Saturday, October 17, 2009

Urutan, berdehem digalak selepas buang air kecil


SAYA mengalami masalah tidak dapat membuang air kecil hingga habis. Setiap kali membuang air kecil, saya dapat merasakan ada sisa air kencing yang belum keluar, namun ia tidak mampu dikeluarkan.

Sebaliknya, ia akan keluar dengan sendiri apabila saya menyarung semula seluar. Bagaimana saya hendak mengatasi masalah ini?

Susah Hati

SAUDARA menghadapi keadaan yang dikenali sebagai terminal dribbling. Masalah ini sering dihadapi kebanyakan lelaki tidak mengira peringkat umur. Di kalangan muda dan remaja, masalah ini terjadi apabila sebahagian kecil daripada air kencing tertinggal dalam saluran urethra.

Ia akan keluar dengan sendiri apabila proses membuang air kecil selesai dan ini menimbulkan masalah terutama bila hendak mengerjakan solat bagi yang beragama Islam.

Cara paling mudah mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan teknik urutan urethra (urethral milking). Selepas selesai membuang air kecil, dengan menggunakan satu jari, saluran urethra perlu diurut dari pangkal zakar ke arah depan.

Ini membolehkan air kencing yang terperangkap keluar. Satu lagi cara adalah melalui batuk atau berdehem selepas kencing. Ini akan meningkatkan tekanan dalam ruang abdomen dan seterusnya menolak air kencing yang terperangkap.

Bagi golongan yang berumur 50 tahun ke atas, masalah terminal dribbling ini boleh berpunca akibat pembesaran kelenjar prostat. Sekiranya kaedah yang dinyatakan gagal mengatasi masalah yang saudara hadapi, anda perlu berjumpa pakar urologi.

Dalam sesetengah pesakit wujud keadaan yang dikenali sebagai urethral diverticulum di mana ruang yang terbentuk dalam saluran urethra yang akan

memerangkap air kencing. Ini menyebabkan masalah seperti yang saudara alami.

Masalah yang saudara hadapi ini tidak ada kena mengena dengan menahan kencing atau ejakulasi. Bagaimanapun, saudara dinasihat tidak mengamalkan

tabiat menahan kencing. Proses menahan kencing akan mengakibatkan tekanan dalam pundi kencing meningkat lalu boleh mendatangkan masalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...