Koktail Kastad Buah

Bahan-bahan Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
2 sudu besar gula
Cara-cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin fruit coctail
1 tin longan
Air masak secukupnya
Cara-cara :
- Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.
- Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.
- Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.
Cara menghidang :
- Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil untuk menghidang.
- Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati...!