarik dan saya gembira kerana kami dapat beraksi di Wembley. Tapi ia hanyalah separuh akhir dan kami mahu mara ke final." - Reuters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...