This is beautiful indeed!
Saya hampir membuang e-mail ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi di waktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat......
Mungkin malam JUMAAT ?
Dan sewaktu solat MAGRIB sahaja?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.......
Dan sudah pasti waktu ada kematian..
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH semasa bekerja atau bermain..... Kerana...... Kita merasakan di waktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkanlah seandainya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !
Ya aku CINTA ALLAH .
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu... Kirimkanlah kepada rakan- rakan anda.
Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.
Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem"forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
SOLAT adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Notes:
Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan e-mail lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar e-mail mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?
Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti sama ada mereka suka atau tidak?.
Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.
Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan agar mereka di rahmati ALLAH.
Aaminnnn...
Seorang rakan wanita mangsa, turut tinggal di bilik yang sama sejak Ahad lalu, katanya.
"Polis sedang mengambil keterangan dari rakan wanita mangsa yang turut menginap di bilik hotel tersebut dan siasatan awal mendapati rakan wanita itu turut menyaksikan pergaduhan tersebut dan beliau juga dicederakan suspek," katanya.
Beliau berkata, selepas pergaduhan itu, lelaki tersebut memaksa rakan wanita itu keluar bersamanya ke sebuah gerai berhampiran hotel tersebut jam 4 pagi tadi dan apabila pulang ke bilik hotel kira-kira 5.30 pagi, pintu bilik hotel itu berkunci.
"Apabila pekerja hotel membuka pintu, mangsa terbaring dan sudah meninggal dunia. Suspek kemudian melarikan diri bersama barang peribadi isterinya dengan menaiki sebuah van berwarna biru bernombor plat WNB 5698," katanya.
MOHD Isa melayan pelanggan memilih durian bermutu di gerainya di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor. |
Wakil rakyat Batang Kali hilang pendapatan akibat elaun digantung
KUALA KUBU BHARU: Tidak mempunyai pendapatan akibat digantung elaun selama enam bulan, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim, nekad bekerja sambilan menjual durian di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor, di sini, sejak minggu lalu.
Katanya, beliau perlu mencari kerja sambilan membantu anak saudaranya, Nor Azlan Mansor, 35, menjual raja buah di sini demi mencari pendapatan selepas digantung kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 15 Julai lalu.
"Saya tidak malu melakukan kerja menjual durian ini. Apa boleh buat elaun kena gantung. Nasib rakyat perlu dibela walaupun hidup dalam serba kekurangan ini.
"Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.
Katanya, setiap hari selama empat jam bermula jam 8 malam beliau menjual durian yang dibeli dari Pahang kepada penduduk sekitar Hulu Selangor.
"Saya bersyukur kerana ramai pelanggan memberi sokongan membeli durian di sini. Pendapatan mencecah RM700 setiap malam digunakan untuk kos penyelenggaraan sewa pejabat, gaji pekerja dan sumbangan kepada rakyat di kawasan ini," katanya.
Mohd Isa berkata, kerajaan Selangor mengambil tindakan menggantung elaun dan kebenaran menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lima wakil rakyat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini selepas mendakwa mereka menegur Jawatankuasa Ketelusan dan Kebertanggungjawaban Selangor di luar dewan .
"Saya melihat tindakan kerajaan negeri itu terlalu kejam dan tidak adil. Mereka melakukan sesuatu yang tidak berhati perut. Rakyat tahu menilai semua itu," katanya sambil tidak menolak kemungkinan akan mengusahakan perniagaan lain selepas berakhirnya musim durian.
KUALA KEDAH: Empat beradik berusia antara dua dan tujuh tahun dari Kampung Lorong Tujuh di sini, tidak memiliki sijil kelahiran kerana ibu bapa mereka gagal mendaftar semula perkahwinan mereka di negara ini selepas bernikah di Songkhla, Thailand, lapan tahun lalu.
Ibu mereka, Norsafinah Ghazali, 30, mendakwa dia dan suaminya, Roslan Abdul Rahman, 31, yang bernikah pada 2001 tidak mampu membayar denda RM1,000 seorang kepada Jabatan Agama Islam Kedah untuk mendaftarkan semula perkahwinan mereka.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima anak iaitu Mohd Anas, 7; Alis Suraya, 6; Mohd Yassin; 5, Mohd Haikal, 2 dan Siti Khatijah, setahun.
Bagaimanapun, anak bongsu mereka yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, mempunyai sijil kelahiran tetapi nama bapa tidak dapat diletakkan di dalam dokumen itu kerana masalah sama.
Norsafinah yang berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang berkata suaminya yang bekerja sebagai nelayan berpendapatan kurang RM250 sebulan dan tidak mampu membayar denda, tambahan Mohd Haikal menghidap penyakit buah pinggang yang turut memerlukan kos rawatan.
"Disebabkan tiada sijil kelahiran, saya membuat rayuan ke Pejabat Pelajaran Negeri untuk menyekolahkan anak sulung saya dengan mengemukakan kad pengenalan diri dan suami serta sijil nikah kami yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand sebelum ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya.
"Saya tidak tahu nasib anak saya yang lain kerana tanpa sijil kelahiran mereka sukar untuk menikmati hak kerakyatan seperti kanak-kanak seusia mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Norsafinah berkata, beliau dan suaminya pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Alor Setar untuk mendapatkan sijil kelahiran untuk anak mereka tetapi selepas diberitahu perlu membayar denda lewat daftar kelahiran bagi setiap seorang anak yang mencecah ratusan ringgit, niat itu terpaksa dilupakan kerana ketiadaan wang.
Malah, disebabkan masalah kewangan, ada kalanya Mohd Haikal dan Siti Khatijah, terpaksa diberi minum air kosong bercampur gula bagi menggantikan susu.
"Esok (hari ini), Mohd Haikal akan dimasukkan ke HSB bagi menjalani pembedahan kedua membesarkan saluran buah pinggang kanannya," katanya.
Norsafinah berharap ada pihak tampil membantunya menyelesaikan masalah.
PORT DICKSON: Siasatan awal Biro Pengaduan Awam (BPA) mendapati, dakwaan seorang balu yang mengadu suaminya meninggalkan wang sebanyak RM160 bilion dalam akaun sebuah bank tempatan mempunyai asas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata wanita berusia 48 tahun itu mengemukakan bukti termasuk menyerahkan cek dan dokumen perniagaan bertaraf antarabangsa yang diusahakan suaminya yang berumur 52 tahun.
"Saya sudah mengadakan mesyuarat pertama dengan wakil bank berkenaan dan mereka berjanji untuk menjalankan siasatan dalaman serta memberi maklum balas mengenainya dalam tempoh dua minggu.