Saturday, August 17, 2013

SIFAT-SIFAT SEORANG MU'ALIIJ ( PERAWAT )

"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

SIFAT-SIFAT SEORANG MU'ALIIJ ( PERAWAT )


SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI ORANG YANG AKAN MELAKUKAN PENGUBATAN
  1. Harus beraqidah dengan aqidah generasi Salaf yang soleh, iaitu yang benar, bersih dan jernih.
  2. Harus merealisasian tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
  3. Harus berkeyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.
  4. Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
  5. Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan ke dalam diri manusia.
  6. Seorang Mu'aliij ( perawat ) sebaiknya orang yang sudah menikah.
  7. Harus menjauhi hal-hal yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
  8. Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
  9. Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
  10. Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.
Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah, maka akan semakin jauh dari syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya. Ketahuilah, jika anda mampu menghadapi ( mengendalikan ) diri anda, maka anda akan lebih mampu menghadapi syaitan yang lainnya. Akan tetapi jika anda tidak mampu menghadapi ( mengedalikan ) diri anda dan syaitan anda maka anda tidak akan mampu menghadapi lainnya.
Firman Allah di dalam Al-Quran Surah An-Nahl dari ayat 99 hingga ayat 100.


Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. ( 99 )
Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia peminpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. ( 100 )

PERSIAPAN BAGI TEMPAT RAWATAN


Apa anda harus tahu sebelum menjalani rawatan ruqyah. ( Persiapan Untuk Pesakit )
  1. Sebaiknya di ruang tamu atau ruang yang luas,
  2. Ruang harus bebas dari barang barang yang boleh jadi halangan (meja, kursi, barang perhiasan diketepikan).
  3. Keluarkan atau mengetepi kan apa apa barangan perkhiasan seperti patung dan lukisan berbentuk manusia atau binatang buas.
  4. Menurunkan, keluarkan dan mengetepi apa apa barang yang boleh dianggap syirik (wafaq, azimat, tangkal dan sebagainya... jangan di buang dulu) - Perawat anda boleh memberi nasihat kalau barang barang tersebut dibolehkan atau tidak mengikut hukum islam dan juga boleh membantu untuk menghapuskan atau buangkan barang barang tersebut untuk anda.
  5. Siapkan beberapa botol air. Boleh menggunakan sebarang air... air paip, air mineral, air perigi, air reverse osmosis dan sebagainya. Lebih baik kalau airnya tidak 'dimasak' ( gunakan air hidup ).

Untuk kaum lelaki
  1. BerWudhu'.
  2. Memakai pakaian menutup aurat (seluar panjang, track pants dan sebagainya).
  3. Menanggalkan kesemua barang kemas yang dibuat oleh emas mera/kuning jika memakainya.
Untuk kaum wanita
  1. BerWudhu'(sebaiknya wanita yang dirawat bebas dari haid).
  2. Memakai pakaian menutup aurat (menutup semua kecuali muka)
  3. Sekiranya pesawat memakai baju seperti baju kurung atau kain panjang, hendaklah dia mamakai seluar panjang di dalam kainnya. Juga di nasihat untuk memakai stokin.
  4. Wajib!!! Kaum wanita yang memerlukan rawatan harus disampingi oleh seorang lelaki muhrim ( beberapa perawat tidak akan merawat wanita tanpa adanya muhrim kecuali sewaktu kecemasan )
Untuk sesiapa yang hadir sewaktu rawatan ( keluarga, saudara, teman)
  1. Sebaiknya semua menutup aurat (lelaki ataupun wanita). Sekiranya ada yang keberatan untuk menutup aurat seperti dinasihatkan, si perawat berhak untuk menasihati untuk tidak hadir di ruang yang sama (duduk didalam bilik tidur atau dapur dan tidak dapat dilihat si perawat).
  2. Sebaiknya berduduk diam dan jangan berbual bual sewaktu rawatan kecuali ditanya perawat untuk mendapatkan matlumat atau seandainya ada sesuatu penting yang hendak diberitahu ke perawat.
  3. Di nasihati untuk menolong perawat jika diminta bantuan, seperti memegang pesakit sewaktu diracau dan sebagainya.
  4. Janganlah khuatir atau takut sekiranya pesakit berkelakuan 'aneh' atau 'menyeramkan'.
  5. Jangan sesekali "wa'sangka" yang pesakit itu di bikin orang yang dikenali sekiranya itulah tujuan syaitan untuk bermusuh musuhkan diantara manusia.
  6. Jangan sesekali menanya "siapa yang hantar", "siapa yang buat" sekiranya itu tidak penting dan tidak juga membawa hasil.
Selepas akhir rawatan
  1. Si perawat akan memberi keterangan mengenai rawatan tadi.
  2. Si perawat akan memberi nasihat tentang rawatan selanjutnya jika perlu.
  3. Si perawat akan memberi nasihat tentang benteng diri dan hukum hukum yang patut di amalkan.
  4. Si perawat akan membacakan ayat ayat ruqyah pada air yang disiapkan tadi.
  5. Bertanyalah kepada si perawat apa apa yang ingin dijelaskan.
Rawatan/Membersihkan Rumah
  1. Si perawat akan menjalankan pembersihan/rawatan rumah jika perlu/mohon.
  2. Sila menyimpan apa apa barang kemas yang berharga.
  3. Sila menyimpan apa barang barang intim/peribadi dan jangan tinggalkan tersangkut atau bersipah dan boleh dilihat perawat.
  4. Sebaiknya berkemas bilik bilik sebelum rawatan tersebut.
  5. Iringi lah si perawat sewaktu dia merawat bilik bilik anda.
Insyallah matlumat diatas boleh menjadi suatu penerangan yang boleh membawa manfaat kepada semua.
Sumbangan Ikhlas,
Haji Saifulbahar Bin Haji Ya'acob (Saiful Bahar)
Perawat bebas untuk:
* Rawatan Islam Alternatif Singapura
* Rawatan Ruqyah Singapura
* Komuniti Ruqyah Syari'iyah Singapura
* Terapi Al-Quran Singapura
* Serta beberapa masjid dan komuniti ruqyah di Singapura, Malaysia dan Indonesia

NOTA : HARUS DI BACA

Haruskah Perawat Dibayar Untuk Merawat Pesakit?
Ini sudah menjadi satu isu dari dulu lagi. Setiap perawat yang merawat sama adanya individu (bebas) ataupun dari pusat pusat rawatan pasti sudah pernah ditanya tentang perkara ini. Ramai yang bertanya haruskah rawatan dibayar? Kalau harus dibayar.. berapa?
Komen-Komen pernah di diskusi:

  • Takkan quran pun nak jual?
  • Ikhlas bermakna sesuka hati (tak semestinya seikhlas hati)
  • dan banyak yag lain lain lagi...
    Ini adalah pandangan saya sendiri dan bukan untuk mempertahankan mana mana perawat sama ada individu ataupun dari pusat pusat rawatan. Secara umum, kita harus tahu dan pertimbangkan:
  • Perawat daripada mulanya membelanja uang sendiri untuk mempelajari Rawatan Ruqyah.
  • Masa Perawat, perjalanan, kenderaan, penat, waktu dan lain lain harus difikirkan sebelum membikin comment comment tersebut.
    Sekiranya Rawatan Ruqyah adalah satu Fardhu Kifayah... tidak berarti setiap perawat dijatuhkan hukum untuk merawat sehinggakan korban waktu, uang dan kesihatan diri sendiri. Memang benar hampir setiap perawat mencuburi bidang ini untuk kebaikan umum dan ikhlas untuk menolong pesakit pesakit yang perlu bantuan. Tetapi takkan lah sampai diri sendiri menjadi korban?
    Sewaktu pesakit memerlukan rawatan, perawat seringnya di panggil untuk datang 'segera'. Hampir semua request adalah urgent lagi lagi sewaktu pesakit lagi 'meracau'. Memang benar Singapore ini kecil. Tapi tidak semua perawat punya kenderaan sendiri dan sekiranya ada, si perawat harus juga fikir tentang duit minyak and sebagainya. Pengorbanan si perawat adalah besar dari yang disangkakan. Korban duit, korban waktu, korban kesehatan (penat, tak cukup tidur, balik larut malam), korban waktu keluarga dan banyak lagi.
    Jadi dari segi pembayaran... ada perawat:
  • Meletak harga rawatan yang tetap (antara $50 ke $100 per sessi).
  • Meletak harga minimum (seringnya $30 untuk duit penat dan transport.. yang lebihnya seikhlas hati)
  • Tidak meletak harga apa apa dan menerima apa yang diberi.
  • Tidak meletak harga apa apa dan kalau diberi lebih, akan perawat itu kembalikan ke pesakit.
  • Tidak mahu mengambil apa apa dan menyuruh sumbangan itu di dermakan ke masjid.
  • Mengambil apa yang diberi dan mendermakan ke masjid mashid mana yang memerlukannya.
    Saya sendiri kenal ramai perawat yang melihat situasi sewaktu rawatan. Banyak yang tidak kemampuan untuk membayar dan perawat juga akan bertimbang rasa. Perawat (A) yang saya kenal pernah memberitahu saya yang sekiranya dia diberi uang agak terlebih, dia ambil apa yang patut dan pulangkan yang lebih. Perawat (B) pula sering merawat secara gratis tetapi menasihatkan pesakit untuk menderma ke masjid atau ke rumah kebajikan seperti rumah anak yatim... insyallah. Cerita tentang pengalaman "pembayaran" ini sudah menjadi satu diskusi antara perawat perawat. Ada juga cerita yang kelakar seperti pesakit akan tanya sewaktu dihubungi di telefon: "Kalau beri $300 cukup tak"? Ini sering kita dengar kerana selepas bertemu dengan pesakit, baru jelas ramai yang pernah di rawat oleh si "perawat" yang menasihat supaya si pesakit membeli tangkal, azimat, tali pinggang kebal dan selainnya. Rupa rupanya mereka pernah merawat bersama bomoh atau dukun atau lain lainnya yang sembunyi belakang panggilan 'rawatan islam'.
    Itulah manusia zaman ini. Kalau panggil bomoh bayar SGD300-500 untuk jadi kebal, beli pelaris, diberi azimat, tolong cari jodoh. minyak bulu perindu... beribu dollar pun tak apa apa. Tetapi kalau sudah jadi masalah, perawat ruqyah minta pembayaran ikhlas... di tuduh 'menjual ayat quran'. Tujuan perawat bukan untuk menjadi kaya, tetapi takkan setakat penat, duit minyak dan makan menjadi keberatan untuk difikirkan orang? Pesakit memanggil perawat kerana ikhlas mau disembuh, perawat merawat pesakit ikhlas untuk menolong dengan rawatan. Insyallah. Nasihat saya... Berilah kepada si perawat seikhlas hati atas kemampuan anda terhadap rawatan yang diberi. Sekiranya tidak ada kemampuan, bilang sahaja ke perawat tersebut sewaktu hubungi dia. Akan dia pertimbangkan insyallah... Saya yakin semua perawat akan menolong sedaya upaya mereka. Insyallah.
    Sumbangan Ikhlas,
    Haji Saifulbahar Bin Haji Ya'acob (Saiful Bahar)
    Perawat bebas untuk:
    * Rawatan Islam Alternatif Singapura
    * Rawatan Ruqyah Singapura
    * Komuniti Ruqyah Syari'iyah Singapura
    * Terapi Al-Quran Singapura
    * Serta beberapa masjid dan komuniti ruqyah di Singapura, Malaysia dan Indonesia
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...