Ini merupakan tahap yang mustahak bagi pesakit kerana pesakit pada masa ini terdedah pada kembalinya jin atau gangguan sihir padanya. Digalakkan pesakit agar mengamalkan beberapa amalan berikut :
- Mendirikan solat berjemaah.
- Menghindari dari mendengar muzik dan lagu-lagu sehingga menghayalkan.
- Mengambil wudhu' dan membaca Ayatul Kursi sebelum tidur.
- Membaca Bismillah pada setiap melakukan pekerjaan.
- Membaca Surah Al Baqarah pada setiap tiga hari.
- Membaca Surah Al Mulk sebelum tidur, jika tidak mampu membaca, cukup dengan mendengar bacaan ayat Surah tersebut.
- Membaca Surah Yasin pada pagi hari atau mendengarnya.
- Berteman dengan orang-orang yang dapat mendekatkan kita pada Allah dan menjauhi orang-orang yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.
- Diperintahkan agar wanita menutup aurat mengikut kewajipan kerana syaitan lebih dekat kepada wanita yang membuka auratnya.
- Mendengar atau membaca Al-Quran setiap hari.
- Tidak tidur sendirian.
- Amalkan wirid-wirid pelindung yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
ZIKIR-ZIKIR DAN DOA DIBACA OLEH PESAKIT SETELAH TERAPI RUQYAH |
1) Baca doa ini setiap selesai Solat Subuh dan Asar. Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh ke atasnya." 2) Dan Baca doa ini. Dari Ibn Hibban; Rasulullah SAW bersabda : "Hamba-hamba Allah yang membaca membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya." 3) Kemudian Baca doa ini. Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Rasulullah SAW berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.” |
BERBAGAI ZIKIR DARI RASULULLAH SAW |
(1) Zikir dikala menghadapi keadaan genting dan susah.
Menurut riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW senantiasa membaca dzikir ini apabila beliau menghadapi suatu kegentingan.
(2) Zikir dikala merasa takut atau terkejut.
Menurut riwayat Abu Daud dan At Turmudzy, Nabi SAW mengajar sahabat-sahabatnya membaca ta’awwudz ini dikala mereka terkejut atau merasa takut dari sesuatu.