Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2013
RAKYAT Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan
dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi.
Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar
Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala
Lumpur.
Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri.
Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai
"operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai
perbuatan tidak berperikemanusiaan.
Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara
menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir.
Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang.
Kelihatan beberapa pimpinan PR turut serta seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan, Exco Kelantan Hashim Daud dan Adun Tungku.