Koktail custard istimewa
anak2 suka ni...feveret hubby and mak mertue sy... tiap kali raye wajib ade ni. Gambar daripada laporan masakan oleh syahmi.
Bahan-bahan ( 4 org )
- 1 tin buah2an koktail campuran
- 1 tin nata de coco
- 1 tin kecil nanas kiub
- ceri merah di belah dua (optional)
- agar2 merah
- utk kuah custard:
- 1 tin susu cair (sy pakai IDEAL..lg sedap)
- 2sb tepung custard (larutkan dalam sedikit air)
- 6sb gula (kalau tk suke manis kurgkan sbb air koktail tu dah manis)
- 2sk esen vanilla
Cara-cara
- Susu cair dimasukkn kedalam periuk dan dimasak atas api yg sederhana. Kemudian, masukkan gula, larutan tepung custard td dan esen vanilla.
- Kacau hinggap pekat. Jangan berhenti kacau sebab takot custard tu bergentel.
- Bila campuran susu dan custard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, bolehla tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
- Kemudian, satukan campuran buah2an koktail,nanas kiub,agar2,ceri dan nata de coco td dalam satu mangkok besar. Masukkan sekali air didalam tin buah2an koktail dan nanas td.
- Kemudian, masukkan 3-4 sudu kuah custard yg dimasak tadi kedalam campuran koktail tadi. ikut suka nk letak banyak mana, pekat ke cair ke. Gaul bg sebati dan kemudain disejukkan.
- Kalau suka, bolehla dihiaskan dgn ceri merah tadi. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yang dimesin kasar. Cubelah..Anda pasti teruja....