Tuesday, October 27, 2009

Jangan sibuk!



PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.

Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.

Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.

Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.

“Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat.

“Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingat-mengingati,” katanya, semalam.

Awie yang popular dengan lagu Sejati mengulas dakwaan Akhil Hayy bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain supaya melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.

Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia (artis) mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat.

Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat artis terbabit yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperoleh daripada ‘guru ghaib’ yang sukar untuk dikesan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor.

Awie berkata, kehidupan artis yang menjadi ‘public figure’ memang sentiasa disuluh lampu terang yang semestinya mahu memperlihatkan kecantikan yang dimiliki dalam sinaran cahaya berkenaan.

Walaupun mengakui ada artis yang tergelincir (terbabit dengan kegiatan maksiat), Awie mempertikaikan mengapa hanya golongan itu dikaitkan dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral, termasuk ajaran sesat.

“Sebagai artis kita fokus terhadap apa yang hendak kita lakukan dan tidak berdiri di pentas ceramah sambil memaki dan mencerca orang lain,” katanya

Awie turut mendakwa penceramah terbabit pernah memperlekehkan lagu Sejati mengikut selera sendiri ketika berada di pentas ceramah.

“Saya meminta penceramah muda ini supaya tidak menilai seseorang itu secara melulu dan melalui ‘kulit’ saja, kerana ada ketikanya ada individu mempunyai ‘kulit’ yang baik, tetapi sebenarnya busuk di dalam.

“Dia baru setahun jagung dalam dunia artis dan terlalu mudah serta sewenang-wenangnya mahu menilai kehidupan artis sekarang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat,” katanya.



>Hanya dakwah, saling mengingati



PUTRAJAYA: “Apa yang saya luahkan (amalan ajaran sesat di kalangan artis) atas dasar dakwah dan saling mengingati sesama golongan artis dan tiada niat untuk menunjukkan saya ini ‘suci’ berbanding orang lain.

“Saya juga manusia dan tidak menafikan ada melakukan kesilapan, tetapi saya mahu melihat kehidupan golongan artis diperbaiki agar berada di landasan sepatutnya,” kata penceramah dan pengacara rancangan ilmiah televisyen, Akhil Hayy, semalam.

Menurutnya, walaupun niatnya ikhlas untuk berbuat kebaikan sesama artis, dia akur jika ada di kalangan penggiat seni sukar dan tidak mahu menerima hakikat cabaran baik dan buruk dalam dunia itu.

Akhil berkata, dia bukan bercakap berdasarkan nafsu, tetapi satu peringatan bukan untuk dirinya, malah untuk rakan artis supaya berwaspada dan tidak tergelincir sehingga membawa kepada jurang kesesatan.

“Sebenarnya, saya tidak menuduh mana-mana pihak tapi berdasarkan kepada pengalaman sepanjang terbabit dalam dunia artis yang penuh cabaran.

“Bagi saya, apabila membabitkan soal akidah, ia bukan tanggungjawab saya saja, tapi juga tanggungjawab semua umat Islam termasuk juga artis yang juga ikon masyarakat.

“Sebagai ikon, kita perlu menunjukkan contoh dan teladan baik supaya mampu melahirkan masyarakat yang memiliki nilai murni,” katanya.

Dia mengulas kritikan penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, yang tidak selesa dengan kritikan Akhil terhadap segelintir golongan artis yang kononnya menjadi tali barut ‘guru ghaib’ bagi menyebarkan ajaran sesat.

Akhil berkata, dia tidak mempunyai niat tersirat atau mencari publisiti murahan, tetapi hanya mahu mengingatkan rakan artis mengenai pentingnya memberi perhatian terhadap soal akidah.

Menurutnya, memang kebanyakan umat Islam mengaku Islam, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman kepada Allah.

“Jika mereka tidak salah mengapa perlu hendak memarahi orang lain dan saya tetap perlu melakukan kebaikan walaupun terpaksa menghadapi banyak cabaran.

“Saya meminta golongan artis yang terasa `pedas’ dengan `cili’ yang diberikan supaya melihat nasihat itu dengan mata hati dan cuba berprasangka baik yang mungkin boleh membawa kebaikan kepada mereka,” katanya.

Akhil berkata, sebagai umat Islam, dia tidak mahu kehidupan artis masih dibelenggu dengan konsep `lu lu’ dan `gua gua’ yang sebenarnya tidak dianjurkan Islam.

Menurutnya, walaupun tidak menafikan rasa tidak senang segelintir artis, dia mengakui masih ada artis yang celik dan menerima nasihat diberikan dengan hati terbuka.

“Saya masih melihat ada artis yang mempunyai kekuatan untuk melihat kebaikan hendak kita sampaikan,” katanya.

Oleh itu, dia berharap mesej yang cuba dibawa kepada masyarakat artis perlu diberikan perhatian kerana mereka adalah ikon masyarakat yang mempunyai ramai pengikut.

http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20091027080659/Article

Monday, October 19, 2009

PM isytihar 16 September cuti umum Hari Malaysia mulai tahun depan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia di seluruh negara mulai tahun depan.

Mengumumkannya pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, Perdana Menteri berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Hari Malaysia diraikan setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia membaitkan penyertaan Sabah dan Sarawak 16 September 1963.

Saturday, October 17, 2009

Posisi seks ketika isteri hamil


SAYA sudah mendirikan rumah tangga hampir setahun dan isteri saya sedang hamil dengan usia kandungan mencapai empat bulan.

Soalan saya, bolehkah kami bersetubuh pada peringkat kehamilan ini? Apakah saya boleh melakukan ereksi ke dalam rahim dan apakah posisi yang sesuai? Pada usia kandungan berapakah kami masih boleh melakukan hubungan seks?

Apakah proses persetubuhan boleh memberi kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan?


Bakal Ayah

MENGIKUT pandangan pakar perbidanan dan sakit puan, secara umumnya tidak ada masalah untuk saudara melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau mengandung.

Malah hubungan seks ketika mengandung mempunyai kesan berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasm yang dialami isteri saudara akan menjadi lebih hebat.

Bagaimanapun, akan timbul kebimbangan mengenai hubungan seks ketika mengandung yang dikatakan membahayakan kandungan. Perubahan hormon dalam badan isteri anda akan membawa kepada perasaan loya dan letih. Ini mungkin menyebabkan beliau tidak ada keinginan melakukan hubungan seks.

Seseorang wanita juga akan merasa tertekan apabila berlaku perubahan dari segi bentuk badan yang makin membesar. Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan segan untuk melakukan hubungan seks.

Bagi lelaki pula, ramai menganggap keadaan tubuh wanita semasa mengandung lebih menarik dan mengghairahkan.

Apa yang penting, saudara perlu berkomunikasi dengan isteri dan berbincang dengannya. Jika beliau tidak begitu selesa, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual.

Ini termasuk sentuhan fizikal, urutan, cumbuan, pelukan, ciuman dan mutual masturbation. Paling penting, keputusan perlu dibuat bersama dan dipersetujui kedua-dua pihak.

Jika hubungan fizikal tidak menjadi masalah bagi pasangan anda, saudara perlu mengubah posisi hubungan seks terutama sekali apabila abdomen isteri saudara menjadi semakin besar.

Ada beberapa posisi yang boleh dipraktikan termasuk:

  • Posisi wanita di atas (woman on top).
  • Spooning iaitu kedua-dua berada dalam keadaan mengiring dengan lelaki di belakang wanita, zakar dimasukkan ke dalam vagina dari belakang.
  • Hands and Knee iaitu kedudukan wanita seperti merangkak.
  • Isteri duduk atas riba.


Posisi ini akan mengurangkan tekanan kepada abdomen yang sedang membesar. Selain itu, ia boleh mengelak rasa takut jika hubungan membahayakan kandungan. Saudara boleh meneruskan hubungan seks hingga isteri mencapai tahap akhir mengandung.

Ada beberapa keadaan di mana hubungan seks akan membahayakan kandungan. Ini termasuk:
  • Isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan.
  • Isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana placenta menutup bukaan rahim).
  • Isteri mengalami pendarahan.
  • Saudara atau pasangan mengidap penyakit hubungan kelamin.


Sebagai kesimpulan, hubungan seks semasa mengandung tidak membahayakan malah boleh menjadi lebih menyeronokkan.

Namun jika saudara tidak pasti, saya nasihatkan anda dan isteri berbincang dengan pakar sakit puan sebelum melakukan hubungan seks. Ini penting supaya tidak berlaku kemudaratan kepada kandungan.

Urutan, berdehem digalak selepas buang air kecil


SAYA mengalami masalah tidak dapat membuang air kecil hingga habis. Setiap kali membuang air kecil, saya dapat merasakan ada sisa air kencing yang belum keluar, namun ia tidak mampu dikeluarkan.

Sebaliknya, ia akan keluar dengan sendiri apabila saya menyarung semula seluar. Bagaimana saya hendak mengatasi masalah ini?

Susah Hati

SAUDARA menghadapi keadaan yang dikenali sebagai terminal dribbling. Masalah ini sering dihadapi kebanyakan lelaki tidak mengira peringkat umur. Di kalangan muda dan remaja, masalah ini terjadi apabila sebahagian kecil daripada air kencing tertinggal dalam saluran urethra.

Ia akan keluar dengan sendiri apabila proses membuang air kecil selesai dan ini menimbulkan masalah terutama bila hendak mengerjakan solat bagi yang beragama Islam.

Cara paling mudah mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan teknik urutan urethra (urethral milking). Selepas selesai membuang air kecil, dengan menggunakan satu jari, saluran urethra perlu diurut dari pangkal zakar ke arah depan.

Ini membolehkan air kencing yang terperangkap keluar. Satu lagi cara adalah melalui batuk atau berdehem selepas kencing. Ini akan meningkatkan tekanan dalam ruang abdomen dan seterusnya menolak air kencing yang terperangkap.

Bagi golongan yang berumur 50 tahun ke atas, masalah terminal dribbling ini boleh berpunca akibat pembesaran kelenjar prostat. Sekiranya kaedah yang dinyatakan gagal mengatasi masalah yang saudara hadapi, anda perlu berjumpa pakar urologi.

Dalam sesetengah pesakit wujud keadaan yang dikenali sebagai urethral diverticulum di mana ruang yang terbentuk dalam saluran urethra yang akan

memerangkap air kencing. Ini menyebabkan masalah seperti yang saudara alami.

Masalah yang saudara hadapi ini tidak ada kena mengena dengan menahan kencing atau ejakulasi. Bagaimanapun, saudara dinasihat tidak mengamalkan

tabiat menahan kencing. Proses menahan kencing akan mengakibatkan tekanan dalam pundi kencing meningkat lalu boleh mendatangkan masalah.

Satu bilion penduduk dunia kelaparan

NAIROBI: Ibu bapa kebanyakan negara miskin di Afrika terpaksa mengehadkan perbelanjaan sekolah, pakaian dan penjagaan kesihatan asas semata-mata untuk memastikan anak mereka mendapat makan sekurang-kurangnya sekali sehari.

Tetapi, langkah itu masih belum mencukupi untuk menjamin anak mereka makan sekali sehari, menurut kajian, semalam.

Malah, seramai satu bilion penduduk dunia dilaporkan dalam keadaan berlapar. Laporan terbaru berita menyatakan, bilangan itu akan meningkat jika kerajaan tidak berbelanja lebih untuk pertanian.


Berdasarkan laporan agensi makanan PBB, Program Makanan Dunia (WFP), sebanyak 30 negara kini memerlukan bantuan kecemasan, 20 daripadanya di Afrika.

Keadaan berkenaan berterusan walaupun pemimpin dunia diberi sasaran sembilan tahun lalu untuk mengurangkan bilangan penduduk yang kelaparan sehingga separuh menjelang 2015.

“Ia sebenarnya satu darurat yang menggesa tindakan dari negara maju dan negara membangun,” kata Otive Igbuzor, ketua kempen antarabangsa bagi Action Aid International.

“Kita tahu, seorang kanak-kanak mati setiap enam saat akibat kurang zat,” katanya. Kenaikan harga makanan menambahkan kesukaran terutama di negara terdesak kerana kemiskinan menyebabkan penduduk hanya mampu makan sekali sehari.

Di Somalia, negara yang berhadapan dengan keganasan dan keadaan huru hara hampir dua dekad, perbelanjaan bulanan bagi makanan dan keperluan asas lain bagi sebuah keluarga enam orang meningkat sebanyak 85 peratus sejak dua tahun lalu, kata Grainne Moloney dari Unit Analisis Zat dan Keselamatan Makanan Somalia.

Secara purata, sebuah keluarga berbelanja AS$171 (RM598) pada September tahun ini berbanding AS$92 (RM322) bagi membeli makanan dan keperluan lain yang sama pada Mac 2007, kata Moloney, pakar pemakanan bagi Afrika. - AP

Monday, October 5, 2009

Konsistensi Azizulhasni Cerahkan Peluang Malaysia Raih Emas Di London 2012

PUTRAJAYA, 5 Okt (Bernama) -- Harapan Malaysia untuk meraih pingat emas pertama negara daripada Sukan Olimpik di London pada 2012 semakin cerah dengan kejayaan konsisten yang ditampilkan pelumba pecut, Azizulhasni Awang yang menjuarai kejohanan berbasikal trek Grand Prix Medellin di Colombia dua hari lepas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang menyifatkan Azizulhasni kini 'anak emas' Malaysia berkata kementeriannya akan memberikan segala bantuan yang diperlukan pelumba yang berasal dari Dungun, Terengganu itu untuk terus melakar kejayaan.

"Azizulhasni merupakan ikon anak muda negara dan kini merupakan 'anak emas' Malaysia. Kejayaannya yang konsisten meyakinkan kementerian untuk mendapatkan satu emas dari Olimpik London," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Malaysia sebelum ini mensasarkan satu emas dari London menerusi pemain badminton perseorangan negara yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tetapi kemudian menambah sasaran kepada dua emas selepas kejayaan konsisten pasukan pelumba pecut negara yang diketuai oleh Azizulhasni.

Pada perlumbaan di Colombia, Azizulhasni mencatatkan 10.353 saat untuk mengatasi pelumba Belanda Teun Mulder yang mencatat 10.393s dan juara dunia, Gregory Bauge yang melakukan 10.445s.

Ahmad Shabery juga kagum dengan komitmen Azizulhasni yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia, untuk ke kejohanan di Colombia itu seorang diri tanpa ditemani oleh jurulatihnya John Beasley.

Sejak memenangi pingat perak dalam acara 200 meter pecut pada Kejohanan Trek dunia di Poland pada Mac lepas, Azizulhasni yang kini menjadi pelajar Universiti Deakin di Melbourne, turut meraih dua emas pada acara 200 meter pecut individu dan pecut berpasukan pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Kalimantan, Indonesia pada Ogos.

-- BERNAMA

Sunday, October 4, 2009

Rojak Mi Ayam

Blog EntryRojak Mi AyamApr 22, '07 5:46 AM
for everyone

Ini makanan dapat inspirasinya pas makan malam di Shark Fin Inn, Keysborough. Aslinya pake bebek panggang yg dicampur dgn acar timun, wortel, bangkwang, lobak, kacang tanah dan mi goreng kering. Ya sudah, aku coba2 aja cari resep rojak ala Singapur dan Malaysia.

Ini paertama kalinyaku bikin bumbu rojak, gak tahu seberapa banyak shrimp pastenya dan ngikut aja resepnya yg dapet dari http://www.malaysianfood.net/recipes/reciperojak.htm. Waduh, 1 sdm stinky banget deh. Jadinya mesti dirubah sedikit resepnya. Ini rojak, isinya bisa suka2, mau buah2an, sayur2an atau dicampur dgn daging (kayaknya sih cocok dgn daging ayam, bebek, ikan dan babi).

Anyway, ini dia resepnya, yang jelas sih bukan utk cooking for the rushed.

Isi si Mi Ayam:

1/2 bungkus Chang's crunchy noodle (mending beli daripada goreng sendiri)

3 sdm slivered almond, sangrai

2 sdt biji wijen, sangrai

1/4 nanas matang segar, potong kecil

1/2 ketimum continental, iris ukuran korek api, buang bijinya

1/2 wortel ukuran sedang, iris ukuran korek api

1/2 sdm garam

1/2 sdm gula pasir halus

3 sdm malt vinegar

1 dada ayam fillet, iris tipis melintang (spt bikin chicken parma), ketebalan sekitar 0.5cm

3 sdm dark soy sauce

2 sdm Shao Xing wine

2 sdt minyak wijen

1/2 sdt five spice mix

1 star anise, keprek

Cara Membuat:

Acar ketimun dan wortel

1. Irisan ketimun dan wortel diberi garam dan didiamkan 30 menit. Taruh di kulkas. (Sementara nunggu, siapkan si ayam)

2. Kemudian tiriskan airnya dan cuci 2 kali dengan air. Keringkan dengan tisue dapur. Taruh cuka dan gula di mangkuk dan aduk. Masukkan ketimun dan wortelnya. Diamkan 10 menit di kulkas.

Ayam saus kecap

1. Rendam ayam dalam bumbu kecap, arak, minyak wijen, five spice mix dan star anise. Diamkan sekitar 30 menit.

2. Tiriskan dari bumbu perendam. Panggang ayam di wajan datar (non-stick pan) tanpa minyak sampai matang, kira2 3 menit per sisi. Diamkan ayam diwajan sampai dingin.

3. Iris ayam melintang seratnya tipis2, sekitar 0.5 cm. Dinginkan di kulkas sekitar 10 menit.

Isi Bumbu Rojak (bikin bumbu sewaktu menunggu acar dan ayam):

1/4 - 1/2 sdt shrimp paste matang (tergantung sukanya)

3 sdm gula jawa atau brown sugar

2 sdt brown sugar

1 sdm chilli paste (aku pakai LKK Guilin Chilli Sauce) atau dapat diganti chilli powder (takaran sesuai kemampuan lidah)

2-3 sdm tamarind paste (from 2-3 pulps + 4 sdm hot water)

1 sdm oyster sauce

1/3 cup air

2 sdm hoisin sauce

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bumbu ke dalam panci kecil

2. Rebus sambil diaduk2, sampai gula mencair

3. Masak dgn api kecil sampai kental (spt saus karamel). Sausnya rada2 kental supaya bisa melapisi isi Mi Ayam, biar gak runny.

Assembly:

1. Tiriskan acar ketimun dan wortel dari cuka

2. Campurkan ayam, ketimun, wortel, almond, biji wijen dan bumbu rojak secukupnya.

3. Taruh mi kering di piring dan tambahkan campuran ayam di atas mi.

4. Hidangkan dalam keadaan dingin.

Eh, aku lupa nulis kalo ini makanan dibuat utk MFM #3 yg dihost oleh Ci Irma dgn tema Mi dan Pasta.

Rojak Petis

Rojak Petis

Rojak_petis

bleh juga ditambahkan buah yg sesuai.. seperti mangga, jambu, dan ikut selera..


Created on : 22-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1-2 org )

  • Bahan A
  • nenas
  • sengkuang
  • timun
  • epal hijau
  • bunga kantan (optional)
  • kangkong - dicelur sbentar
  • taugeh - dicelur sbentar
  • Bahan B
  • 2 sudu besar petis
  • 1½-2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar gula hitam
  • cili kisar - ikut kepedasan masing²
  • sedikit belacan yg dibakar
  • sedikit air asam pekat
  • garam jika perlu
  • kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar

Cara-cara

  1. masukkan petis, cili kisar, gula pasir, gula hitam dlm sebuah bekas. kacau hingga gula pasir hancur.
  2. stelah gula hancur, tambahkan air asam. kacau rata. masukkan sedikit kacang. digaul lagi.
  3. hiris bahan² A kedalam no.2 tadi. gaul rata.
  4. bolehla dihidangkan. taburlah sedikit kacang tumbuk di atas rojak itu tadi. seeloknya makan serta merta utk mengelakkan drpd berair.
  5. ***i guna bekas biase sbb takde bekas khas utk menggaul rojak. rojak nie terpulang pade citarase masing². bleh ditambah atau dikurangkan bahan² nye.

Koktail Kastad Buah

Koktail Kastad Buah

Koktail ni saya belajar dari biras saya. Dia selalu buat kalau dia buat open house. Since that, saya pun suka buat. Anak2 pun suka sangat. Sedap dimakan sejuk2.... Koktail ini adalah campuran koktail buah2an, kastad, air buah2an dan juga susu cair.

Bahan-bahan Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
2 sudu besar gula

Cara-cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin fruit coctail
1 tin longan
Air masak secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.
  2. Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.
  3. Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.
Cara menghidang :
  1. Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil untuk menghidang.
  2. Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati...!

Puding Koktail Berkuah

Puding Koktail Berkuah

Bahan untuk Kastad
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
1 cawan susu tepung atau 1/2 cawan susu pekat
5 camca besar gula sekiranya mengunakan susu tepung
Sedikit Kismis hitam

Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali kismis. Masak atas api sederhana sehingga likat dan berkilat baru perlahankan api. Bila kastad dah meletup-letup, boleh padamkan api. Untuk memudahkan dikeluarkan nanti, basahkan loyang dengan air dan taburkan kismis hitam. Tuangkan kastad ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.

Bahan untuk kuah
1 tin susu cair
2 tin air
3 camca besar tepung kastad
kismis
Gula secukupnya

Cara
Campur semua bahan dan masak atas api hingga mendidih. Seeloknya kuah ini disejukkan dahulu.

Cara menghias.
Potong kastad dan letak bahagian berkismis ke atas. Taburkan buah-buahan koktail. Kemudian di tuang kuah tadi. Boleh juga dihias dengan ceri merah. Seeloknya di makan ketika sejuk dan boleh di tambah ketulan ais.

RECIPE PUDING KOKTAIL BUAH-BUAHAN

RECIPE PUDING KOKTAIL BUAH-BUAHAN


Bahan2:

(Utk kuah)

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa)

Cara membuat:

Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuan masak di atas api hanyalah untuk menghancurkan gula. Jika rasa gula sudah hancur bolehlah tutup api tersebut. Kemudia, masukkan dalam freezer.

(Utk custard)

1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula
Cara membuat:

Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat (warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar). Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan.
Puding cocktail ini sedap dimakan apabila dlm keadaan sejuk. Selamat mencube..

Koktail campur

Laporan Masakan Bergambar (1)

Koktail_campur
14-11-2008
buat & simpan dlm peti sejuk.. nk mkn senang.. thank u

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 1 tin susu cair (sy guna susu ideal)
  • 2 cawan air masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung kastard. (Larutkan tepung kastard dgn air masak sedikit)
  • 1 tin koktail. (lebih sedap koktail buah2an)
  • Jelly
  • Buah ceri
  • Boleh tambah bahan2 lain..seperti agar2,buah laici,buah longan dll..

Cara-cara

  1. Larutkan gula bersama air masak. Larutkan gula sahaja. Jangan sampai mendidih.
  2. Masukkan susu cair. Kacau dan masukkan bancuhan tepung kastard td.
  3. Jangan sampai mendidih. Cuma panas sahaja.
  4. Masukkan semua bahan2 koktail n lain2. Tuangkan air td keatas bhn2 tersebut.
  5. Sejukkan dlm peti ais. Boleh jugak dimakan terus,cuma tmbhkan sedikit ais.

Koktail custard istimewa

Koktail custard istimewa

Puding_koktel

anak2 suka ni...feveret hubby and mak mertue sy... tiap kali raye wajib ade ni. Gambar daripada laporan masakan oleh syahmi.

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1 tin buah2an koktail campuran
  • 1 tin nata de coco
  • 1 tin kecil nanas kiub
  • ceri merah di belah dua (optional)
  • agar2 merah
  • utk kuah custard:
  • 1 tin susu cair (sy pakai IDEAL..lg sedap)
  • 2sb tepung custard (larutkan dalam sedikit air)
  • 6sb gula (kalau tk suke manis kurgkan sbb air koktail tu dah manis)
  • 2sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Susu cair dimasukkn kedalam periuk dan dimasak atas api yg sederhana. Kemudian, masukkan gula, larutan tepung custard td dan esen vanilla.
  2. Kacau hinggap pekat. Jangan berhenti kacau sebab takot custard tu bergentel.
  3. Bila campuran susu dan custard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, bolehla tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
  4. Kemudian, satukan campuran buah2an koktail,nanas kiub,agar2,ceri dan nata de coco td dalam satu mangkok besar. Masukkan sekali air didalam tin buah2an koktail dan nanas td.
  5. Kemudian, masukkan 3-4 sudu kuah custard yg dimasak tadi kedalam campuran koktail tadi. ikut suka nk letak banyak mana, pekat ke cair ke. Gaul bg sebati dan kemudain disejukkan.
  6. Kalau suka, bolehla dihiaskan dgn ceri merah tadi. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yang dimesin kasar. Cubelah..Anda pasti teruja....

Friday, October 2, 2009

terkejut sejadah "berdiri" sendiri


MOHAMAD Shuhaimi Md Ilias, 26, (kanan) menceritakan kepada orang ramai mengenai kejadian sejadah berdiri secara sendiri di kediamannya di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - Foto Rosli Ahmad

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi.

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.


"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.

Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...